Shoplinks.Asia

PRAY FOR PENANG ! MISI BANTUAN BANJIR !

PRAY FOR PENANG ! MISI BANTUAN BANJIR ! Salam takziah buat warga Penang yang hadapi musibah banjir dan bencana alam. Mummy terkejut sangat...

PRAY FOR PENANG ! MISI BANTUAN BANJIR ! Salam takziah buat warga Penang yang hadapi musibah banjir dan bencana alam. Mummy terkejut sangat pada hari kejadian tu. Macam tak percaya pun ada.

Sempat bertanyakan khabar pada bapa mertua. Sebab bapa mertua mummy bekerja dan tinggal di Penang sekarang. Kata beliau, tempatnya ok dan masih dalam kawalan. Abang ipar juga ada ke sana untuk Misi bantuan banjir di Penang.


PRAY FOR PENANG ! MISI BANTUAN BANJIR !

Di entri kali ini, mummy ingin me 'war-warkan' misi bantuan banjir di Penang. Mohon kawan-kawan panjang-panjangkan pada yang memerlukan bantuan ye !


PRAY FOR PENANG ! MISI BANTUAN BANJIR !


ADAKAH ANDA TAHU LOKASI YANG PERLUKAN PEMBERSIHAN SELEPAS BANJIR SURUT DI ZON UTARA?

Kalau korang tahu lokasi yang memerlukan bantuan pembersihan setelah banjir surut. Terutamanya di Tempat Ibadat, Sekolah & Tadika, Rumah Warga Emas & OKU. Boleh BAGITAHU pada Program Bantuan Pasca Banjir (Pembersihan) Zon Utara 2017

Program Bantuan Pasca Banjir (Pembersihan) Zon Utara 2017


Program Bantuan Pasca Banjir (Pembersihan) Zon Utara 2017 adalah anjuran bersama MyHELP, BBNGO, Pusat Maklumat Kesihatan, NADMA dan rakan-rakan NGO Strategic NADMA

Target Sukarelawan: Pelajar2 IPTA/IPTS Serta NGO2 Seluruh Malaysia

Target Lokasi: Tempat Ibadat, Institusi Pendidikan (Sekolah dan Tadika), Institusi Kesihatan (Klinik, Pusat Jagaan, etc) dan Rumah Warga Emas dan OKU, dan lain2 yg sesuai

Mereka memerlukan maklumat tempat-tempat yang memerlukan pembersihan seperti berikut:

Maklumat yang di perlukan:

1. Alamat penuh lokasi

2. Nama person in charge tempat lokasi

3. Jawatan

4. No telefon person in charge

5. Bilangam sukarelawan yang diperlukan

6. Lain-lain keperluan/nota tambahan

Untuk maklumat lanjut boleh whatsapp urusetia Dr. Rashidi 019339847.

You Might Also Like

9 comments

  1. #prayforpenang Semoga banjir cepat surut dan keadaan kembali normal.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar.. semoga mereka tabah hadapi dugaan banjir ni

    ReplyDelete
  3. Semoga mangsa banjir tabah hadapi ujian dan musibah bencana ni

    ReplyDelete
  4. Takziah kepada semua mangsa banjir di Penang. Bagus ada NGO macam ni. Boleh hulurkan tangan ringankan beban kepada mangsa banjir

    ReplyDelete
  5. #PrayForPenang InsyaAllah dipermudahkan semua urusan bantuan dan juga mangsa yang terlibat.

    ReplyDelete
  6. #prayforpenang semoga Allah permudahkan

    ReplyDelete
  7. #prayforpenang semoga mereka dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan semoga dipermudahkan semua urusan bantuan di sana.

    ReplyDelete
  8. #prayforpenang Insya'Allah moga dipermudahkan segala urusan bantuan kepada mereka..

    ReplyDelete
  9. #prayforpenang. Harap semuanya selamat dan dipermudahkan urusan. Kerap betul dah banjir di Penang. Kesian tengok warga emas duduk dalam banjir

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -