Cadbury Zip Untuk Kawan-kawan Dhia

Cadbury Zip Untuk Kawan-kawan Dhia - Lama dah mummy tanamkan niat nak belikan sesuatu untuk kawan-kawan Dhia kat KEMAS tu. Dalam kepala na...

Cadbury Zip Untuk Kawan-kawan Dhia - Lama dah mummy tanamkan niat nak belikan sesuatu untuk kawan-kawan Dhia kat KEMAS tu. Dalam kepala nak belikan coklat je. Kuih, nasi semua tu KEMAS dah allocate menu makanan setiap hari. Tapi...risau juga lah nak bagi Cadbury Zip Untuk Kawan-kawan Dhia ! Takut ada mak bapa yang tak suka pulak anak dia dapat coklat. 

Mummy PM cikgu Dhia minta pendapat. Cikgu kata tak pe..bagi je Cadbury Zip Untuk Kawan-kawan Dhia pada yang nak, bagi budak-budak tu bawa balik nanti. Kalau maka bapa tak bagi makan nanti pepandailah macamana. 

Oleh kerana esok hari Jumaat, mummy niat nak belanja Cadbury Zip Untuk Kawan-kawan Dhia. 

Cadbury Zip Untuk Kawan-kawan Dhia


Cadbury Zip Untuk Kawan-kawan Dhia

Kenapa sibuk nau mummy nak bagi Cadbury Zip Untuk Kawan-kawan Dhia ? Okay, kronologi cerita asal ceritanya korang boleh baca di SINI .

Yup, nampak macam Dhia ni bodek cikgu, kan? Tapi, budak yang berumur 5 tahun...yang  baru je bersekolah...pandai manalah nak bodek. Bodek cikgu untuk apa? 

Sebenarnya, Dhia bukan membodek. Hasil risikan mummy,,, rupanya, Dhia nak bagi cikgu makanan tu ada sebabnya tersendiri.

Nak tahu sebab apa? Okay...Sebab, pelajar A (bukan nama sebenar) setiap hari bawa bekal ke sekolah. Cikgu pun bergurau dengan pelajar A ni, "lain kali bawalah bekal untuk cikgu sekali" (ayat lebih kurang dari kefahaman melalui Dhia).

Dhia pun ada beritahu mummy, si A bawakan sambal sotong untuk cikgu. Cikgu cakap sedap, terima kasih sebab bawakan untuk cikgu.

Sebab tu, Dhia pun nak bawakan makanan untuk cikgu juga. Bila Dhia bawakan bekal untuk cikgu. Ada pulak kawan Dhia kata, Dhia ni menggedik

"Mummy, kenapa kawan Dhia cakap Dhia ni menggedik. Menggedik tu apa?". Dia mengadu pada mummy.

Mummy sejukkan hati Dhia dengan mengatakan tak ada apa-apa pun. 

Dalam hati mummy, mungkin kawan Dhia tu menyampah dengan Dhia yang selalu bawakan bekal untuk cikgu.

Jadi, kali ni...nah Cadbury Zip Untuk Kawan-kawan Dhia Dalam bungkusan ni ada 31 Mini Cadbury Zip. Kawan-kawan Dhia ada 25 orang, selebihnya untuk cikgu dan anak-anak cikgu.

Semua satu kelas akan dapat 1 coklat. Tak ada pilih kasih, hehe. 


You Might Also Like

7 comments

  1. oo..kisahnya..ptt dhia rajin nak tapau untuk cikgu..ishh..sibuk je kawan dhia ckp camtu..kecik2 dh tau perkataan menggedik..

    ReplyDelete
  2. Wah seronok lah nanti kawan-kawan Dhia dapat coklat kan..

    ReplyDelete
  3. murah rezeki mummy hendaknya supaya boleh belanja kawan2 kakak dhia lagi nanti.. hee~

    ReplyDelete
  4. baiknya dhia.. lepas ni apa agaknya dia nak bagi kawan2 ..hehee

    ReplyDelete
  5. Cokkat favourite sy nih kak. .huhuhu kecik kecik dh pandai ckp Dhia menggedik ya.. Boleh tak nak cili mulut kwn dia. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Dhia....aunty punya mana...aunty nak jugakkkk

    ReplyDelete
  7. wah. semua dapat. dhia memang bagus kan sebab semua perkara bagtau mommy, anak lelaki khaty banyak benda sembang dengan suami, mungkin sebab suami khaty lagi pandai layan budak-budak.hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -