Best Ke Baca Blog Ana Suhana?

Best Ke Baca Blog Ana Suhana? Sebelum mummy bercerita panjang pasal blog Ana Suhana ni. Jom kita kenali blogger Ana Suhana. Fuh, berpeluh-peluh mummy review kawan-kawan blogger minggu ni antaranya blogger Mimi Azirah , CeritaIta dan Suria Amanda. Dorang dok review blog mummy. So....mummy review blog dorang semua. Barulah adil, kan? Korang kalau ada buat review pasal mummy. Bagitahu cecepat tau. Nanti mummy review blog korang balik. Hehehe.

BEST KE BACA BLOG ANA SUHANA


Best Ke Baca Blog Ana Suhana?


Berbalik kisah blogger Ana Suhana. Mummy kenali beliau dah lama. Sebab beliau ni rajin blog walking blog mummy dan juga kawan-kawan mummy. Tak sabar nak kenali dengan lebih dekat. Kalau korang nak tahu best ke idak blog Ana Suhana ni. Korang terjah lah blog beliau di www.anasuhana.com . Oh ya ! IG beliau pun hebat tau. Ramai likers. Likers tu semua genuine tau. Bukan likers beli !


Mummy dan Ana rapat setelah, kami berjumpa di salah satu group WhatsApp (group kerja). Perghhh..boleh tahan rupanya Ana Suhana ni. Sangat dedikasi dalam berblog dan juga rajin kongsi di SocMed tentang tempat makan dan tempat berjalan-jalan.




1st time bertentang mata, pada food review di Shah Alam. Ana ni seorang yang humble. Bercakap pun sopan, je.

Ana Suhana ni, sebenarnya mengingatkan mummy kepada sahabat baik bff mummy semasa sekolah tingkatan 1. Suhana Ibrahim namanya. Kami berpisah pada tingkatan 3. Masing-masing ke sekolah asrama berlainan jurusan.

Sahabat baik mummy tu sekarang kurang sihat keadaannya. Sebab sering jatuh semasa di asrama dulu. Ingatannya kurang stabil. Setiap kali call mummy. Mesti soalan yang sama beliau aju, kan. "Linda dah kawin ke belum?". Allahu ...sedih pulak nak cerita. Moga sihat selalu.

Mummy doakan juga Ana Suhana blogger ni dikurniakan kesihatan yang baik-baik juga. Jaga perut awak tu ye, Ana ;) ;)


KERJAYA BLOGGER ANA SUHANA


Best Ke Baca Blog Ana Suhana?



Blogger Ana Suhana ini ada seorang anak lelaki yang comel. Sebaya Dzal tak silapnya. Ana seorang ibu berkerjaya juga. Freelance Accountant..so korang yang perlukan perkhimatan untuk buat kira-kira untung rugi. Boleh cari Ana. Sekarang pun dah hujung tahun, kan?

Bercerita pasal akaun ni, korang ada bisnes kecil ke bisnes besar atau freelance atau blogger. Semua pendapatan tu wajib di buat kira-kira dan declare pada LHDN . Kalau tak..hrmmm ..


Nak kenal dan nak tahu tentang blogger Ana Suhana? Korang follow beliau rerapat dan jangan lupa terjah socmed Ana ye...


7 comments on "Best Ke Baca Blog Ana Suhana?"
  1. Betul seronok kenal dengan Ana ne lembut jew cakapnya. miza pun suka stakler IG ana banyak gambar cantik

    ReplyDelete
  2. First jumpa Ana Suhana nampak gementar dia..hehehe..masih akak ingat..well sekarang kami dah macam kenal lama..macam tu jugak dengan Linda..setuju ana sgt komited dalam blogging...keep up a good work

    ReplyDelete
  3. suka bc blog ana sbb die suka jjcm...sama minat kita ngan die suka jjcm...br 2 x jumpa ana

    ReplyDelete
  4. Beruntungnya mama kenal Linda Dan ana. Sama.pula Nama dgn bff Linda ye. Semoga Suhana bff Linda kembali sembuh

    ReplyDelete
  5. Dilah pun suka baca blog ana.. suka cara penulisan ana di blog ana..

    ReplyDelete
  6. Baca blog Ana memang best.. Suka tgk dia travel sana sini dan jalan jalan cari makan.. Hehehe

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com