Lifetime (Astro Ch 709) Meraikan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair

Lifetime (Astro Ch 709) Meraikan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair . Yeay ! Pemenang MasterChef Australi...

Lifetime (Astro Ch 709) Meraikan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair . Yeay ! Pemenang MasterChef Australia Musim 9, Diana Chan Dah Pulang ke Tanahair. Kini, Televisyen Channel Lifetime akan meraikan kemenangan beliau. Mummy juga ingin merakamkan ucapan TAHNIAH buat Diana Chan.

Lifetime (Astro Ch 709) Meraikan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair



 Lifetime (Astro Ch 709) Meraikan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair

Wira masakan negara, Diana Chan  akan pulang ke tanahair buat kali pertama sejak kemenangannya di MasterChef Australia Musim 9. Kalau nak tahu, siaran ini dah di tayangkan di channel Lifetime (Saluran Astro 709)!


Biodata Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan


 Lifetime (Astro Ch 709) Meraikan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair


Diana dilahirkan di Sitiawan, Perak tapi dibesarkan di Johor Bahru. Beliau mendapat inspirasi memasak daripada masakan Peranakan ibubapanya di rumah sebelum berpindah ke Australia untuk menyambung pelajarannya dan selanjutnya bekerja di sana.

Bulan lepas, akauntan yang berumur 29 tahun ini telah menjadi juara dalam siaran realiti TV masakan popular "MASTERCHEF" 

Beliau telah memenangi hadiah utama sebanyak AUD250,000 (RM834,000) secara tunai. 

Siaran Ulangan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan di Lifetime (Astro Ch 709) 


Ada yang terlepas siaran ini? Ha..ha..ha..bukan kata korang je. Mummy pun terlepas sama. Ada dalam beberapa episod MasterChef Musim 9 ni mummy tak sempat nak tonton.

Pada yang dah terlepas untuk siaran ini (termasuklah mummy), korang boleh tonton semula di  siaran TV Lifetime dan boleh tonton semula detik kemenangan Diana dalam siri MasterChef Australia Musim 9 dari 14 Okt – 4 Nov 2017 pada setiap Sabtu jam 12 tengah hari di Lifetime (Saluran Astro 709).

JUMPA DIANA CHAN PEMENANG MASTERCHEF DIANA CHAN DI MID VALLEY

Korang  mana yang nak jumpa face to face dengan Diana Chan. Berita baik untuk peminat Diana, pemenang MasterChef Musim ke 9. 

Jom jumpa pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan bersama  Lifetime!

Tarikh: 7 Oktober 2017, Sabtu
Masa: 12tengah hari– 6 petang.  Penampilan Diana dari pukul 3 - 5 petang.
(Pendaftaran media pada jam 2.30ptg)
Tempat: South Court (Tingkat Bawah) | Mid Valley Megamall


Semasa sisi ini, Diana Chan akan berkongsi pengalamannya yang luarbiasa dan menjawab semua soalan peminat.

Bukan itu sahaja, beliau juga akan mengadakan demonstrasi masakan istimewanya. 

Finalis Malaysia MasterChef Asia, Jasbir Kaur dan Marcus Low, juga akan bersama-sama dalam aktiviti esok.


Bagi yang tak dapat hadir, jom kita ber Facebook Live di  https://www.facebook.com/LifetimeAsia





You Might Also Like

1 comments

  1. Wah.. baru tau nie Linda, hebat kan orang dari Malaysia antara pemenang dalam rancangan Master Chef Australia musim 9 nie kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -