5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil

5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil


Bagi seseorang yang hobinya memasak, memiliki dapur yang praktikal dan lengkap semestinya adalah satu impian. Tidak kira kecil atau besar ruang yang ada, selain hiasan dan reka bentuk dapur tersebut haruslah mengikut cita rasa si tukang masak.

Jika anda masih mencari idea untuk renovate dapur anda, jom lihat reka bentuk dapur kecil atau kompak yang telah diubah suai oleh kitchen contractor dan kitchen interior designer untuk beberapa buah rumah kondominium di Malaysia. Selepas melihat hasil kerja mereka ini, anda pasti tidak sabar untuk hubungi mereka untuk mendapatkan sebut harga. ;)


1. Kondominium di USJ 1, Subang Jaya

Kemas dan rapi adalah adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkan dapur pelan terbuka ini. Kabinet dapur serba putih dari lantai ke siling membuatkan dapur kecil ini kelihatan lebih lapang. Ditambah dengan lampu gantung dengan terendak jenis besi corak geometri, dapur ringkas ini tampak lebih moden dengan serta merta. Pemilihan bahan yang tahan lasak dan menarik untuk permukaan juga sangat penting, dan juru hias dalaman telah memilih untuk menggunakan white solid surface countertop untuk dapur ini. Untuk meluaskan lagi ruang dapur, island counter bentuk L dibina di antara ruang dapur dengan ruang makan. 


5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil

 Projek oleh La Conception Hauz




2. Kondominium di Serene Residence RT2, Rawang

Susun atur bentuk L sangat sesuai untuk dapur yang kompak kerana selain dapat menggunakan sepenuhnya ruang yang ada, work flow si tukang masak juga akan menjadi lebih lancar. Dapur ini juga telah diubah suai dengan bijak oleh kitchen contraktor dengan menggunakan kombinasi warna kayu asli dalam tona cerah dan putih pada kabinet untuk membuatkan ruang itu kelihatan lebih luas dan kemas. Tingkap luas dengan pintu gelangsar pula ditambah dengan roller blind putih, sedondon dengan tema dapur.

5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil




3. Kondominium di Waldorf Tower, Mont Kiara

Ruang simpanan yang praktikal adalah penting bagi ruang dapur yang kecil. Bagi dapur yang hanya mempunyai satu dinding ini, ia telah dilengkapkan dengan kabinet di bahagian bawah kaunter serta kabinet tergantung sehingga ke siling. Walaupun ruang yang ada adalah terhad, ia tetap mempunyai ruang untuk pelbagai jenis peralatan elektrik atas kaunter dan jenis built-in. Jadi, pemilik rumah ini tetap boleh menyediakan pelbagai jenis masakan dengan segala kelengkapan yang ada untuk keluarga dan tetamu. 



5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil

Projek oleh Box Creative


4. Kondominium di Bukit Jalil

Dapur kompak ini telah dilengkapkan dengan kabinet dapur dengan reka bentuk yang moden dan ringkas. Untuk pintu kabinet, warna kelabu muda menjadi pilihan, dan digandingkan dengan permukaan kaunter granite berwarna kelabu gelap dan berkilat. Jubin putih high-gloss pula menjadi pilihan untuk memenuhi bahagian backsplash dan lantai dapur. Dengan susun atur L, ruang dapur ini nampak sangat cerah dan ceria kerana ia memperolehi pencahayaan yang sempurna dari tingkap empat daun yang luas. 


5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil

Projek oleh La Conception Hauz



5. Kondominium di Serin Cristal Residence, Cyberjaya

Dapur moden ini mempunyai kabinet dapur dengan rangka dan permukaan kaunter berwarna putih, dan pintu berwarna kelabu muda. Tombol kabinet yang diperbuat daripada besi tempa berwarna hitam pula menjadi pilihan, sedondon dengan sinki, terendak lampu gantung dan corong penyedut asap yang juga berwarna hitam. Kawasan memasak tampak lebih unik dan menarik dengan jubin yang disusun seakan batu bata. Untuk lantai pula, kepingan vinyl yang tahan lasak menjadi pilihan. 


5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil

Projek oleh La Conception Hauz


Inginkan suasana baru untuk dapur kecil anda?


Sebagai pemilik rumah, semestinya anda mempunyai pelbagai idea menarik untuk mereka hias dapur di rumah anda. Walau bagaimanapun, penting untuk anda tahu yang tidak semua idea boleh direalisasikan dengan mudah. Faktor lain seperti, jenis bahan yang sesuai, pencahayaan, pengudaraan, ciri keselamatan dan saiz ruang dapur perlu diambil kira. 

Bagi memastikan kerja renovate dapur anda berjalan dengan lancar, dapatkan khidmat kitchen contractor atau kitchen interior designer yang boleh dipercayai dan berpengalaman. 

Recommend.my mempunyai 900 kontraktor dari seluruh negara yang berdaftar dengannya. Kongsi maklumat ringkas tentang idea ubah suai yang anda mahu dan anda akan terima beberapa anggaran sebut harga dalam tempoh beberapa jam sahaja. 

26 comments on "5 Idea Ubah Suai Untuk Dapur Kecil"
  1. Semuanya cantik dan idaman akak jugak ni Linda...akak baru buat kabinet dapur..tp simple2 je la..design ngan kaler pun mak yang pilih..hehehe...tinggal nak mencantikkan living ngan dining je ni...rumah ada budak kecik ni bahaya skit nak cantik2...

    ReplyDelete
  2. Oh semua pun nampak cantik Dan tersusun boleh lah saya buat rujukan utk condo saya nanti

    ReplyDelete
  3. kalau ruang dapur kecil memang kena ada sistem organization yang optimum supaya tak rasa semak dan mampu simpan banyak barang

    ReplyDelete
  4. Yg last tu mama minat lah. Kemas saja nampaknya tu

    ReplyDelete
  5. tgk kitchen kabinet lawa...rs sayang nk masak2 sbb takut kotor hehe

    ReplyDelete
  6. Cantik2 deko tu kak. Ana suka sgt tgk bab2 deko ni. Dpt lah idea sikit nk deko rumah saiz kecik ni.

    ReplyDelete
  7. Walaupun ruang dapur yang kecil . Tapi pemilihan warna tetap penting untuk nampak ruang dapur menjadi luas . Pemilihan warna putih tue dah tepat

    ReplyDelete
  8. Kitchen kabinet memang penyelamat untuk dapur kecil. Cuma tu lah mahal! Hahaha. Saya buat kitchen kabinet bahagian bawah je pun dah 4k. Hurmmmm. Belum lagi bahagian atas. Sedih betul.

    ReplyDelete
  9. WOW! cantiknya semua dapur-dapur tu...

    ReplyDelete
  10. ok, rambang bijik mata.. semua pon cantik cantik.. memang nnti nak deco dapur umah.. tunggu bajet jatuh dari langit dulu hehehee.. #tabungtakpenuhlagi

    ReplyDelete
  11. Semua cantik2, dapat dapur macam tu semua sure miza sanggup tidur kat dapur jeww

    ReplyDelete
  12. Dapur yg selesa, kita pun suka nk masuk memasak kn.

    ReplyDelete
  13. Rumah kecik mmg kena pndai pilih bentuk ..kalau tak nnt jadi ke laut ja..tpi design2 kt ats ni semua lawa2

    ReplyDelete
  14. Dapur marsha kecil so memang sesuai ikuti tips ni. Thanks sharing tips2 yang best ni 😘

    ReplyDelete
  15. Please sapa ada kawan atau mana-mana akitek yang pasang kabinet dapur minta untuk rekmen kat kita sebab ada plan untuk tahun depan hehehehe nantikan...

    ReplyDelete
  16. Lawanya gambar-gambar hiasan dapur tu. kena titiberatkan juga bahagian dapur sebab situ lah tempat memasak dan membasuh.

    ReplyDelete
  17. Bila la nak ada rumah sendiri ni, nak deco dapur cecantik ni heee

    ReplyDelete
  18. Annur suka design yang last skali yg kat cyber tu.
    Nice & simple. Tapi asben Annur kata, island tu saje pun 5k. Keseluruhan tu mau 12k *pengsan*

    ReplyDelete
  19. Suka tengok dapur yang comel dan simple. Nampak kemas. Tq for the info linda.

    ReplyDelete
  20. nampak kemas,cantik dan selesa...jemput singgah ke laman http://www.pokucu.com/ , sekian terima kasih ...

    ReplyDelete
  21. Cantik-cantik semuanya...sis minat yg atas sekali..project La Conception Hauz. Best kalau dpt dapur camgitu..tapi ttp bersyukur dgn yg ada skrg

    ReplyDelete
  22. Boleh tunjuk dekat kakak nih sebab dia tengah fikir nak renovate dapur..hehe

    ReplyDelete
  23. Cantiknya yang ada island tu. InsyaAllah kat rumah parents Rawlins sedang dalam proses ubahsuai untuk ada island begitu. Fefeeling omputih. Haha

    ReplyDelete
  24. Mmg jdi idaman dapur mcmni.. dapur cntik mood masak pon ada.hihi

    ReplyDelete
  25. Cantik semua deko dapur tu Linda, Kak Sue lebih suka dapur yang tak berapa besar atau kecik.. senang nak kemas.. ehehe..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com