Shoplinks.Asia

TEMAN ENCIK SUAMI MANCING CATCH AND RELEASE DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT

TEMAN ENCIK SUAMI MANCING CATCH AND RELEASE DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT  . Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam M...

TEMAN ENCIK SUAMI MANCING CATCH AND RELEASE DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT . Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Maal Hijrah SEMUA! Lambat wish pulak dalam blog. Huhuhu. Best,kan cuti panjang 3 hari ini. Buat apa semua cuti 3 hari bebaru ini? Mummy dan keluarga tak kemana-mana. Sebab daddy budak-budak ni, kerja hari Jumaat dan Sabtu. Ahad je lah, ada menyinggah ke tempat MANCING CATCH AND RELEASE DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT untuk teman husband.


TEMAN ENCIK SUAMI MANCING CATCH AND RELEASE DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT


TEMAN ENCIK SUAMI MANCING CATCH AND RELEASE DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT

Ye lah, dah beberapa minggu ni... daddy dok teman mummy beraktiviti je. Kali ni, kitorang pulak teman daddy.

Lama kot, daddy puasa mancing. Hampir setahun agaknya tak mancing tu. Hehehe.

TEMAN ENCIK SUAMI MANCING CATCH AND RELEASE DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT


Mancing kali ini, tempat baru. Belum pernah lagi ke sini. Daddy saya nak mencuba tempat baru, untuk MANCING CATCH AND RELEASE DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT

Mancing catch and release ni, konsepnya tangkap dan lepas. Tak boleh bawa balik ikan tu. Kiranya, tempat release tension daddy.

Pancing dan lepaskan ikan.

SELESA MENUNGGU DADDY MEMANCING DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT


Tempat ni, boleh tahan jugak selesanya.

Ada tempat duduk, ada kafe dan ada sofa juga.

Gambar tempat bersofa dan beraircond tu tak sempat ambil. Bateri handphone dah kong. Charger pulak, mummy lupa nak bawa.

Layan gambar sekitar tempat mancing je lah, ye !

TEMAN ENCIK SUAMI MANCING CATCH AND RELEASE DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT

Kemahen anak buah mummy si Bella ni posing. Seronok dapat jenjalan dengan mummy ye !

Okay nilah, tempat mancingnya. 

Boleh berehat di kerusi. Tempatnya pun berbumbung. Siap kipas angin lagi. 

Layan pulak rasanya,  lepak sini. Tenang je, duduk sini sambil tengok air.






TEMAN ENCIK SUAMI MANCING CATCH AND RELEASE DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT

Yeayyyy..dapat dah ikan. Pak Abang - adik daddy orang yang pertama dapat bawa naik ikan. Besar, tak?



Turn daddy pulak dapat ikan. Seronok tengok muka memasing bila dapat ikan. Cer kalau tak dapat ikan. Harus balik dengan muka seposen je.


TEMAN ENCIK SUAMI MANCING CATCH AND RELEASE DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT

Anak-anak sakan gembira. Dzal memang suka mancing. Daddy dah mula ajar sket-sket tarik ikan.

TEMAN ENCIK SUAMI MANCING CATCH AND RELEASE DI HULU LANGAT FISHING RESORT & RESTAURANT

Keseluruhannya, 6 ekor ikan berjaya di bawa naik untuk hari tersebut. Kalau dapat bawa balik ikan tu. Pasti lebih seronok.

Seronok ke? Eh..entahlah hehehe. Nak masak lagu mana ye Besau sangat tu!

Korang yang tahu lebih lanjut tempat mancing ni. Terus ke :


Alamat : 769, Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa
43100 Hulu Langat, Selangor. Malaysia

HP: 014-637 3979






You Might Also Like

7 comments

  1. bestnya dapat ikan besar2, Oh rupanya somi mommy kaki pancing jugak boleh geng EE lah nanti

    ReplyDelete
  2. Memang satu kepuasan la bila dapat pancing ikan besar macam tu.

    ReplyDelete
  3. Nampak ada resort kat hujung tu kak. Mcm menarik kalau nk stay dkt sini juga.

    ReplyDelete
  4. Alaaa...kenapa x leh bawak balik ikan tu...kalau bawak balik lg best...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -