Yogurt Fernleaf Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk

Yogurt Fernleaf Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Korang mak-mak mestti lebih kurang sama je dengan drama yang mummy hadapi setiap pagi kan? Setiap pagi, mummy memang akan bersilat. Bukan bersilat baju hitam tu. Ni bersilat dengan pakaian untuk ke tempat kerja. Biasalah, pepagi selalu banyak adegan drama. Nangis nak susu, nangis nak mandi, nangis tak jumpa stokin, nangis badan gatal....huhu macam-macam adegan ada. Nak cerita...mau 10 hari 10 malam tak habis hahaha.

Jadi pilihan mummy ialah Yogurt Fernleaf Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk. Bukan untuk mummy je, anak-anak pun sama makan Yogurt Fernleaf Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk.

Yogurt Fernleaf Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk

Yogurt Fernleaf Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk


Yogurt Fernleaf baharu ni bukan sahaja sedap dan lazat. Malah, apa yang mummy sukakanya kerana rendah lemak dan kurang manis. Budak-budak tak elok makan makanan manis sangat. Makan Yogurt Fernleaf ni, mummy tak risau lagi tentang kemanisan ! 

Yogurt Fernleaf Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk

Yogurt Fernleaf ni, 100% dari sumber susu New Zealand. Negara pengeksport terbesar di dunia dalam bahan tenusu !




Yogurt Fernleaf Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk


Yogurt Fernleaf merupakan keluaran terbaharu dari jenama tenusu ini, yang mempunyai warisan dan dipercayai sebagai Trusted GoodnessTM oleh para ibu di Malaysia untuk keluarga mereka. Semenjak 30 tahun yang lalu, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan produk susu yang berkhasiat untuk menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang. 

Dengan tekstur lembut berkrim, rangkaian yogurt baharu ini merupakan pilihan yang lebih sihat dan lazat untuk seisi keluarga. Yogurt Fernleaf mempunyai logo ‘Healthier Choice’ yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memenuhi kriteria kesihatan yang telah ditetapkan, iaitu rendah lemak dan kurang manis. 

Yogurt Fernleaf kurang manis berbanding jenama-jenama yogurt yang lain. Ia begitu digemari ramai sehinggakan satu tinjauan pengguna mendapati bahawa 9 daripada 10 orang yang mencuba Yogurt Fernleaf akan menggantikan jenama yogurt yang biasanya mereka makan dan juga 99% pengguna akan menyarankan Yogurt Fernleaf kepada keluarga dan rakan-rakan mereka. 


“Waktu pagi boleh menjadi waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan keluarga di Malaysia. Kebanyakan orang hanya sempat merias diri buat seketika sebelum bergegas untuk ke sekolah atau tempat kerja untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Oleh itu, mereka biasanya tidak mengambil sarapan. Namun kita semua juga tahu akan kepentingan sarapan dalam memberikan tenaga untuk memulakan hari.

Yogurt Fernleaf Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk

Yogurt Fernleaf Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk


“Dengan Yogurt Fernleaf, anda dapat memulakan hari anda dengan betul! Walaupun pada pagi yang paling sibuk sekalipun, yogurt merupakan sarapan yang mudah, lazat dan juga tidak mengambil masa yang panjang. Anda tidak perlu lagi mengalami rasa lapar pada waktu pagi! Alternatif yang mudah dan enak ini dapat membantu seisi keluarga menjalani hari mereka dengan penuh bertenaga,” kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia.

Yogurt Fernleaf boleh dinikmati begitu sahaja, namun ianya juga enak apabila digabungkan dengan snek sihat yang lain. Contohnya, anda boleh mencampurkannya dengan oat, bijian, kekacang dan buah beri di dalam sebuah balang untuk menghasilkan oat semalaman yang menarik sebagai sarapan yang mudah dan mengenyangkan. 

Atau, campurkan muesli yang rangup atau granola dengan Yogurt Fernleaf untuk sarapan yang memuaskan! 

Yogurt lazat tersebut bukan sahaja sesuai sebagai sarapan, malah ianya juga sesuai sebagai snek sepanjang hari! Sebagai pemberi tenaga di waktu siang pula, anda boleh membuat smoothie yogurt dan buah atau sos celup untuk seleri, pisang, lobak, timun atau biskut gandum dengan yogurt. Sesuai untuk dressing salad juga, tau !



Yogurt Fernleaf boleh didapati dalam beberapa perisa yang lazat – asli, strawberi, beri campuran dan mangga, setiap cawan adalah seberat 110g dan berharga RM1.50. 

Mulakan hari anda dengan betul bersama Yogurt Fernleaf yang lazat dan mudah untuk gaya hidup anda yang sibuk! Ia boleh didapati di pasaraya dan kedai di seluruh negara.
6 comments on "Yogurt Fernleaf Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk"
  1. macam2 perisa ada sekarang ni :D

    ReplyDelete
  2. Wah ada banyak perisa memang sesuai buat sarapan packing simple senang nak makan n bawa

    ReplyDelete
  3. dah la murah...
    sedap pulak tu kan...

    ReplyDelete
  4. suka mkn yogurt, cumanya bila dah tinggal kat daerah kecil ni susah nak dptkan bekalan yogurt ...huhu.

    ReplyDelete
  5. Nak cari juga lah nanti Linda..

    ReplyDelete
  6. LAMA TAK MAKAN YOGURT NI...KENA BELI NI.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com