BILA MESIN BASUH SAMSUNG ROSAK !

BILA MESIN BASUH SAMSUNG ROSAK ! Boleh meroyan jugak, lah jiwa ni kalau mesin basuh / washer machine tu tak berfungsi. Tapi..idaklah meroy...

BILA MESIN BASUH SAMSUNG ROSAK ! Boleh meroyan jugak, lah jiwa ni kalau mesin basuh / washer machine tu tak berfungsi. Tapi..idaklah meroyan dopolohpatjam kat facebook mengeluh ! Mummy terus tanya di beberapa group WhatsApps. Group WA apartment dan adik beradik. 


BILA MESIN BASUH SAMSUNG ROSAK !

Bila mesin basih Samsung Mummy tu rosak. Memang blur sekejap. Nak basuh pakai tangan. Macam tak daya. Nak bawa ke dobi layan diri. Macam malas nak mengangkut & tunggu.

Nasib baik adik ipar ada bagi no telefon Pak Ya yang boleh baiki mesin basuh Samsung mummy tu.

Mesin basuh Samsung mummy tu memang dah lama. 2 tahun sebelum kahwin belinya. Kiranya dah 6 tahun umur mesin basuh / washer machine. Masalahnya air tak keluar ke dalam mesin. 

Daddy dah godek-godek..pun tak tahu di mana masalahnya. 

REPAIR MESIN BASUH ROSAK DI KAJANG DENGAN PAK YA !


Mummy deal kejap je dengan Pak Ya. Call Pak Ya pagi tadi. Pagi tu jugak, Pak Ya datang repair.



Kata PakYa Fius terbakar. Jumlah kena bayar RM80 untuk barang dan RM40 upah datang.

Check dalam wallet ada RM110. Adoi lupa pulak korek duit dari ATM sebelum panggil Pak Ya. Minta nombor akaun Pak Ya. 

Pak Ya beritahu..tak pe ..tak payah bayar lagi RM10. Adoi...malu pulak mummy.

Tak pelah..kita kasik promote Pak ya dalam blog.

Korang yang ada masalah mesin basuh rosak ke peti ais rosak atau apa-apa barang letrik yang rosak.

Atau ada yang mencari tempat repair barangan elektrik sekitar KAJANG. Korang boleh hubungi Pak Ya ye : +60193663259

You Might Also Like

8 comments

  1. Selesai dah ya, cepat Pak Ya datang.. terbaik..

    ReplyDelete
  2. kalau dekat dah panggil pak ya ni repair mesin basuh umah cik nor.

    ReplyDelete
  3. Padan lah 6 tahun..kira tahan juga la tu sbb Hari2 guna kan..

    ReplyDelete
  4. Washing machine samsung memang tahan lama. Terbaik Pak Ya sudi tolong.

    ReplyDelete
  5. kalau yang dah otai dalam kerja dia mesti tak berapa kisah sangat kalau short duit sikit2 tu kan? Alhamdulillah ada pakya tolong :D

    ReplyDelete
  6. laaaaa...ingat beli baru...repair rupanya..baru nak suruh beli baru...hahahahah

    ReplyDelete
  7. Mesin basuh rosak mood pun rosak huhu. Nak tepon pak ya lah area shah alam cover tak. mesin basuh umah miza ne pun dah merajuk

    ReplyDelete
  8. Mesin basuh rosak memang mood swing kan kak. Dulu mesin basuh sy rosak berbulan bulan suami anta dobi je kak...kebetulan adik sy no 4 balik kg, pgil dia betulkan mesin. Rupanya motor kt bwh mesin terbakar. Tukar baru terus boleh guna

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -