Siapa Blogger Shuhaida Kabdy Pada Pandangan Azlinda Alin ?

Siapa Blogger Shuhaida Kabdy Pada Pandangan Azlinda Alin ? Haha..Tajuk straightforward sangat kali ni. Baca tajuk je, mesti korang dah tahu apa isi entri blog mummy kali ni, kan? Alhamdulillah, masih boleh kekalkan momentum menulis tentang rakan blogger. Segmen kenali blogger lah lebih kurang. 

Siapa Blogger Shuhaida Kabdy Pada Pandangan Azlinda Alin ?


Siapa Blogger Shuhaida Kabdy Pada Pandangan Azlinda Alin ?


Korang kenal tak blogger Shuhaida Kabdy? Mummy yakin, di kalangan korang pastinya kenal dengan Shuhaida Kabdy. Mummy memanggil beliau dengan panggilan KAK SU. 

Mummy kenal kak Su dari salah sebuah komuniti blogger. Kami rapat bila Kak Su menegur blog mummy ada masalah tak boleh masuk blog list beliau. 

Kak Su selalu bagi info apa-apa permasalahan yang berlaku di blog mummy. Seperti tempat komen tak boleh komen.

Yang bagusnya, kak su ni..siap PM lagi. Allah, baik sangat kak Su. Kalau kak su tak inform. Mummy pun, tak tahu yang blog mummy tu ada masalah.


Siapa Blogger Shuhaida Kabdy Pada Pandangan Azlinda Alin ?


Kak Su ni ada persamaan juga dengan mummy. Kitorang ni, lebih utamakan family. Nak buat apa-apa, mesti fikir family dulu. 

Kak Su ni baik orangnya..banyak kali juga datang rumah mummy. Masa kenduri aqiqah Dzal dan juga raya (masa mummy berpantang). Terharu mummy ada kawan yang baik sebegini. Mummy je..tak sampai lagi ke rumah Kak Su.

Seronok berkawan dengan Kak Su, sebab Kak Su selalu bagi nasihat dan saling mengingati. Biasalah mummy ni darah muda. Kadang-kadang tu, ada sifat lalai juga.

Korang jangan tak tahu..kak Su ni suka mengemas. Tengok hiasan rumahnya, terus rasa malu kat diri sendiri ! Agaknya..kalau kak su datang rumah saya, mesti tangan tu rasa gatal je nak kemaskan hehe.

Memang best lah dapat kawan macam Kak Su ! Terima kasih Kak Su. Moga kita bersahabat sampai bila-bila ye !

Teringin nak merasa Laksa Batu Kurau Kak Su. Nampak sedap Laksa tu.

Kak Su dah berumur lebih 40 tahun. Tapi, gigih menulis. Bagus, kan? Bukan sekadar tulis blog. Tapi, gigih upload gambar makanan lelawa kat IG beliau. 

Bagi mummy, part nak photoshoot makanan tu memang mencabar. Mummy ni, lepas masak je...terus makan. Tak pun anak-anak dah sambar dulu. Tak dan weiii makanan tu nak posing dulu hehe.

Nak amek gambar makanan pun kena pandai cari angle. Silap angle..memang tak lawa gambar tu nanti.

Gambar-gambar IG Kak Su pun sangat memberangsangkan. Kebanyakannya mendapat like yang banyak. Mummy memang salute sangat-sangat dengan kegigihan Kak Su !

Siapa Blogger Shuhaida Kabdy Pada Pandangan Azlinda Alin ?
Masa Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

Masa mummy dalam pantang


Kalau korang nak tahu. Kak Su juga ada menjalankan bisnesnya sendiri. Kak Su merupakan Founder kepada pati minuman MAN JAVA air kelapa laut dan juga jus kedondong asam boi.


Siapa Blogger Shuhaida Kabdy Pada Pandangan Azlinda Alin ?


Mummy pun dah beberapa kali repeat order dengan Kak Su. Boleh baca di : 
Sedapnya..memang perghhh ! Rugi kalau korang tak pernah rasa. 

Korang yang nak kenali Kak Su dengan lebih dekat. Jangan lupa pi baca blog beliau dan juga follow media social nya ye :-






4 comments on "Siapa Blogger Shuhaida Kabdy Pada Pandangan Azlinda Alin ?"
  1. Mama setuju ttg deco deco Tu. Kreatif kak sue ni kan

    ReplyDelete
  2. akak pulak memula berborak dengan kak sue macam dah kenal lama tau.. sangat mesra orangnya..

    ReplyDelete
  3. Kak Sue orangnya sangat merendah diri, peramah dan sentiasa beri kerjasama kan..kak sue hutang laksa ngan kita tau...hahahahah...laksa kak su masak sedap amat...

    ReplyDelete
  4. Untung sangat dapat kenal dengan kak su ne. Miza suka cara kak su, dia akan PM kalau ada pape problem dekat blog yang kak su perasan.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com