Shoplinks.Asia

PENUTUP PANTANG 44 HARI DENGAN KAK BIDAN

PENUTUP PANTANG 44 HARI DENGAN KAK BIDAN .  Alhamdulillah selesai sudah berpantang 44 hari dan mummy telah pun menjalani sesi penutup pant...

PENUTUP PANTANG 44 HARI DENGAN KAK BIDANAlhamdulillah selesai sudah berpantang 44 hari dan mummy telah pun menjalani sesi penutup pantang. Anak nombor 3 ni, memang betul-betul berpantang gamaknya. Awalan berpantang dengan urut bersalin. Penutup pantang 44 hari pun  buat juga. Dah last katanya kan. ..penutup. Kilang pun dah tutup.  Makanya, buat lah penutup pantang. Dulu, anak nombor 1 dan 2 tak buat penutup pantang. Padahal, penutup pantang 44 hari ni penting sebenarnya.



PENUTUP PANTANG 44 HARI DENGAN KAK BIDAN

Penutup pantang 44 hari mummy di mulai dengan urutan badan dan skrub. Badan orang dalam pantang ni kan memacam sedikit. Kena sental dengan skrub lah, baru laki tak gi karaoke. Eh !! Hahaha.

Okay..gurau je ye. Sebenarnya, skrub badan sambil berurut dapat mewangikan badan. Badan orang berpantang ni kan memacam baunya. Baru lepas bersalin, kita bau badan sendiri mungkin macam okay. Tapi, orang lain ? Kita tak tahu kan. 

Bila skrub sambil berurut, darah dalam badan kembali lancar. Di samping angin dalam badan pun dapat di keluarkan. Pulak tu, 44 hari menyusukan badan pada anak. Mau tak sakit badan ! Haruslah kena urut untuk hilangkan sakit-sakit badan. Ye dak?

URUT SELEPAS BERSALIN DENGAN KAK BIDAN KLIK >> SINI <<


Selesai mummy di urut dan di skrub. Mummy di tangas oleh kak bidan. Tangas ni, anak nombor 1 dan 2 mummy tak buat gak. Ilmu tangas agak cetek masa tu. 

Ha..sekarang dah tak cetek. Sebab mummy dah tahu khasiat bertangas. 

Darah nifas ni baunya agak kuat berbanding darah period. Untuk hilangkan sepenuhnya bau darah nifas (walau darah nifas hampir kering). 

Tangas boleh menghilangkan bau yang kurang di senangi itu.

Tangas juga membantu melancarkan darah nifas yang tersekat-sekat. 

Semasa tangas ni..kak bidan arahkan mummy untuk buat senaman kemut-kemut. Biar bawah kita orang pempuan tu, kembali macam asal. Baru lah asben sayang, kan? Hehehe


BERTANGAS MASA PENUTUP PANTANG


PENUTUP PANTANG 44 HARI


PENUTUP PANTANG 44 HARI

Kak Bidan buatkan semua bahan tangas. Siap kerusi tangas pun di bawanya sekali. Mummy? Mummy tinggal duduk dan feel sesi tangas. Best sangat for "me time". 

Bahan tangas pula, Kak bidan mencampurkan bahan semulajadi seperti serai, limau, daun pandan dan herba-herba tertentu untuk menangas mummy.

Bau bahan-bahan memang sedap..mummy rasa relax dan no more stress.  Walaupun semasa sesi tangas tu, Daim Naufal sekejap-sekejap merengek nak susu.

Tapi...mummy tetap maintain "wat relax, wat cool" hehehe.

Ni tak tipu, ye ! Memang best sesi tangas ni. Eh..sesi penutup pantang 44 hari dengan kak bidan pun best .


PENUTUP PANTANG 44 HARI


Mummy ketika duduk atas kerusi sambil bertangas. Gambar full macam malas nak amek. Malas nak pakai baju lengan panjang dan malas nak sarung tudung hehe.

Mummy nak relax santai !

Siap semuanya, mummy tanya kak Bidan. Nak kain batik lepas atau apa-apa tak? Kak Bidan kata tak perlu semua tu. Dia bidan bersijil. Bukan bidan kampung yang kena ada pengeras. 

Alhamdulillah..terima kasih kak Bidan ! Nanti 100 ari kita jump lagi ye. 100 hari nak bertungku dan berurut balik.

Badan pempuan kena lah jaga kan? 

Kalau korang yang berminat nak dapatkan khidmat kak Bidan ni. Terus hubungi kak Bidan untuk rawatan urut, sengkak, penutup pantang, atau apa sahaja urutan ye.

Selanjutnya tentang Kak Bidan, layari :-
Facebook : www.facebook.com/kakbidanofficial
Instagram : @kak.bidan

WA : http://wasap.my/60172066286

You Might Also Like

9 comments

  1. Bestnya dapat manjakan badan sekali sekala kan.. Kak Sue yang tak ada anak kecil pun kadang berurut juga Linda..

    ReplyDelete
  2. Bestnya bertangas...masa saya dalam pantang emosi tak stabil..haha...tapi alhamdulillah tak meroyan...haha

    ReplyDelete
  3. saya dah anak tiga. tapi ini first time dengar pasal penutup pantang 44 hari.best ya. waktu berpantang pun seronok bertungku urut semua2 tu. tq share. dapat ilmu baru malam ni.

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. complete berpantang macam ni. Puas hati..

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat manjakan diri kan...anak dah 3 ni..tak pernah nya nak berpantang beriya...urut pun sekali je..huhu sedih

    ReplyDelete
  6. macam anak dara la mommy lepas ne. Memang best bertangas miza buat time awal pantang penutup just urut jew syok la mommy

    ReplyDelete
  7. Bestnya badan kena urut dan scrub.

    ReplyDelete
  8. Tq kak linda kongsi pengalaman ni insyaAllah bila suatu hari nanti boleh follow entri akak

    ReplyDelete
  9. Bestnya urut mummy!.dah ttp kilang lah ya, hihi;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -