Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai

Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Zaman sekarang bukan je plaza tol cashless (tanpa tu...

Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Zaman sekarang bukan je plaza tol cashless (tanpa tunai) dengan menggunakan smart tag dan TouchNgo. Rupanya kedai serbaneka (supermarket) pun ada ada yang cashless (tanpa tunai) ! Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai 

Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai 


Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai



Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai secara rasminya mengumumkan pelancarannya untuk menjadi salah satu daripada peneraju utama dalam ekosistem peruncitan tanpa tunai. Pengumuman ini dibuat sempena pembukaan kedai kedua Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai i di Bandar Puteri, Puchong pada 18 Mac.  Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai telah membuka kedai pertamanya di Sunway Nexis, Kota Damansara pada Januari 2018. 

Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai  yang direka seperti kedai serbaneka yang biasa menawarkan barangan keperluan harian untuk pengguna dan digabungkan dengan kemudahan pembayaran elektronik dan persekitaran membeli-belah yang menyeronokkan. 

Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai

Pelanggan cuma perlu memilih barangan yang dikehendaki dan membuat bayaran menggunakan perkhidmatan e-dompet aplikasi Funmaii atau menggunakan kad kredit / debit Mastercard dan Visa. Selain menjual produk makanan Malaysia yang popular, kedai serbaneka Funmaii turut menawarkan pilihan makanan ringan dan minuman yang diimport dari Jepun, Korea, Taiwan dan Thailand.


“Pembangunan bandar yang pesat disebabkan kemajuan negara dan perubahan gaya hidup meningkatkan permintaan kemudahan dalam kalangan warga Malaysia. Funmaii menggabungkan kemajuan teknologi dalam penyelesaian pembayaran pantas dengan kemudahan urus niaga, seterusnya membawa perubahan kepada kemudahan peruncitan. Menerusi jenama Funmaii, kami membina ekosistem tanpa tunai yang selamat dan senang bagi memenuhi keperluan gaya hidup pengguna moden yang semakin sibuk,” kata Dato’ Brian Wee, pengasas bersama Funmaii. 


Pengalaman membeli belah di Funmaii tertumpu kepada aplikasi mudah-alih semua-dalam-satu. Selain memiliki keupayaan e-dompet, aplikasi Funmaii juga membolehkan pelanggan menjejak perbelanjaan mereka dan menuntut ganjaran dalam bentuk baucar diskaun, kredit tambahan dan rebat. Setiap pembayaran perlu mendapat pengesahan kata laluan 6 digit sebagai langkah keselamatan.

Pelan Pengembangan Ke Arah Peruncitan Tanpa Tunai di Malaysia


Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai, Funmaii akan memperkenalkan tiga jenis kedai serbaneka; Basic, Signature, dan Concept. Kedai Funmaii Basic menawarkan kemudahan tanpa tunai dan ruang tempat duduk yang kecil, manakala kedai Funmaii Signature pula turut menawarkan ruang ‘santai’ untuk acara kecil. Menerusi kerjasama perkongsian dengan pelbagai jenama, Funmaii merancang untuk membuka kedai Funmaii Concept yang akan menampilkan pilihan produk dan perkhidmatan yang biasanya tidak ditawarkan di mana-mana kedai serbaneka. Ini termasuklah kopi dan hidangan pencuci mulut serta meliputi industri lain seperti fesyen dan kecantikan. 


Dato’ Brian mengulas, “Pembukaan cawangan kami di Puchong menandakan permulaan era baru dalam industri peruncitan. Kami mempunyai cita-cita yang tinggi untuk meluaskan rangkaian kedai dan kios Funmaii bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh rantau Asia Tenggara termasuk Singapura dan Indonesia. Kami merancang untuk membuka 30 buah cawangan dalam masa 12 bulan yang akan datang dan sehingga 100 buah cawangan menjelang 2019. Menerusi Funmaii, kami mahu membantu jenama-jenama berhubung dengan pelanggan menerusi model perniagaan berasaskan teknologi dan mewujudkan persekitaran peruncitan moden untuk semua orang.”

Beliau juga menjelaskan bahawa Funmaii merancang untuk memasang 10,000 buah mesin layan diri di pusat beli belah utama di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang. Apabila beroperasi kelak, mesin layan diri ini akan menawarkan kemudahan peruncitan yang lebih canggih dan memberikan jenama akses kepada kumpulan pengguna yang lebih besar. 


Aplikasi Funmaii boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App Store (https://apple.co/2sorB5x) dan Google Play Store (http://bit.ly/2EWwAgl). 

Funmaii Kedai Serbaneka Cashless Tanpa Tunai :-

Sunway Nexis, Kota Damansara 
(8.00am – 10.00pm) 
D-G-8, Sunway Nexis, Kota Damansara 1, Jalan PJU 5/1

Bandar Puteri Puchong 
(8.00am – 11.00pm)
No.40, Ground Floor, Jalan Puteri ½



You Might Also Like

8 comments

  1. Senang shopping camne tak perlu bawak cash

    ReplyDelete
  2. Wah, senang macam ni ya kak. Makin canggih.

    ReplyDelete
  3. dunia semakin ke arah cash less dah yek

    ReplyDelete
  4. Chasless ni byk benefit dia. one of them takyah bawak cash byk2 dkt tgn :)

    ReplyDelete
  5. macam menarik je cashless ni..ok nak find out more pasal ni...

    ReplyDelete
  6. Bagus ada Funmaii ni. Saya kan kak memang suka shopping tak bawak cash. So, memangvsesuai sangatlah ornag macam saya nih shopping di Funmaii

    ReplyDelete
  7. Senang dah sekarang nie kan, tak risau kalau tak bawak cash kalau nak shopping..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -