PERSAMAAN KEHIDUPAN KITA SEPERTI SIFIR 7

Kehidupan kita sama seperti sifir 7. Macam pelik, tapi benar huhu. Tapi, ianya seperti kenyataan. Nak tahu aa persamaannya? Jom kita lihat persamaan kehidupan kita dunia seperti sifir 7

PERSAMAAN KEHIDUPAN KITA SEPERTI SIFIR 7



Kita, kehidupan kita  dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. 
Kenapa? 
Jom renungkan.

7 x 1 = 7
Ketika umur di sifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan.

7 x 2 = 14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

7 x 3 = 21
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

7 x 4 = 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. 

7 x 5 = 35
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

7 x 6 = 42
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini. Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba2 mengumpul harta. 

7 x 7 = 49
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

7 x 8 = 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi. 

7 x 9 = 63
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw . Banyak yang berakhir di usia ini. Jika ada pun yang sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus. 

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Ingat!! Berapa ramai pula yg tak lepas banyak sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1, byk juga yg umurnya ditangga ke 3.

■ Hidup ini hanya sementara sahabat2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. 

■ Umur yg kita dapat hari ini adalah anugerah dari Allah.  

■ Hargailah dengan banyak mengingati Allah. Kumpulkan bekalan yang akan kita bawa 'ke sana'. Hilangkan sifat hasad dengki, iri hati, umpat mengumpat dalam diri kita...ingatlah walau di tangga mana pun kita sekarang, jangan tangguh kerana mati itu misteri, tidak akan cepat atau lewat walau sesaat..

Penuh dengan perkongsian wasap yang mummy terima ni, kan? 

Suratan atau kebetulan? Tepuk dada, tanya diri 🙈

Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya

Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya - Sebelum mummy cerita tentang Omar dan Hana Fiesta ni, korang pernah tengok cerita Omar dan Hana tak? Sebenarnya, ia adalah kartun dalam bentuk berdakwah. Dari Digital Durian, penerbit yang sama dengan kartun Didi and Friends. Dhia dan Dzal suka tengok siaran ASTRO cerita Omar dan Hana dari awal kemunculannya. Alhamdulillah, banyak depa hafal doa dari menonton Omar dan Hana ni.

Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya


Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya

Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya berlangsung dari 26 April 2018 sehingga 29 April 2018. Dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya program untuk memperkenalkan barangan dan kolaborasi Omar dan Hana.

Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya
Semasa perasmian Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya

Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya
SMI - Social Media Influencer katanya ! Thanks Omar dan Hana ❤️

Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya
 Ustaz Don - merasmikan majlis dengan bacaan doa

Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya

 Antara yang hadir semasa perasmian Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya

Muka excited bergambar dengan wanita korporat Neelofa 

Program Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya


Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya ada pelbagai program yang menarik seperti pertandingan mewarna, meniru suara karakter dalam Omar dan Hana, games, penampilan maskot dan banyak lagi.



Kolaborasi dan Barangan Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya

Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya, ada pelbagai barangan kolaborasi Omar dan Hana bersama dengan dari jenama terkenal seperti Nealofar Hijab, Telekung Siti Khadijah, Pakaian renang Durra, DVD Omar dan Hana dari Inteam, SSPN, Qaseh Junior dan banyak lagi.

Mummy dah dapatkannya. Korang cepat dapatkan tau di Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya.





NEALOFAR X OMAR HANA


Hat ni..kalau Dhia dan Dzal nampak. Mesti nak, ni. Depa memang suka dengan Neelofa.


Koleksi Nealofar x Omar Hana. Cute sangat !

Mummy pasti, bukan anak-anak je..mak pak pun pasti suka dapat bersama-sama anak-anak di Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya

Bagi yang nak tahu jadual Fiesta Omar dan Hana ni. Korang boleh refer gambar di bawah ni ye.

Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya
Jadual untuk Jumaat

Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya

Tentatif Omar dan Hana Fiesta di Alamanda Putrajaya

Video Omar dan Hana

Paling best, mummy orang pertama dapat saksikan episod terbaru Omar dan Hana. Jangan jeles tau .

Korang nak jadi yang pertama juga sebekum siaran ni di tayangkan di ASTRO?

Okay..mummy lanje lah jugak 🤣



Alhamdulillah !

Selanjutnya, korang boleh layari :-
Facebook: 


BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH - Geram tengok banyak mangga epal dah berbuah depan rumah mak. Cantik bergentel dia bergayut tu haa. Hehe. Korang panggil mangga epal ke? Kitorang kalau kat rumah suka panggil pelam. Bahasa yang betul, mempelam lah kot, kan? Bahasa pasar keluarga kami, panggil pelam je. Broken Malay sungguh

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH 


BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH

Mummy memang tak pernah cerita pasal mangga / pelam depan rumah mak mummy.  Sebab baru nak berbuah hehe. Walaupun dah bertahun pokok ni di tanam. Lebih kurang 9 tahun ke 10 tahun jugak lah tak berbuah. 

Ni kali kedua, pelam berbuah. Memang excited sangat dan sayang pokok ni.

Dia dengar kot. Kami dok cerita, tebang je lah, bukan ada buah pun.

Tup..tup..berbunga dan berbuah pokok pelam depan rumah ni ha.

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH

Takut ye...hehehe. Alhamdulillah sekarang pelam ni teruih BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH 

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH

Sayng dah kami dengan pokok ni. Nak petik buah ni pun, sebenarnya macam sayang sangat. Risau kalau tak berbuah lagi.

Nak tak nak, kena petih jugak lah. Kang, kita tak datang petik. Mau orang lain yang petik kang.

Tau,tau ...dah gondol buah depan rumah hehehe

Korang suka makan pelam cicah apa? Mummy ni, kalau pelam muda cam ni suka cicah gula kicap cili api. Cili api, hiris halus je. Tonyoh pelam dalam gula kicap cili api. Gula pulak suka letak banyak dari kicap.

Perghhhh..leleh air liuqqqq 😅😅

MAKAN McCHICKEN PERCUMA DI McDonald's

MAKAN McCHICKEN PERCUMA DI McDonald's - jangan jeles tau korang..mummy dapat MAKAN McCHICKEN PERCUMA di McDonald's hehe. Rezeki langkah kanan, ternampak iklan di dipintu masuk McDonald's

Lepas tu, tanya pada cashier tu..nak redeem macamana. Dia jawab, "tak tahu, kena download aplikasi kot. Akak tengok kat handphone. Tapi, McChicken lepas 10 pagi ye, baru ada'

MAKAN McCHICKEN PERCUMA DI McDonald's


MAKAN McCHICKEN PERCUMA DI McDonald's

Mummy jawab balik,"okay, saya tengok dulu di telefon". Hampa jugak, bila dengar 10 pagi. Perut dah lapar kott. Tak pelah, order breakfast je lah dulu. Tak ada rezeki nak makan McChicken FREE.

Sambil duduk dan makan, godek hand phone, muat turun aolikasi McDonald's (bukan McDonald's Delivery tau!), sign up..tup tup. Ternampak McChicken untuk redeem

MAKAN McCHICKEN PERCUMA DI McDonald's

Lelaju tekan, rupanya dalam masa 5 minit kena tunjuk ke kaunter. Lepas 5 minit, burn tau !

Nasib baik, kaunter kosong. Terus bagi kod nombor dan dapatlah sebiji McChicken PERCUMA.

MAKAN McCHICKEN PERCUMA DI McDonald's
Terms and conditions


Ada banyak lagi offer dalam apps tu. Korang godeklah sendiri ye.

Hehehe..jimat lunch mummy arini, MAKAN McCHICKEN PERCUMA DI McDonald's

Baca juga :
Juri Storytelling McD 
Birthday di McD

Krim Kulit Sihat Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream

Krim Kulit Sihat Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream - Bila ada baby Daim, mummy seperti biasalah memang akan jaga betul-betul. Jaga betul-betul tang mana? Tang bab penjagaan kulit, lah ! Kulit baby kan sensitif, mudah melecet, mudah merah, mudah kena rashes. Kalau tak jaga, kesian weiiii. Tak sanggup nak dengar baby meraung, menangis weiii.

Krim Anti Rashes Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream

Apa yang mummy buat untuk menjaga kulit baby Daim Naufal untuk kering sentiasa dan kulitnya boleh bernafas ? Tadaaaa...Krim Kulit Sihat Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream . Best giler 3M Cavilon Barrier Cream tau. Sebab, tak perlu sapu banyak kali. Sekali sapuan, Krim Kulit Sihat Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream boleh bertahan hingga 3x cuci. Walaupun, ianya seakan-akan water resistant. Tapi, kulit boleh bernafas dengan bahagianya. 

Krim Kulit Sihat Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream


Krim Anti Rashes Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream


Jenama 3M ni sapa yang tak kenal, kan? Kualiti produk jenama ini, semuanya tip top kebabommm. Sebelum ni, mummy ingatkan 3M ni jenama untuk penjagaan rumah je. Mummy sebenarnya baru juga tahu, jenama 3M ni ada keluarkan barangan penjagaan bayi iaitu Krim Kulit Sihat Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream



Krim Anti Rashes Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream


Kelebihan Krim Kulit Sihat Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream


Memberi keselesaan pada kulit baby Daim Naufal dengan melembap, melindungi kulit daripada dermatitis yang berkaitan dengan inkontinensia.

Krim ini, bertindak lebih lama di kulit baby Daim Naufal, seperti yang mummy beritahu di atas tadi, kekal sehingga 3x cucian. Pakai sedikit je, dah cukup. Jimat !

Walaupun, ianya bersifat kekal lama di kulit baby Daim, ianya tidak menyebabkan kulit atau pori tersumbat. 

Perlindungan hipoallergenik tanpa paraben ini mengandungi dimethicone untuk perlindungan kulit dan keselesaan baby Daim.

Bukan sahaja menentang rashes kulit baby Daim, tapi ianya boleh melembapkan kulit yang kering teruk.

Mummy pun pakai sekali krim 3M Cavilon Barrier Cream ni. Memang selesa sangat, teksturnya tak melekit. Tak kira dalam keadaan berpeluh ataupun tidak.


Krim Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream Tanpa Paraben


Krim Anti Rashes Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream

Krim Kulit Sihat Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream yang bersifat tanpa paraben inilah yang buatkan mummy sukakan berganda-ganda dengan krim ini. Sayang kulit baby Daim, kalau tak di jaga dari awal..boleh merana di kemudian hari. Murung terus nanti, mak ko !

Cara Pakai Krim Kulit Sihat Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream



Krim Anti Rashes Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream

Cara pakai Krim Kulit Sihat Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream senang je :-
1. Bersihkan kulit terlebih dahulu
2. Lapkan kering di kawasan yang terlibat
3. Picitkan 1-2cm Krim Kulit Sihat Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream
4. Sapu terus di kawasan seperti punggung, celah pelipat dan tempat yang mudah kena ruam atau kulit yang kering

Krim Anti Rashes Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream
Ye..betul lah memang best krim ni ! Daim suka..suka..suka 

Krim Anti Rashes Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream

Kalau daim suka, mummy double triple lah suka. Yeaaay...mummy boleh nikmati tidur yang lena ! Oh ya, beli kat mana Krim Kulit Sihat Untuk Baby Daim 3M Cavilon Barrier Cream ? Korang boleh beli di Lazada, Shopee atau di farmasi yang berdekatan dengan korang.

10 YANG AKU TAKUT

10 YANG AKU TAKUT - Setiap orang ada ketakutan yang tersendiri. Takut pada Allah, takut pada binatang berbisa, takut pada alam mistik, takut berada di tempat tinggi dan bermacam-macam ketakutan yang ada dalam diri seorang manusia.

10 YANG AKU TAKUT

10 YANG AKU TAKUT


10 YANG AKU TAKUT mummy terima dari sahabat mummy. Dalam satu group wasap ni. Sebenarnya, kita perlu takut pada ketakutan yang ada dalam diri kita secara sedar atau tidak sedar. Takut ni, ada banyak dalam diri sendiri. Tetiba, masa terbaca wasap ni.. mummy tersentuh dan minta di jauhkan sifat negatif serta mazmumah. Nahi..nahi..nahi. bak kata Hindustani hehe. Apakah 10 YANG AKU TAKUT?

1 0   Y A N G  A K U   T A K U T

1. Yang aku takut:
Hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.

2. Yang aku takut:
Aku merasa aku paling  benar, sehingga merendahkan kebenaran yang lain.

3. Yang aku takut:
Egoku terlalu tinggi, hingga merasa aku paling baik di antara yang lain.

4. Yang aku takut:
Aku lupa cermin diri sendiri,namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

5. Yang aku takut:
Ilmuku akan membuatku menjadi sombong, memandang rendah dan membeza-beza dengan yang lain.

6. Yang aku takut:
Lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku, namun lupa dengan aib sendiri yang menggunung.

7. Yang aku takut:
Aku hanya hebat dalam berkata, namun buruk dalam bertindak.

8. Yang aku takut:
Aku hanya pintar dalam berdakwah, namun sulit untuk mentaatinya. 

9. Yang aku takut:
Aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbetulkan diri sendiri.

10. Yang aku takut:
Aku membenci dosa orang lain.
Namun saat aku sendiri buat dosa, aku enggan membencinya.

Allahu...takutnya..takut pulak, hidup kita ni melebih-lebih. Betul, lah agama menyuruh kita bersederhana dalam setiap perkara. Supaya kita tak melebih-lebihkan di mana ianya tidak sepatut di lebihkan.

Wallahualam..

Sambutan Hari Jadi Dhia di Tadika dengan Kek Red Velvet Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Sambutan Hari Jadi Dhia di Tadika dengan Kek Red Velvet Grand BlueWave Hotel Shah Alam - Dua kali sambut majlis hari jadi tahun ni.... Seronok sangatlah Dhia tu. Pertama aritu, celebrate kat rumah Tok Mak. Yang kali ini, sekolah yang arrange kan untuk birthday yang jatuh bulan Januari hingga bulan April. Kiranya, sambutan birthday beramai-ramai di sekolahm


Sambutan Hari Jadi Dhia di Tadika dengan Kek Red Velvet Grand BlueWave Hotel Shah Alam



As usual, bila cikgu tanya ibu bapa nak bawa apa untuk pot luck. Zasss teringat terus Kek Red Velvet Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Lama dah Dhia dok zikir nak Sambut Hari Jadi Dhia di Tadika dengan Kek Red Velvet Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Tercapailah hajat Dhia nak Sambut Hari Jadi Dhia di Tadika dengan Kek Red Velvet Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Kadang-kadang bila fikir...memang betul la. Cakap budak ni, kadang-kadang boleh termakbul. Wish comes true (teringat pulak lagu Hi-5...wish upon a star...) Ohmaiii..lepas ni soh dia wish yang baik-baik lah untuk mummy nampaknya. Hehe



Dhia dok wish mummy jaga Dhia.. duduk rumah tak payah kerja. Cubalah sebut, mummy duduk rumah dengan duit berkepuk-kepuk, kan. Hehehe. Best gak lah tu..

Eh..eh..eh. Melampau mak kau ni, mata duitan sungguh 🤣🤣




Love signed..mummy & Dhia. Love u to the moon and back 😍

Budak banyak akal..masa birthday kat sekolah, Dhia tak bagi mummy balik. Soh teman sampai habis majlis. Allahu...ko nak berkepit je dengan mummy ni..dah kenapa??

Manjanya tak berubah dari kecik. Mummy marah, pukul macamana pun. Dhia tetap tak lut dengan mummy.

Korang ada tips tak..tak nak bagi anak manja sangat-sangat dngan mummy.

Tido pun siap berpeluk mummy bagai. Allahuuuu. 






Okay...ni lah red velvet dari Hotel Grand BlueWave Shah Alam yang super sedap. Harga murah RM69 je 😍 (1 kg)


Happy birthday to Tc Ina too (guru bantu). Tc Ina ni lah, yang rajin pujuk Dhia setiap hari. Dan..melayan kerenah Dhia setiap pagi yang moody.

Moga Tc Ina di panjangkan umur, murah rezeki dan cepat dapat jodoh hehehe.

Siapa nak masuk minang, cepat cari Tc Ina hehe pakej dengan anak tau kena amek sekali

Ehhhh.....😅

200 Mata Ganjaran CARiNG PHARMACY Percuma !

200 Mata Ganjaran CARiNG PHARMACY Percuma ! - Bab PERCUMA ni, mummy memang suka sangat. Korang suka tak? Kalau suka, jom teruskan membac entri mummy ni  Program Keahlian Regular CARiNG diperkenalkan pada bulan Januari 2018. Dibangunkan bersama dengan Capillary Tech, Program Keahlian Regular CARiNG adalah aplikasi berasaskan mudah alih yang bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan dalam satu penyelesaian. Dengan pelancaran aplikasi ini, syarikat ini bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka di kedai fizikal dan online, sambil mengekalkan platform CEM (pengurusan pengalaman pelanggan) yang berkesan.

200 Mata Ganjaran CARiNG PHARMACY Percuma !



Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store untuk peranti Apple atau Google Play untuk peranti Android. Setelah melancarkan aplikasinya dan memberi butiran peribadi asas, pengguna akan diberikan keahlian seumur hidup dan juga diberi 200 Mata Ganjaran CARiNG PHARMACY Percuma ! sebagai permulaan supaya mereka dapat mengumpul dan kemudiannya digunakan untuk menebus Baucer Tunai CARiNG.



Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG lebih daripada sekadar 'kad keahlian digital'. Pengguna boleh mengikuti perkembangan terbaru dan promosi dari Farmasi CARiNG yang tidak boleh dilepaskan. Di skrin 'HOME' aplikasi, para pengguna dapat mengakses berita terkini mengenai kesihatan dan pemakanan, yang dikhaskan oleh pakar-pakar kesihatan. Pelbagai berita mengenai pameran bergerak biasa, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah dan bengkel percuma juga tersedia di skrin ini. Dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan kertas, buletin suku tahunan hanya satu klik dari skrin 'HOME' aplikasi tersebut.

Dengan lebih daripada 114 cawangan Farmasi CARiNG di seluruh negara dan masih mengira jumlah cawangannya, pengguna mungkin merasa kesal dan menghadapi kesukaran mencari cawangan terdekat. Butang 'LOKASI' dalam aplikasi ini membolehkan pengguna mencari cawangan Farmasi CARiNG yang terdekat dan menyimpan cawangan kegemaran mereka untuk rujukan masa depan.

Butang 'BAUCER' dalam aplikasi memaparkan semua baucar dan butiran pengguna yang tersedia, jadi anda tidak perlu lagi untuk menyimpan dan menguruskan beberapa baucar secara fizikal pada satu masa. Jangan bimbang untuk mencari baucar yang hilang atau meninggalkan baucer untuk tamat tempoh! Pada hari ulang tahun mereka, pengguna diberi ganjaran dengan baucar hari jadi sebanyak 
RM5 dan juga menerima 3x mata ganjaran kelahiran untuk semua pembelian mereka.

