Shoplinks.Asia

Shopping Kasut Dan Sandal di Hypershoe KIP Mall, Bangi.

Shopping Kasut Dan Sandal di Hypershoe KIP Mall, Bangi. - Kami sekeluarga ada merancang nak pi travel bulan Disember tahun ni. Tapi, seaw...

Shopping Kasut Dan Sandal di Hypershoe KIP Mall, Bangi. - Kami sekeluarga ada merancang nak pi travel bulan Disember tahun ni. Tapi, seawal bulan Oktober dah jiwa kacau, meronta-ronta nak cari kasut. Haha. Jadinya, hujung minggu baru ini mummy sekeluarga zaaaaas lelaju ke Hypershoe Outlet Grand Opening di cawangan terbarunya KIP Mall, Bangi. 

Kalau korang nak tahu Peniagaan Hypershoe ini ditubuhkan dari tahun 1996. Hypershoe KIP Mall, Bangi adalah cawangan Hypershoe yang ke 32.  


Hypershoe Outlet Grand Opening di Cawangan Terbarunya KIP Mall, Bangi. 








Untung pulak rasanya, dapat datang masa hari pembukaan. Pengunjung yang datang pun semua nampak riak muka gembira. Mana boleh tak happy, ke Hypershoe Outlet Grand Opening di KIP Mall, Bangi. Pada masa pembukaan hari tu, banyak sandal dan kasut di jual pada harga promosi. Bukan tu sahaja, ada juga disediakan popcorn dan belon percuma. 



PILIHAN KASUT DAN SANDAL DI HYPERSHOE


Best sangat ke Shopping Kasut Dan Sandal di Hypershoe KIP Mall, Bangi? Serius, mummy tak tipu korang. Best sangat ke  Hypershoe KIP Mall, Bangi.  Sebab ada banyak pilihan kasut dan sandal. 

Masuk-masuk je ke Hypershoe KIP Mall, Bangi. Mummy terus ke bahagian kasut dan sandal wanita iaitu jenama VETINI 



Mummy aim nak beli kasut bertapak tinggi. Almaklum ler...kita ni rendang ! hahaha.

Nak sandal tapak tinggi, cam ni ke?


Atau kasut bertutup yang ada tapak tinggi macam ni? Uhuii...rambang mata ! 





Tapak tinggi yang ni pun mummy suka juga. Ya Allah, awat banyak sangat sandal yang menjadi pilihan mata !




Vetini juga ada kasut dan sandal wanita jenis flat. Kasut dan sandal Vetini jenis flat pun lawa-lawa juga ! Mummy ni, dah banyak sangat kasut flat. Beli masa mengandung. Tiga kali mengandung dalam 4 pasang kasut jenis flat mummy ada. Kali ini ke Hypershoe KIP Mall, Bangi memang tak pandang sangat kasut flat. Dok, melilau cari kasut bertapak tinggi, je !



MIX POINT 






Mixpoint pulak, seksyen kasut pilihan bagi lelaki. Jenis-jenis kasut Mixpoint ialah kasut untuk ke pejabat, kasut kasual, sandal.


MIXPOINT SPORT WOMEN



MIXPOINT SPORT WOMEN - Seksyen kasut sukan wanita ! Kasut sukan pun  sebenarnya ada dalam wishlist mummy. Sebab kasut sukan yang sekarang ni, mummy dah bawa untuk berjalan-jalan. Main belasah je mummy ni, kan? Kasut sukan pun belasah bawa jalan-jalan. Hahaha! 

Nak tak nak. Kena cari kasut sukan juga ! Kot-kot nanti terajin nak bersukan. Mana pulak nak rembat kasut,kan?


Cari punya cari, nampak kasut sukan MIXPOINT SPORT warna oren ni. Macam lawa la pulak . Kalau beli ini, mesti automatik terus rajin nak bersukan ! 

MIX POINT SPORT MEN



Di Hypershoe juga ada terdapat kasut sukan lelaki yang pelbagai pilihan. Kalau korang nak cari kasut sukan lelaki untuk casual, berlari, berjalan, badminton, futsal . Ha...sini semua da tau ! Tak payah pergi banyak-banyak kedai kasut dah !

Kasut sukan lelaki di sini sangat berkualiti dan murah. 


MP KIDS - KASIT BUDAK




Sandal dan kasut budak-budak pun lawa-lawa di Hypershoe KIP Mall, Bangi. Dak 2 ketul tu, siap dah pilih kasut dorang. Dengan harapan, mummy dan daddy belikan dorang sepasang dua.



Mummy suka kasut MP Kids corak Spiderman untuk Dzal Aidi Fiqry. Boleh sedondon dengan topi Spiderman H&M dia tu.



Dhia Batrisya pulak, manpak kasut ada lambang Hello Kitty. Lawa juga kasut tu !

MP KIDS - KASUT SEKOLAH



Pada ibu bapa yang tercari-cari kasut sekolah. Tak perlu ke kedai lain dah. Di Hypershoe KIP Mall, Bangi pun ada jual MP KIDS - KASUT SEKOLAH



VETINI KASUT ALA BOOT WARNA COKLAT PILIHAN MUMMY DI HYPERSHOE KIP MALL BANGI



Finally, mummy dah dapat apa yang mummy nak ! Yeayyyy ! VETINI kasut ala boot warna coklat menjadi pilihan mummy di Hypershoe KIP Mall Bangi.


Kasut ni menjadi pilihan mummy sebab ada tapak dan tapaknya macam getah. Tak la licin bila berjalan nanti. 


Kebetulan pula, mummy pun tak ada lagi kasut bertutup penuh warna coklat. Lawa tak pilihan mummy ? Lawa kan, kasutnya ! Dah la lawa, murah pulak tu. RM69.90 sahaja di Hypershoe KIP Mall Bangi.

Korang yang nak cari sandal atau kasut, jom cepat-cepat ke Hypershoe ye ! Selanjutnya, tentang Hypershoe boleh layari :-


Hypershoe KIP Mall Bangi : Lot M-02, M-03, M-04, M-05, G-05/2, KIP Mall Bangi, No 1, Jalan Medan Bangi, Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor




You Might Also Like

28 comments

  1. Boleh pulak terselit bydak baju kuning seluar oren tu. Cantik kasut mummy.

    ReplyDelete
  2. wahhhhh cantik² juga kasut kat sni ye.. Harga pn kira ok lah kan.

    ReplyDelete
  3. wow , banyak pilihan tu, berwarna warni pulak tu.. :) Nak pergi beli juga la

    ReplyDelete
  4. wah..bestnya...okay nanti kalau g kipmall,leh singgah..

    ReplyDelete
  5. Memang rambang mata kalau macam nie Linda.. semua cantik dan menarik.. hihihi..

    ReplyDelete
  6. Wah cantik cantik koleksi kasut tuh...

    ReplyDelete
  7. Semua cantik la..akak suka plak design sport shoe diorang...

    ReplyDelete
  8. pergh !!!! stylo gile ah kasut akak.. hee~ atie dah tau lama dah kedai kasut hypershoe ni.. tapi tak sangka harga dia boleh tahan murah gak.. memang rugi la kalau tak menyoping..

    ReplyDelete
  9. Wow banyaknya shopping best lah tak ajak kita tapi tengok kasut2 mereka pun cantik-cantik dan memuas hati.

    ReplyDelete
  10. dah lama tak singgah hypershoe dah 10 tahun kot. byk design2 yg menarik skrg ye

    ReplyDelete
  11. comel flat shoe kelabu tu.. i like..

    ReplyDelete
  12. Kasut selesa dan berkualiti tinggi memang berbaloi untuk di miliki

    ReplyDelete
  13. Rambang mata ada banyak pilihan. Tapi kasut mommy tu memang cantik dan stylo

    ReplyDelete
  14. Cantik kasut boot tu, pandai pilih...

    ReplyDelete
  15. cantik2 pilihan kasut dia..
    tingin nak pakai boot hihi

    ReplyDelete
  16. Banyaknya kasut dekat sini kak. Dari mak sampai ke anak. Cantik2 pula tu.

    ReplyDelete
  17. cantiknya pilihan mummy! bestnya ada kedai baru dekat kipmall, sebelum ni takde pun kedai kasut yang best kat situ. hehe

    ReplyDelete
  18. Banyak pilihan kasut dekat sini. Harap banyak saiz besarlah sebab kaki hanis besar saiz 9-10 susah nak cari kasut lelawa huhu

    ReplyDelete
  19. Berpinar mata nampak semua barang cantik" harga pun boleh tahan

    ReplyDelete
  20. Banyak betul pilihan kasut di sini. Utk semua perinkat umur, kanak2, dewasa, lelaki dan perempuan. Sesuai digayakan mengikut situasi mcm sport ke dinner ke kerja ke. Best!

    ReplyDelete
  21. Cantik dan banyak pilihan.Harga pun tak lah mahal mana. Kalau dekat dah terjah dah.

    ReplyDelete
  22. Hyper Shoe di KIP Mall Bangi, boleh cuba ni.
    Macam ada banyak pilihan dan betul kata sis harganya nampak berpatutan.

    ReplyDelete
  23. Dah lama tak dengar nama Hypershoe ni. Sebab jarang jumpa di dalam shopping mall di KL. Teringat zaman sekolah dulu, kasut raya mesti pergi beli kat sini. Hehehhe.

    ReplyDelete
  24. Anak2 saya memang shop kat Hypershoe utk kasut sekolah atau kasut harian. Tak tau pula kini kat Bangi besarnya shop dia

    ReplyDelete
  25. Macam best je kasut dekat sini. Cantik2 pulak kasut ni. Harga pon reasonable hehehe boleh check ni. Hehe

    ReplyDelete
  26. Dh lama x beli kasut. Kalau sale senang nak memborong. Harga murah dan jimat byk.

    ReplyDelete
  27. wa so many selections there. can buy for whole family there

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -