Shoplinks.Asia

INJECT SEBULAN BABY DAIM NAUFAL

INJECT SEBULAN BABY DAIM NAUFAL. Kisah semalam, inject baby Daim Naufal sebulan. Alhamdulillah, tak nangis sangat masa cucuk. Nangis terke...

INJECT SEBULAN BABY DAIM NAUFAL. Kisah semalam, inject baby Daim Naufal sebulan. Alhamdulillah, tak nangis sangat masa cucuk. Nangis terkejut, je. Upah susu cap gantung, okay teruih la dia hehe. Tu penawar paling mujarab !

INJECT SEBULAN BABY DAIM NAUFAL


INJECT SEBULAN BABY NAUFAL


Appointment cucuk sebulan ni..memang tak ramai orang sangat kat KK. Sebab tak campur dengan appointment orang lain. Jumaat memang di khaskan untuk inject sebulan dan juga ibu mengandung yang ada masalah. Fuh, lega ! Tak payah berkampung 3 jam.

Selalunya..appointment KK ni memang 3 jam lebih kurang menunggunya. Bawa anak kecik datang untuk inject..memang perlukan kesabaran yang tinggi. 

Mummy dengan daddy pun kadang-kadang boleh ilang sabar. Hehe tau je lah kan. Baby ni, paling lama 2-3 jam je leh bertahan. Lepas tu, dorang mula tak selesa.

Kalau kami ada bajet lebih. Kadang-kadang pi gak cucuk kat klinik swasta. Cepat sket. Hehe. 

Tapi, check up dan inject di klinik kerajaan ni bagus. Details giler dia cek. Tu la kebaikannya.


BERAT BABY DAIM NAUFAL NAIK LEBIH 1KG



Progress baby Daim Naufal masa check up sebulan ni...semuanya ok alhamdulillah. Berat pun nak lebih 1kg. Nurse kata, dari berat tu dia dapt tahu baby cukup susu atau tidak

Haha..maunya tak cukup susu. Memanjang je demand susu cap gantung ! Sampai mummy kene gantung kelopak mata hehe. 

Bila check up baby sebulan. Mummy pun kene check up sekali. Check air kencing, blood pressure dan check hb. Semua nya ok juga.

Appointment seterusnya... lagi sebulan untuk inject 2 bulan..masa ni, baru je beberapa hari masuk kerja. Erm..baru masuk kerja 2 hari..dah nak keluar anta anak inject. Kalau bos memahami tak pe.

Ni pun dok whatsapp tanya dah 40 hari ke bersalin ? (masa mummy berpantang 24hari). Agak-agakla kan. Takkan la lupa...

Tak pe lah kan..kita tengok je nanti. Samada sambung cuti ke macamana. 

You Might Also Like

4 comments

  1. Sekejap je dah sebulan ye. Happy full moon baby naufal

    ReplyDelete
  2. cepat masa berlalu,sebulan dah,amboiiiii bos punnnnn...haihhh

    ReplyDelete
  3. dah sebulan dah yer daim naufal...moga membesar jadi anak yang soleh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -