Shoplinks.Asia

Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy !

Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy ! | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Alhamdulillah mummy baru je lepas berurut dalam pantang ni. S...

Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy ! | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Alhamdulillah mummy baru je lepas berurut dalam pantang ni. Sedap dan ringan je rasa badan ni. Selesa sedikit nak susukan baby. Bila lepas bersalin dan dalam pantang ni. Perkara utama dan perkara wajib bagi seorang wanita ialah BERURUT dan BERTUNGKU. Berurut dan bertungku dalam pantang ni memang best walaupun ada sakit-sakit sedikit. Mau tak sakit kene urut, tu ! Urat banyak lari alignment dah tu. Bila di betul kan, harus lah sakit-sakit sedap sket  kan ! Hehehe. Mesti ramai nak tahu siapa tukang urut mummy dalam pantang,kan? Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy ! Eh..eh haruslah korang tahu kan... Sebab tajuk blog mummy dah tulis siap-siap ! 



Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy !

Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy !


Tukang Urut Kak Bidan ni, mummy tempah lama dah. Rasanya ada dalam 6 bulan sebelum beranak kot. Mummy dah survey-survey awal-awal. Kenapa mummy memilih Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy ? Sebenarnya, senang bawa bincang dengan Kak Bidan ni. Mummy dan Kak Bidan ni berhubung melalui WhatsApps je ! Pergunakan teknologi yang ada sebaik mungkin, ko ! Hehehe. Kak Bidan ni, memang best. Pantas je jawab WhatsApp. Tanya lah pa pe pun, laju je dia menjawab ! Sebab tu lah, mummy memilih Kak Bidan sebagai Tukang Urut Berpantang Mummy !

Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy !


Rutin Berurut Mummy bersama Kak Bidan Semasa Dalam Pantang


Mummy berurut selama 3 hari dan 1 hari masa penutup nanti. Kiranya 4 hari berurut lepas bersalin.

Raya ketiga Kak Bidan dah datang rumah untuk berurut dan tungkukan mummy. Selagi tak berurut tu, selagi tu lah rasa berat je badan. Kadang-kadang ada rasa pening-pening lalat juga.

Dan dapat urut dan bertungku. Fuh ! Lega rasanya ! Badan ringan dan rasa segar je.

Darah nifas pun laju keluar. Tak de lah segan-segan darah nifas tu nak keluar macam sebelum berurut !

Kak Bidan kata urat badan mummy elok. Rajin berurut ke? Tanya beliau? 

Hehe..mummy memang suka berurut. Kalau tak ke SPA, tok mak la tukang urut mummy. Ataupun mummy. Oles-oleskan je minyak urut di badan.

Urat susu pun tak ada masalah kata beliau.

Alhamdulillah. .moga-moga dapat susukan Daim Naufal sepenuhnya dengan susu badan mummy. Aamiin.

TIPS SEBELUM BERURUT SELEPAS BERSALIN

Sebelum berurut dan bertungku. Mummy akan siap-siapkan diri mummy dulu. Mandi, siapkan baby mandi, susukan baby,  sarapan pagi dan pam susu untuk baby.

Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy !

Ha..penting tau siapkan susu baby. Kang masa berurut dan bertungku anak nangis-nangis. Tak ke nanti terbantut proses mengurut dan bertungku? Huhu

Berurut dan bertungku selepas bersalin ni bukan urut biasa sejam tu. Lama urutnya. Dekat 3 jam jugak !

Alhamdulillah. Baby Daim Naufal belum lagi buat hal masa mummy mengurut. Perut kenyang...tidur je lah ! Hehehe. Bangun masa berak atau nak susu balik. Rutinnya gitu, lah !

KAK BIDAN MEYEDIAKAN LAUK PANTANG SELEPAS BERSALIN

Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy !

Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy !

Ha..bagi yang tak sempat nak masak-masak lauk pantang. Jangan risau ! Kak Bidan juga menyediakan lauk berpantang, tau. Lepas urut, terus je makan hehe. Senang, kan?

TESTIMONI URUT KAK BIDAN

Mummy baru tahu, Kak Bidan ni rupanya tukang urut kegemaran keluarga Ustazah Siti Norbahyah.


Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy !



Anak dan anak menantu Ustazah pun Kak Bidan yang urut dan tungkukan.

Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy !


Rata-rata testimoni urut lepas bersalin Kak Bidan ni mendapat feedback yang positif.

Yang bukan lepas bersalin. Nak urut untuk hilangkan letih, urutan untuk kurus dan lain-lain urutan pun boleh.

Bagitahu je Kak Bidan nak urutan apa.


Pakej Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy !


Pakej urutan lepas bersalin mummy ialah Pakej Premium Lepas Bersalin 3+1 Hari. Ianya meliputi :-

3x Urut Tradisional
3x Bertungku dan Tuam Badan
3x Berparam, Pilis dan Tapel/ Barut
3x pakaikan bengkung
3x mandian herba
1x rawatan Tambah Susu Badan
1x Penutup Pantang (Urut, Sengkak Peranakan dan Bertangas)

Haaa.. banyak juga servis yang Kak Bidan ni bagi kan. Pakej Lengkap Lepas Bersalin. Selalunya, kita lupa bab penutup pantang tu kan. Dok fikir..abes pantang nak pi jalan-jalan je hehehe. Padahal penting penutup pantang tu.

Ikutkan hati mummy, macam nak pakej 14 hari je hehehe. Kalau ada bajet yang banyak, boleh la cuba Pakej Premium Lepas Bersalin 14 hari + 1 hari. Puas rasanya dapat manjakan diri lepas bersalin. 

Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy

Kak Bidan Tukang Urut Berpantang Mummy

Kak Bidan ni, tukang urut mobile. Pendek kata, boleh ke datang ke rumah terus ! Call atau Whats app je ! 

Selanjutnya tentang Kak Bidan, layari :-



Instagram : @kak.bidan

You Might Also Like

9 comments

  1. bestnya bidan siap masakkan linda.. senang banyak dah sekarang ni.. rindunya masakan dalam pantang..

    ReplyDelete
  2. Kak bidan siap masakkan lauk tu memang win la...hehehe...bestnya...lama giler dah rasanya tak beranak ni..dah 13 tahun dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada rezeki..boleh kak amek.kak bidan ni ngurut hehehe

      Delete
  3. Bila lepas mengurut memg badan rasa ringan dan selesa je kan kak...xde dah bisa bisa ke apa...ooo kak bidan area2 atas je eh..area selatan mcm n9 melaka xde eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh outstation juga tu...boleh tanya kalau berminat

      Delete
  4. bgusnya die smpai tolong mskkan..ida berurut dlu 3 hari..1hari sejam je..bidan pun rushing sbb rmai sgt org booking die..hehe

    ReplyDelete
  5. wah..syoknya dapat bidan macam ni,semua lengkap dia buat kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -