RESEPI PUDING CENDOL GULA MELAKA

RESEPI PUDING CENDOL GULA MELAKA. Mummy memang penggemar cendol. Kalau ke pasar malam, antara benda yang wajib di beli ialah cendol. Pantan...

RESEPI PUDING CENDOL GULA MELAKA. Mummy memang penggemar cendol. Kalau ke pasar malam, antara benda yang wajib di beli ialah cendol. Pantang nampak air cendol kat pasar malam.

Baru-baru ini, ternampak time line FB mummy resepi agar-agar cendol. Menarik sangat ni ! Tak sabar nak cuba RESEPI PUDING CENDOL GULA MELAKA. Sebelum mummy kehilangan resepi ini. Mummy blogkan dulu RESEPI PUDING CENDOL GULA MELAKA

RESEPI PUDING CENDOL GULA MELAKA



RESEPI PUDING CENDOL GULA MELAKA


BAHAN-BAHAN RESEPI PUDING CENDOL GULA MELAKA :



√ 10gram serbuk agar agar
√ 150-200gram cendol
√ 4cawan air
√ 1cawan gula
√ 1kotak santan brand KARA
√ 1st garam


Step 1: Bahan A


CARA PENYEDIAAN RESEPI PUDING CENDOL GULA MELAKA:



1. Didihkan 4 cawan air. 

2. Masak agar agar.

3. Kemudian masukkan 1 cawan gula, masak hingga agar agar dan gula menjadi larut (mendidih) 

4. Sudah mendidih, masukkan cendol yg sudah ditapis airnya. Tunggu mendidih baru tutup api.

5. Masukkan santan kotak, kacau rata, masukkan garam, kacau rata sehingga semua sebati.

3. Masukkan dlm acuan, sejukkan. Selepas puding beku, corak carikkan dengan garfu permukaan atas. Sebab kat atas nanti nak letak adunan gula melaka.


Step 2: Bahan B


√ 10gram serbuk agar agar
√ 5cawan air
√ 200g gula melaka *potong kecik
√ 3helai daun pandan


1. Masukkan semua bahan step 2 dalam periuk . . masak dgn api yang perlahan, supaya daun pandan sempat kuar bau dan aroma nya.


2. Selepas mendidih . . TAPIS dan tuang kedalam bekas Puding cendol tadi. sejukkan normal dalam 30minit. selepas tu boleh lah masuk peti ais


Tips untuk acuan :


Basahkan dengan sedikit air. supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong


Resepi ini dari FB Resepi Memikat Suami. Jom Like & Share Resepi Memikat Suami

You Might Also Like

6 comments

  1. Alahai sedapnya kak puding cendol ni. Rupa dia pun menarik sgt. Mana nak dpt ni.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya Rupa paras cendol gula Melaka ni. Tertelan2 air liur mama

    ReplyDelete
  3. Tengok cantik jer kejadiannya tapi nak.buat tu cam rumit gak hehehe

    ReplyDelete
  4. Tengah2 malam ni terliur pulak nk makan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -