11 TEMPAT MENARIK DAN UNIK DI PENANG MALAYSIA, JOM BERCUTI !

UNIKNYA PENANG MALAYSIA, JOM BERCUTI  ! Pejam celik, pejam celik dah nak masuk Disember dah, apa yang best Disember ini ialah banyak cuti ! Yeay, tu yang paling mummy tertunggu-tunggu 'public holiday'! Siapa yang tak suka bila ada public holiday yang banyak-banyak tu,kan? Jimat lah annual leave !  Annual leave yang ada tu, boleh carry forward hal lain-lain. Kebetulan, Disember ni, budak-budak sekolah pun cuti jugak, kan ! Lagilah best mak pak yang ada anak bersekolah. Boleh sesama cuti dan pi jalan-jalan, kan?  Korang ada plan bercuti tak? Ada yang nak bercuti kat Pulau tak? Antara pulau dalam semenanjung Malaysia yang mudah nak pergi samada naik kereta atau kapal terbang. Pilihan mummy, semestinya Penang, Malaysia. Penang Malaysia ni, memang tempat yang mummy suka sangat nak pergi. Walaupun dah pernah pergi tapi, tetap nak pergi lagi. Kenapa Penang Malaysia? Ha...kalau nak tahu jom baca entri ni sampai habis !

Kalau sebut Penang Malaysia ini, kan. Dalam fikiran mummy dok teringat Feri je. Almaklumlahkan, sekali sekala je dapat naik feri. Seharusnya, excited tahap maksima kalau dapat naik feri. Mungkin berbeza dengan penduduk yang tinggal di Penang Malaysia yang dah selalu menggunakan perkhidmatan feri.



10 TEMPAT MENARIK DAN UNIK DI PENANG MALAYSIA, JOM BERCUTI !


UNIKNYA PENANG MALAYSIA, JOM BERCUTI !



Penang Malaysia antara pulau dalam Semananjung Malaysia yang senang untuk di lawati. Seperti yang mummy cerita tadi, Penang Malaysia ni mudah je nak pergi. Nak naik kereta atau kapal terbang pun boleh. Penang Malaysia juga merupakan pulau yang mummy tak pernah rasa bosan untuk bercuti, sebab Penang Malaysia ni macam-macam ada.  Banyak tempat unik, menarik dan tempat makan best ! Tak percaya? Jom ke Penang Malaysia



11 TEMPAT MENARIK DAN UNIK DI PENANG MALAYSIA



Penang Malaysia juga merupakan pulau yang ada banyak tempat menarik dan tempat makan yang best ! Walaupun dah beberapa kali ke Penang, mummy masih belum sempat lawati semua tempat menarik dan tempat makan best di penang Malaysia ni.

Kali ini, percutian kami sekeluarga..mummy nak masukkan semua tempat menarik dan tempat makan best kat Penang Malaysia dalam senarai.

Rugi oii..kalau tertinggal ! Penang Malaysia ni bukan belakang rumah kami.

Nak tahu di mana tempat menarik dan tempat makan best di Penang Malaysia?

Kalau korang, macam mummy yang sukakan bergambar, ambil gambar dan suka dengan hasil keunikan hasil seni. Korang boleh ke :-


1. Penang Street Art


10 TEMPAT MENARIK DAN UNIK DI PENANG MALAYSIA, JOM BERCUTI !
Sumber Gambar : Only Penang



Penang Street Art merupakan pameran lukisan yang di lukis di bangunan lama. Lukisan di Penang Street Art semua cantik-cantik dan ada maksudnya tersendiri. Lukisan ini adalah hasil lukisan dari artist jalanan Ernest Zacharevic. Kalau korang sukakan hasil seni yang unik sebegini, korang boleh ke kawasan Bandar George Town, Pulau Pinang.

Kalau mummy ke sini, pasti tak lepas dengan kamera. Walaupun ianya hanyalah lukisan di dinding tapi amat bermakna bagi mummy !


2. Made in Penang Interactive Museum


10 TEMPAT MENARIK DAN UNIK DI PENANG MALAYSIA, JOM BERCUTI !
Sumber Gambar : FB Made in Penang

Selain Penang Street Art, Made in Penang Interactive Museum juga tempat menarik untuk di kunjungo. Tempat ini, ada tarikan yang tersendiri. Antara yang menarik dalam  Made in Penang Interactive Museum ialah Wall Painting, Handmade Jetty Water Front, Interactive 3D Trick Art, Interactive Kiosks dan Coffee time. Kalau korang nak nak belajar sejarah Penang Malaysia secara moden, inilah tempatnya !

Bertempat di Pengkalan Weld George Town, dibuka setiap hari dari Jam 9 pagi hingga ke 6 petang. Harga tiket bayaran masuk Dewasa RM15 dan Kanak-kanak RM10


3. Penang 3D Trick Art Museum


11 TEMPAT MENARIK DAN UNIK DI PENANG MALAYSIA, JOM BERCUTI !
Sumber gambar : FB 3D Art



Penang 3D Trick Art Museum pula antara tempat paling best untuk bergambar dan juga boleh cara adjust susuanan gambar bagi nampak menarik dan unik. Didalamnya ada banyak lukisan 3D yang unik dan boleh mengelirukan pandangan mata. 

Bertempat di 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang. Ianya buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Bayaran masuk pula di kenakan sebanyak :

Dewasa

RM15 - MyKad

RM25 - Tanpa MyKad


Kanak-kanak / Warga Emas / Pelajar

RM10 - MyKad

RM15 - Tanpa MyKad



4. Penang Time Tunnel


11 TEMPAT MENARIK DAN UNIK DI PENANG MALAYSIA, JOM BERCUTI !

Jika korang peminat sejarah pula, jangan lupa singgah ke Penang Time Tunnel. Di dini korang akan dapat kenali perubahan negeri ini dari dulu hingga kini. Yang bestnya, kisah zaman penjajahan tentera jepun dan bagaimana pulau ini dibom kapal perang mereka pun ada di sini. Bertempat di : 39, Jalan Green Hall, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang. Buka setiap hari pada jam 9.15 pagi hingga 7 malam. Manakala bayaran masuk ialah RM29 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak

5. Amazing World Studio


10 TEMPAT MENARIK DAN UNIK DI PENANG MALAYSIA, JOM BERCUTI !




Amazing World Studio Penang pun menarik jika korang sukankan aktiviti bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada pelbagai studio bergambar yang interaktif dan unik disini. Seperti augmented reality, virtual whirl, little common street, 3D trick art dan photo matrix.


Ia juga mesra kanak-kanak. Lokasinya di 4 Weld Quay, George Town, 10300 Pulau Pinang. DI buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Bayaran Masuk pula ialah RM28 Dewasa dan RM15 Kanak-kanak 







Untuk yang sukakan tempat yang lebih relax dengan keindahan alam semulajadi dan boleh bawa keluarga bersama, di Penang Malaysia ada Taman Burung.


6. Taman Burung Penang



Taman Burung Penang ialah Taman Burung yang pertama dan terbesar dibuka di negara kita. Kawasan sebesar 5 ekar ini menjadi rumah kepada 300 spesis burung yang berlainan.

Taman Burung di Penang ini mempunyai keluasan 5 ekar. Ianya adalah taman burung yang pertama dan terbesar di Malaysia yang mempunyai lebih 300 spesis burung.

Apa yang menarik dan uniknta Taman Burung Penang ini. Burung-burungnya bebas berterbangan dan ianya di tutup rapi dalam kawasan ini. Selain burung ada juga haiwan liar lain seperti sang kancil, ikan arapaima gergasi, ular sawa, buaya dan kura-kura.

Taman Burung Penang ini terletak di Jalan Todak, Perai, 13700 Pulau Pinang. Di buka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang. 



7. Taman Rama-rama Penang

Di kawasan Jalan Teluk Bahang Penang pula, boleh ke Taman Rama-rama Penang. Kalu bawa anak-anak kecil macam Dhia dan Dzal, Taman Rama-rama Penang ini, merupakan tempat wajib yang mummy nak kunjungi sebab boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan juga memupukkan semangat cintakan rama-rama.

Bayaran masuk ke Taman Rama-rama PEnang ini pula ialah RM65 (dewasa) dan RM45 (kanak-kanak. Buka setiap hari dari jam 9pagi hingga 7 malam.




8. Escape Theme Park


Di Penang juga ada tempat aktiviti lasak. Kalau korang datang ke Penang Malaysia bersama geng yang minat dengan aktiviti lasak, lagi best !

Escape Theme Park terletak di 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang. Berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi. 

Terdapat perlbagai aktiviti lasak boleh di lakukan disini seperti Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan untuk mereka yang gayat, belajar memanjat pokok kelapa.

Escape Theme Park ini di buka setiap Selasa hingga Ahad pada jam 10 pagi hingga 6 petang. Manakala bayaran masuk pula ialah RM83 untuk dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak.


Bagi yang nak cuti santai-santai lepak sambil menghirup udara laut yang segar, korang juga boleh singgah ke :-






9. Pantai Batu Ferringhi

Pantai Batu Ferringhi ini terletak Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Merupakan pantai yang sangat popular di Penang Malaysia. 


Bukan sahaja boleh berkelah ataupun menikmati angin pantai. Malah korang juga boleh lakukan akiviti sukan air seperti jetski dan parasailing.

BACA JUGA : BATU FERRINGHI


10. Pantai Tanjung Bungah


Selain Pantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Pantai Tanjung Bungah juga antara apantai yang popular di Penang Malaysia.

Pantai Tanjung Bungah terletak di antara Gurney dan Batu Ferringhi. Di sini juga boleh beraktiviti pantai seperti Jet Ski, Banana Boat dan Parasailing.

11. Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut


11 TEMPAT MENARIK DAN UNIK DI PENANG MALAYSIA, JOM BERCUTI !



Kalau sebut pasal penyu je, mesti kita teringat akan negeri di pantai timur,kan? Padahal di Penang Malaysia pun ada penyu tau ! Korang boleh singgah ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Keracut. Ianya adalah salah satu tempat dimana penyu Agar datang bertelur. 

Masuk ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Keracut tiada bayaran di kenakan. PERCUMA je !

Pusat Konservasi Penyu Pantai Keracut di kenali sebagai Penang Turtle Sanctuary ini terletak di Pantai Kerachut, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Buka setiap hari Isnin – Ahad dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang


11 tempat menarik dan unik di Penang Malaysia ini merupakan tempat yang ramai pelancong kunjungi. Mummy pun perasan juga, ramai kawan-kawan mummy yang singgah di tempat-tempat ini. Geram jetengok gambar dorang bercuti di Penang.

Mana boleh jadi korang je pi bercuti. Mummy dan keluarga pun nak ke Penang Malaysia.


Kalau korang nak tahu lanjut tentang Penang Malaysia. Korang juga boleh lawati : https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia



26 comments on "11 TEMPAT MENARIK DAN UNIK DI PENANG MALAYSIA, JOM BERCUTI !"
  1. Akak dah plan cuti ke Penang dengan Dania, tapi banjir teruk melanda penang kan...huwaaaaaa....tiket ETS burn...bilik dah cancelled dah...x dinafikan memang Penang best..especially tempat makan dia..nak sangat bergambar kat dinding2 Mural tu....

    ReplyDelete
  2. penang lebih kurang melaka..banyak tempat menarik. kalau cuti panjang mesti jem jalan hahaha

    ReplyDelete
  3. Banyaknya tempat kat Penang yang Rawlins tak terjah lagi. InsyaAllah nak melawat ke sana soon so boleh la rujuk post ini kan

    ReplyDelete
  4. byk tmpt menarik...lama xpi penang

    ReplyDelete
  5. Nak bookmark entri ni sbb mmg plan nak ke penang pun nanti.tq for sharing kak.

    ReplyDelete
  6. Menarik sangat. Walaupun pernah melawat ke negeri Pulau Pinang, tak sampai lagi pun kat tempat sis cerita ni. Tak sabar nak tunggu cuti sekolah yang bakal menjelma. Simpan siap-siap dalam list.

    ReplyDelete
  7. baru tau kat penang pun boleh tengok penyu. ok dah dekat sangat dengan kampung miza lajak sikit jew dapat anak-anak tengok penyu

    ReplyDelete
  8. Lama sangat tak mai Penang sejak habis zaman 'u' dulu, rindu nak ke sana, bawa anak-anak jalan. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  9. Thanks for the listing. I know where I should go whenever I visit Penang now.

    ReplyDelete
  10. Bgus sbg rujukan nk ke penang 1day kan..

    ReplyDelete
  11. Dah plan nak ke Penang, tapinya tak jugak pergi-pergi. Masa Matrikulasi dulu pernah lah jalan-jalan kat Penang tu. Memang banyak tempat menarik. Rindu jugajk nak makan pasembor!

    ReplyDelete
  12. Kak dah lama tak pg Penang, last pg masa kawin anak adik ipar dan tak banyak tempat yg dpt kak pg

    ReplyDelete
  13. Lama tak pergi ke Penang.. sepatutnya bulan Mei hari tue bercuti ke sana, malangnya jadual bertukar... kami ke tempat lain pula T-T

    ReplyDelete
  14. Penang ade taman burung ek? Adoiii terlepas la

    ReplyDelete
  15. Kita pernah baca yang kat Penang sahaja ada lebih daripada 10 buah muzium. Tu pun tak semua kita pergi dan tahu memang banyak tempat best kalau bercuti kat Penang ni kita rasa nak pergi lagi..

    ReplyDelete
  16. Banyak tempat lagi kinah tak pergi di Penang ni. Setakat ni pernah pergi Bukit Bendera je. In sya Allah nanti ada juga perancangan nak ke sini. Kena bookmark dulu entri akak ni untuk guideline nanti

    ReplyDelete
  17. wah !! bestnya.. memang kebetulan Penang ada dalam senarai.. hee~ boleh la saya jadikan entri blog ini sebagai panduan..

    ReplyDelete
  18. Dekat penang memang banyak tempat best2. Hari tu pergi taman burung dengan bukit bendera. Bila naik bukit bendera sejuk gila.

    ReplyDelete
  19. Wah bestnya. Dah lama tak pi penang. Macam-macam dah ada. Tapi makanan memang takleh nak elak la kan kak. Hahaha. Sedappp!

    ReplyDelete
  20. Rupanya ada beberapa tempat lagi yang Kak Sue belum pergi masa bercuti ke Penang, nanti ada rezeki boleh pergi lagi..

    ReplyDelete
  21. Tahun depan plan nak cuti-cuti dengan family ke Penang.. ;)

    ReplyDelete
  22. Bestnya.. boleh simpan list ni mama naknkesana adik konvo nanti

    ReplyDelete
  23. ok simpan list.. tak sabar nak pegi lagi penang..

    ReplyDelete
  24. eventho i tinggal dekat penang but those newly open museum i tak pernah pi pun. tak interested sangat with those interactive, 3D, crystal bla bla bla semakin banyak museum ni. haha

    Which Income Group Do You Belong To?

    ReplyDelete
  25. Dan sis Linda, skrg dah ada tarikan tambahan kt Penang Hill. Nama nya The Habitat.
    Tpi sebab harga tiketnya ampun mak mahal, tak ramai orang Malaysia sanggup.

    Kalau ada yg nak explore, boleh ke site kami. Ada diskaun tiket ke The Habitat kat situ.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com