Register TABIKA KEMAS 2018 Untuk Dhia Batrisya

Alhamdulillah selesai register TABIKA KEMAS 2018 untuk Dhia Batrisya ! Nasib baik Tok Mak dan Tok Abah dorang ni alert. Mummy dah sibuk dengan baby dalam pantang. Busy dengan budak kuat nyusu, berak dan kencing. Setiap jam, ada sahaja mummy kena layankan. Tak pe lah kan. Bila lagi nak manja bonding dengan mummy. Bulan depan, mummy dah nak masuk kerja ! Mesti mummy akan rindu saat-saat gini. Sobs ! Huhuhu.

Berbalik cerita register TABIKA KEMAS 2018 untuk Dhia Batrisya ni. Tahun depan Dhia 5 tahun dah. Tok mak tolong registerkan Dhia di TABIKA KEMAS. 

Dhia macam excited nak sekolah dah. Mungkin dah masanya untuk Dhia ke sekolah. Harap-harap, Dhia tak tantrum tahun depan.

Mummy pun dah bagi pendedahan sket untuk Dhia. Bawa ke kelas Gym, Renang, Ballet, Menari. Untuk menyesuaikan Dhia pada environment kawan-kawan.

Register TABIKA KEMAS 2018 Untuk Dhia Batrisya



Register TABIKA KEMAS 2018 Untuk Dhia Batrisya

Masa mummy register beberapa minggu yang lepas. Mummy di kehendaki membawa gambar anak, slip gaji, salinan kad pengenalan mummy dan daddy, salinan surat beranak Dhia Batrisya dan juga bayaran pendaftaran RM50.

Awal tahun nanti ada bayaran lain untuk yuran dan lain-lain.

Manakala yuran bulanan pula sebanyak RM25.

SALAHKAH MENGHANTAR ANAK KE TABIKA KEMAS?


Ada yang bertanyakan pada mummy. Kenapa tak sekolahkan Dhia di PASTI, Little Caliph yang lebih kepada keagamaan dan English.

Boleh tak kami nak jawab. Sebab mummy dan daddy dulu pun sekolah TABIKA KEMAS je?

Macam kurang ajar ke jawapan tu? Erm..sebenarnya. tak ada jawapan bagi kami.

Mungkin rezeki anak kami untuk ke TABIKA KEMAS je. Dan..lokasi tu memainkan peranan gak. Dhia masih kecil molek. Sian tengok turun naik van sekolah.

Kalau ke TABIKA KEMAS ni, Dhia boleh jalan kaki je ke sekolah. Kita tengok progress 1 tahun Dhia di Tabika KEMAS cemana ye.

Doakan bebaik untuk anak kami ye ! 

Mummy dan daddy doakan Dhia Batrisya boleh berjaya di dunia dan akhirat. 

Pendapat mummy. Bukan ukurnya sesuatu kejayaan tu kerana tadika atau TABIKA

Tadika dan tabika tak salah ! :(

Masih jauh perjalanan hidup mereka untuk kita  nak adili ! 
7 comments on "Register TABIKA KEMAS 2018 Untuk Dhia Batrisya"
  1. Tak kisah mana2 kan kak. Janji kita tahu tempat tu sememangnya okay. Anak kita, kita berhak menentukan jalan hidup mereka sendiri.

    ReplyDelete
  2. SETUJU ..ANAK SYA SEMUA NYA KEMAS..MEMUDAHKAN SYA MENGHANTAR DAN MEMANTAU..ALHAMDULILLAH SI KECIK MV TAHUN DEPAN PUN STILL WITH KEMAS

    ReplyDelete
  3. Tadika mana- mana sekarang semua dah ok...cepat nyer masa berlalu..Dhia dah nak masuk Tadika

    ReplyDelete
  4. anak saya dulu dua-dua masuk tabika kerajaan..

    sekarang dah dua-dua masuk asrama penuh..

    yang penting..lokasi dekat dengan rumah

    ReplyDelete
  5. Mana2 pun sama ja..kita parents yg kena alert dgn progress anak kita supaya nnt bila masuk darjah 1 tak ketinggalan kan

    ReplyDelete
  6. sama jer sbab silibus tetap ikut kementerian pendidikan juga..

    ReplyDelete
  7. Kat rumah ni memamemang tak jumpa tabika KEMAS tu. Semoga Dhia peroleh ilmu yang bermanfaat ya kat tadika ty

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com