Shoplinks.Asia

TERJEBAK DENGAN CHILINDO ONLINE BIDDING

TERJEBAK DENGAN CHILINDO ONLINE BIDDING . Lama tak update blog. Padahal dua hari je hehehe. Rindu nak story mory. Banyak story panas-panas ...

TERJEBAK DENGAN CHILINDO ONLINE BIDDING. Lama tak update blog. Padahal dua hari je hehehe. Rindu nak story mory. Banyak story panas-panas tak tulis lagi. Sebab? Mummy dah TERJEBAK DENGAN CHILINDO ONLINE BIDDING. Pantang buka handphone, mesti nak usha barang apa yang best kat Chilindo.com . Tu yang macam busy bebenar tu. 


TERJEBAK DENGAN CHILINDO ONLINE BIDDING


Mungkin ada yang tahu tentang Chilindo. Dan..mungkin ada yang tak tahu. Kalau nak tahu, Chilindo ni adalah portal online untuk membida. Sapa tawarkan harga tinggi pada sesuatu masa yang di berikan. Boleh menang barangan yang di bida / bid tu.

Mummy bid murah-murah je. Bila menang tu rasa puas gile hehe. 

TERJEBAK DENGAN CHILINDO ONLINE BIDDING

PENGALAMAN PERTAMA JOIN ONLINE BIDDING UNTUK MEMBIDA BARANG


Pertama kali, mummy bid di Chilindo. Memang blur giler. Terus check out ! Pastu..sambung bid. Hahaha..bila check out dah consider 1 penghantaran dan invoice dah di keluarkan.


Jadi..kalau bid lagi. Makanya, kena cas lagi la untuk kos penghantaran !


Kalau korang nak bid...bid la sampai puas dalam masa 24 jam. Baru checkout. Jimat kos penghantaran RM8 tu !


BARANGAN MENANG DI CHILINDO ONLINE BIDDING


Barang apa mummy menang? Mummy menang :


USB Memory Card Reader RM0.50
Plat lukis Eyebrow RM1.40
Tripod stand RM4.30

TERJEBAK DENGAN CHILINDO ONLINE BIDDING

Kali kedua mummy bid di Chilindo. Mummy menang untuk :
Shoes rack (up to 30pairs) : RM15.14
Sunglasses : RM5.00
Topi baby : RM3.30
IPad stand : RM3.88


Semua wishlists dah siap beli. Aim untuk mainan anak, stokin baby dan baju baby. Kalau tinggi sangat harga atau ramai yang bid. Mummy mummy surrender. Limit RM5, RM10 je untuk barangan ni.

Tips sererusnya, hati-hati masa bid. Jangan bid tinggi sangat. Sebab barangan dalam Chilindo ni biasa-biasa je. 

Sistem pun kadang-kadang bid auto. Kita tak bid, dia bid sendiri. Paroh !

Kalau jadi macam tu..nak buat cemana? Tipsnya, jangan daftar keluar / checkout. Biar je dalam shopping cart. Nanti, lepas beberapa hari barangan tu akan hilang. Bid semula jika berminat.

Kalau dah daftar keluar / checkout macamana pulak? Kalau macam tu....terus call customer service.  

Barangan order mummy akan dalam masa 24jam . Nanti mummy cerita di next entri untuk barangan yang mummy terima tu nanti ye.


Barangan di Chilindo berkualiti atau tidak? Tunguuuu.....

You Might Also Like

10 comments

  1. Amboi mommy dah terjebak membida pulak. Ish awat murah sangat tu

    ReplyDelete
  2. baru tahu.macam best. dapat murah sangat harga tu.

    ReplyDelete
  3. Ramai dah terjebak dengan chilindo ni ☺

    ReplyDelete
  4. Menariknya kak. Harga pun boleh tahan murah :)

    ReplyDelete
  5. Belum terjebak lagi , tapi macam best je ni kak..

    ReplyDelete
  6. alahaiii takutnya kalau terjebak

    ReplyDelete
  7. tak terjebak lagi dengan chilindo ni..tak berani..ongkos tengah 'ketat' sikit bulan ni sbb nak cuti2..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -