Shoplinks.Asia

SEDAPNYA..DAPAT MANDI HERBA SELEPAS BERSALIN

SEDAPNYA..DAPAT MANDI HERBA SELEPAS BERSALIN.  Salam Jumaat semua...hujan arini. Sejuk ! Mandi lambat sket. Orang pantang tak leh sejuk san...

SEDAPNYA..DAPAT MANDI HERBA SELEPAS BERSALIN. Salam Jumaat semua...hujan arini. Sejuk ! Mandi lambat sket. Orang pantang tak leh sejuk sangat. Takut bentan atau urat kembang orang tua kata. Mandi pun tak leh kerap. Naya kalau urat kembang. Bila cerita  tentang mandi herba selepepas bersalin. Ni, part paling best bila berpantang dan lepas bersalin. Mandi mandian herba ! Mandian herba selepas bersalin ni. Buat sendiri je. Ada bahan yang beli juga, ada yang amek kat laman rumah mak je. Hehehe. 

Wangi je badan.. kalau mandi mandian herba selepas bersalin ni. Awal-awal pantang,  mummy tak pakai sabun untuk badan. Hanya mandian herba semata-mata. Sebab kulit wanita lepas bersalin ni. Agak sensitif, lembut dan warna kulit pun lain macam je. Garu sedikit je pun, boleh melecet.

SEDAPNYA..DAPAT MANDI HERBA SELEPAS BERSALIN

SEDAPNYA..DAPAT MANDI HERBA SELEPAS BERSALIN


Mandian herba ni, tok mak bebudak ni tolong buat. Setiap pagi, tok mak panaskan dan siapkan untuk mummy. Tok mak memang memahami mummy bersalin czer. Tak boleh angkat berat-berat lagi. Jadi, tok mak uruskan mummy. Kalau daddy cuti, daddy uruskan mummy dan anak-anak.

BAHAN MANDIAN HERBA LEPAS BERSALIN.


Tok mak campurkan serai, halia, jemuju, halba, daun pandan, daun mengkudu, daun jambu batu, limau nipis dan lain-lain

Jerangkan atas dapur bahan tadi.

Campurkan sedikit air paip dan terus buat mandi.

Segar ya amat, dapat mandi mandian herba.

Lepas siap mandi herba ni..mummy terus berpilis dan ala-ala berparam. Param losyen panas je kali ni. Tak pakai param biasa. Sebab tak nak habuk param lepas kering terkena tempat czer.

Mummy ni bukan boleh sebarangan..kulit sensitip sket hehehe. Sebenarnya, kulit dah tua..kolagen berkurangan dah hehehe

You Might Also Like

11 comments

  1. wow bestnya.. mesti segar badan kan

    ReplyDelete
  2. Sedapnya mandi herba.. Kak Sue pun amalkan mandi herba masa berpantang, rasa segar badan kan..

    ReplyDelete
  3. wow memang fresh segar gabungan herbs.. selamat berpantang kak ^^

    ReplyDelete
  4. Pergh!! bestnya.. Segar rasa badan kan sis...

    ReplyDelete
  5. Bestnya kak. Ana nk cuba lah kalau ada rezeki mengandung lg. Dulu hanya mandi biasa je.

    ReplyDelete
  6. Bila isteri mandi dengan herba macam ni, satu rumah bau lain macam.. haha... kalau kat Sarawak diaorang mandi dengan Air Periuk kot...

    ReplyDelete
  7. serius best..yanie pun suka mandi daun herba sbb mertua kata bagus untuk aura.. yanie buat guna herba ni: https://yanieyusuf.com/2016/10/mandian-tradisional-selepas-bersalin/

    ReplyDelete
  8. Akak bersalin normal tp x merasa pun mandi herba macam ni...just kena minum air akar kayu je..huhu

    ReplyDelete
  9. belum pernah lagi mandi herba ni.. slalu kalau letih sngat mandi air ais je.. terus fresh :)

    ReplyDelete
  10. best sngtkan sis... wangi dan segar... bila bersalin anak ke3 ni baru akak dpt merasa mandi cam ni... berutung sis klu selalu leh mandi cam ni bila pantang... Allhamdulillah... satu rumah wangi....

    ReplyDelete
  11. Bestnya mandi air herba. Lepas mandi tu kan badan mesti rasa ringan ja

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -