HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI

HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI - Sambung balik kisah HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI. Lama tergendala cerita ni ye ! Berbalik pada hari ketiga di Green Camp Bali. Seperti biasa, aktiviti  kami pun penuh juga. dari 8 pagi hingga ke 4 petang. Flight kitorang ke Malaysia dari Bali di jadualkan pada jam 8.40 malam. Jam 6.40 petang dah wajib ada kat Ngurah Rai Airport. Plus minus nak nak mengemas dan perjalanan ke Airport yang mengambil masa lebih kurang 30 minit tu. Memang kami sekali lagi ...dah macam Amazing Race. Agak kelam kabut jugaklah, tapi..i is tak mengeluh. I like it ! Hehehe

HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI seperti biasa. Aktiviti pagi kami di mulakan dengan sarapan pagi healthy food, aktiviti melawat kawasan padi, main lumpur, lunch, menanam pokok dan akhir sekali kenali pokok-pokok yang ada di kawasan Green Camp.



HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI

HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI

Fasilatator Ferly menerangkan tentang pokok-pokok yang ada di kawasan Green Camp Bali. Ada banyak spesis pokok di tanam di kawasan ini. Mummy suka tanaman di Green Camp, buah-buahan tanaman mereka boleh di makan macam tu sahaja. 

HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI

Tak perlu basuh pun tak apa. Sebab dorang tak gunakan bahan kimia untuk spray pokok atau spray di buah-buahan mereka. Bajanya pula, baja semulajadi. Sepanjang kami makan makanan dan tanaman mereka. Alhamdulillah perut kami sedap je rasa. Tak ada berangin ke pedih perut dan cirit birit.

HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI

Buah rasberry ni, memang mummy dok perabihkan aje. Hehe Sedap ! Manis ! Fresh pulak tu, petik dan terus makan ! Bila ternampak gambar ni balik, adoiiii rindu yakmat dengan Green Camp Bali !

Aktiviti hari ketiga untuk melawat kawasan padi dan bermain lumpur kami tak sertai. Sebab pepagi tu, anak-anak macam dah letih sangat. Lepas breakfast dorang terus tertidur kat tempat makan. Nak tak nak, kitorang skip 2 aktiviti yang menarik ni. 

Rugi tu..memang rugi, tapi mood anak-anak pun, nak kena jaga. Lelagi hari ketiga ni jugak, kitorang nak balik Malaysia. Budak-budak kena cukup rehat juga ! Rugi pulak rasanya, kitorang tak extend sehari lagi duduk di Bali. 

Tak pelah, moga ada rezeki lagi ke sana.

HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI

Aktiviti yang kami join ialah mencari 10 daun dari pokok yang berada di kawasan Green Camp iaitu pokok cinnamon, lime, chillies, sugar cane, Lemongrass, passion fruits, eggplant, mint, mango dan pandan.

Satu daun , akan dapat sepuluh markah. Jadi, markah penuh ialah 100 markah.

HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI

Oleh kerana kitorang ni orang Asia, sap sap sui je lah dapat semua jenis daun ni. Kitorang team paling awal paling cepat siap. Pastu, tolong-tolong juga team lain mencari daun-daun. Kang.. tak tolong lambat pulak habis aktiviti ni, kan?

HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI

Siapa dah siap? (kat sana tak cakap Malay Language..semua communication in Englsih). Nasib Dhia faham hehe. Siap angkat tangan gitu !

Ni, yang mummy suka kalau anak pi camp dengan orang luar...dorang automatik berani dan pandai bergaul. 

Duduk sana, kitorang dengan family lain tu, dah macam family members juga !


HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI

Lunch kami di hari ketiga di Green Camp. Lunch sekali farewell. Sedih weii...sedih...nak tinggalkan semua ! Makan berkongsi  satu talam lunch kali ini, masa ni dok teringat pulak Malaysia. Lama tak makan satu talam berkongsi.

HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI

As usual, local food dari sana, nasi dari beras perang, satay, ayam, sayur, keropok, sambal. Sedap sangat ! Rasa macam nak minta semua resepi je. 

HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI

Selesai lunch, break..dan aktiviti seterusnya di teruskan iaitu aktiviti menanam pokok. Suka tengok anak-anak, boleh berkawan dan mesra dengan kawan-kawan baru. Dorang tu, 1st time bergaul dengan kawan luar negara. Slang English kawan dorang pun pekat. 

Nasib baiklah, Dhia faham juga (sebab rajin tengok YouTube !). Cuma nak balas balik tu, memalu..tapi Dhia cuba juga cakap jugak dalam English (mummy dok pasang telinga hehee). 

Daddy jaga dan pantau 2 orang anak, mummy pulak tugasnya dukung/jaga baby Daim dan ambil gambar. Hidup multi tasking gitu..hahaha. So, kalau mummy tengah tidurkan Daim. Gamaknya...tak ada gambar lah !

Setiap aktiviti yang ada, sepanjang 3 hari di Green Camp ni, memang mummy dok jaga mood baby Daim. Supaya mummy dapat ambil gambar dan simpan gambar buat kenangan. 

HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI


Selesai aktiviti menanam pokok, kitorang ada sesi penutup (gambar tak ada..semua kamera dan telefon tengah cas..nak gerak pi Airport kang takut semua batery weak nanti).

Mandi, bersiap dah terus bertolak keluar dari Green Camp dalam 5.30 petang. Tak terus ke Airport, menyempatkan diri singgah Hard Rock Bali (baca : http://www.azlindaalin.com/2017/12/rupanya-hard-rock-bali-ada-2-cawangan.htmldulu.

Sempat ke? Hehe sempatkan aje !




4 comments on "HOLIDAY BALI INDONESIA DAY 3 DI GREEN CAMP BALI"
  1. Seronok ye kak aktiviti dekat sana. More to nature.
    Tapi.....
    Gambar makan tu menggoda sgt. Meriah penuh dgn makanan dalam tu. Sedapnya.

    ReplyDelete
  2. Tgok gambar yg ada pun tau aktiviti ni seronok..alangkah best kalau kita semua satu group dpt pi kan...suka tgok anak-anak explore sesuatu yg di luar kebiasaan diorang

    ReplyDelete
  3. Wah aktiviti hari ketiga lagi best dan menyeronokkan

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com