HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL

HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL - Sebelum mummy hilang ingatan tentang harga bersalin secara operate / czer / c-section delivery di Hospital Serdang untuk Daim Naufal. Ada baiknya, mummy buat satu entri. Hehe. Ramai yang tanya mummy berapa kos bersalin czer? Ada yang ingat kami dapat PERCUMA sebab bersalin di Hospital Serdang under government. Oh..bukan PERCUMA ye kawan-kawan. Kami bayar walaupun bersalin di Hospital Serdang - government,  sebab kami laki bini ni, bukannya bekerja dengan gomen. Kami kerja di private sector.


HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL


Walaupun kena bayar di hospital gomen ni. Masih murah lagi, berbanding bersalin czer di hospital private. Bersalin di private hospital secara Czer je dah ribu riban. Tak termasuk harga bilik, ubat-ubatan dan cas anak pulak.

Cas bersalin harga czer di Hospital Serdang ni tak sama untuk setiap anak-anak mummy. Walaupun tiga-tiga czer di Hospital Serdang. Tapi, ketiga-tiganya ada lain-lain cas tambahan.

Oh ya..mummy memang pilih kelas kedua untuk Hospital Serdang. Sebab selesa dan bilik ada toilet sendiri. Pepaham la kan czer ni..jalan pun terkemut-kemut. Jauh dari toilet mau terkucil di tengah jalan kang hehe.

Harga bersalin kelas kedua di Hospital Serdang dan hospital goverment lain. Mummy tak pasti sama atau tidak harganya. Yang mummy tahu... dengar dari berita cas bersalin 2017 untuk kelas pertama dan kedua naik 50%. Tang mana naik..mummy tak dapat compare. Resit bersalin Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry di rumah Kajang. Seingat mummy cas anak pertama dan kedua mummy tu mahal sedikit. Berbanding Daim Naufal. Beza dalam RM100++


 HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL



Untuk Daim Naufal, 
Harga bersalin czer : RM400
Bilik kelas kedua ( 4 orang sebilik) bilik ber air cond : RM40 semalam
Cas Perubatan : RM5 sehari
BTL : RM20
Full Blood Count : RM10

HARGA SEBENAR COS BERSALIN DI HOSPITAL SERDANG SECARA CZER SELAMA 4 HARI DI HOSPITAL : RM4,381


SELEPAS SUBSIDI KERAJAAN : RM610


Kalau kelas ketiga, agak murah. Mummy tak ingat berapa harganya, tapi macam kurang dari RM200 kalau tak silap untuk czer. Normal pula RM15 untuk kelas ketiga.

Harga cas bersalin di Hospital Serdang ni untuk warganegara Malaysia je. 

Bukan warganegara, memang boleh tahan juga harganya.

Mana bagus bersalin di hospital goverment atau private?

Bagi mummy terpulang pada masing-masing. Mummy tak ada pengalaman czer di private hospital. Tak boleh nak komen.

Kalau tanya mummy perkhidmatan Hospital Serdang untuk czer kelas kedua macamana? 

Mummy sangat berpuas hati ! 3x bersalin di sana. Layanan memang terbaik ! Pad yang ada darah nifas pun nurse tukarkan tau !



18 comments on " HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL"
  1. Miza pun dah 2 kali check in Hospital Serdang. Alhamdulillah layanan memuaskan tak seperti yang di momok-momokan

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan juga harganya kan.... nasib baik subsidi, terima kasih Najib... Hihihi...

    ReplyDelete
  3. Allhamdulillah... memang berbaloi sis... Akak pernak czer di private masa anak pertama sbb baby akak breech dr 7 bln terpaksa vbac.... sbb tak ade pengalaman nak bersalin masa tu, dr 7 bln klu baby tak pusing juga sampai 9 bln akak dh kuatkan mental redha czer. Pilih private sbb tak tahu procedur gov, dan atas dasar keluarga. 3 hari di sana bilik seorang RM4600 di hospital bersalin Annisa KB, harga sekali dgn khatan baby. Ms tu thn 2008, murah lgi, sbb akak pun tak ada apa2 apa komplikasi dan semua ok. Mungkin cas berbeza ikut kes.... anak ke2 dan 3 ni allhamdulillah semua gov... sangat puas hati dgn perkhidmatan gov, murah....

    ReplyDelete
  4. berbaloi juga bersalin di hospital serdang. layanan dan tempat selesa ok lah..

    ReplyDelete
  5. ms bsalin Aqil hr tu kt spital seberang jaya dpt kelas 3 baru RM134(ank n ibu dlm keadaan baik) utk 4D3N.

    Kelas 1 n 2 selalunya penuh dgn staff gov tp itupon sy rs dh selesa sgt. mula2 dpt katil di wad 3 utk 8 orang. X terlalu sesak sebab katil jauh2. Hari ke 2 pindah ke bilik kelas ke 2 bilik ekon 3 orang sebilik.

    Memang murah utk bilik & layanan yg nurse berikan. Sm la...hr ke-2 slps czer nurse tukarkan pad n lab seluruh bdn dgn air...hihihi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah....
    murah jugak ya..

    ReplyDelete
  7. hospital serdang fasiliti dia sangat ok kan? macam hospital swasta.. kalau kami kat area sini fasiliti hospital kerajaan dgn swasta sgt jauh bezanya.. jadi memang tak leh nak banding la..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah untung kan, memang berbaloi.

    ReplyDelete
  9. Harga memang ok tu siap ada subsidi daripada kerajaan. Saya pernah czer di hospital swasta, memang ribu riban :D

    ReplyDelete
  10. kena pastikan keselesaan lepas bersalin.. perlukan rehat.. hehe CT xdak pengalaman gi tatau nak komen apa =P

    ReplyDelete
  11. mahal jugak eh.. patut ramai g nak bersalin do hospital gomen

    ReplyDelete
  12. Ooo baru tahu cajnya. Hehehe takda pengalaman lg.. Tp nak baca juga 😜

    ReplyDelete
  13. boleh tahan kos untuk czer..

    dulu istesri bersalin anak kedua czer..

    masuk hospital kerajaan dan dia kerja kerajaan..

    nasib baik percuma

    ReplyDelete
  14. Berbaloi-baloi compare dengan private hospital.

    ReplyDelete
  15. Baru taw yg kalau kerja swasta boleh req macam ni dkt hospital kerajaan.ok jugak macam ni kan.harga murah sikit berbanding private hospital

    ReplyDelete
  16. Kalo wad kelas 2, kena bayar deposit berapa ye?

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah syukur. Caj pun kira ok lah compared to private kan. Saya dulu anak sulung je czer, di serdang juga tapi ngeri pengalamannya. Bersalin kedua ketiga normal. Alhamdulillah semua rezeki masing² kan

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com