Sebagai kad loyalti electronik, aplikasi ini memberi faedah kad biasa tanpa kerumitan dan bagasi. Klik pada butang 'AHLI' aplikasi ini akan mendedahkan nombor keahlian pengguna, kod bar untuk pengimbasan dan mata ganjaran yang terkumpul untuk penebusan.

Dengan era membeli-belah dalam talian kini, secara semulajadi aplikasi CARiNG menyediakan butang 'E-STORE' yang mengarahkan pengguna terus ke kedai online Farmasi CARiNG dan mereka boleh mengelak dari kesesakan orang ramai dan lalu lintas, untuk pengalaman membeli-belah yang damai dan lebih selesa di rumah.


Mengakui bahawa kebanyakan pengguna telah dibanjiri dengan pelbagai kad keahlian loyalti, Pengarah Urusan Pengurusan Runcit Farmasi CARiNG Sdn Bhd, Encik Chong Yeow Siang, bercakap dengan para tetamu semasa pelancaran rasmi Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG di pusat membeli-belah 1 Utama, "Apakah kegunaan kad keahlian loyalti jika ia hanya duduk di rumah bersama-sama dengan dua puluh kad keahlian yang lain? Pada zaman ini, tiada siapa yang meninggalkan rumah tanpa telefon bimbit mereka, jadi Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG kami sentiasa boleh diakses setiap masa!"


Pada pelancaran itu, jenama seperti Tiger Balm, Allergan, Scotts, Blackmores, Dermareen, Avene, QV, Splat, Jordan, Cypress Medi, GoodMorning, Body Buddy, Hiruscar and Brand’s telah mengambil bahagian untuk mempamerkan produk mereka dan memberi pendedahan kepada para tetamu tentang produk mereka. Para tetamu juga disajikan dengan penampilan yang sangat menghiburkan iaitu Mr Bean Malaysia dan persembahan tarian. Mereka juga dapat bertemu dengan tetamu undangan selebriti; pelakon dan pengacara TV, Dynas Mokhtar, DJ radio 988 dan pengacara 8TV, Cheryl Lee Xin Yi. Kedua-dua selebriti ini juga berkongsi pengalaman dengan menggunakan Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG.






Karaoke Bersama Family dan Cousins!

Karaoke Bersama Family dan Cousins ! Tak di nafikan, sejak dua menjak ni, mummy terlampaulah busy + penat dan terkejar-kejar masa. Semua orang macam tu jugak, kot ! Sapa yang tak busy dan penat, kan? As usual, kalau penat...weekend memang kami ambil masa untuk berehat bersama keluarga. Luruskan pinggang dan keep stress away. Apa aktiviti kami? Aktiviti kami adalah Karaoke Bersama Family dan Cousins!


Karaoke Bersama Family dan Cousins!



Karaoke Bersama Family dan Cousins!

Lama tak berkaraoke dan melepak dengan keluarga suami dalam bilik karaoke. Dedulu zaman adik beradik asben tak ramai anak dan kami belum ada anak. Rajin kitorang menyumbang dalam bilik karaoke. 

Jenis family type kami semua, nak karaoke pun...bawa semua sekali harung sumbat dalam bilik karaoke.

Karaoke Bersama Family dan Cousins!

Dhia pun suka menyanyi, mengandung dulu rasanya. Ada juga pi karaoke hehehe. 

Karoke session kat dalam bilik hotel, pun boleh hahaha


Masing-masing nak nyanyi, lupa anak buah da besar-besar. So, kali ini...depa je lah nyanyi. Mummy nantilah next session lak. Biar anak-anak dan anak buah happy sekali sekala pegang mic


Baby Daim pun pandai nak karok hahaha..siap menari-nari angkat tangan. Allahu pandai dengar muzik ye, dik ! Baby Daim 1st time masuk bilik karaoke. Tak meragam, tak nangis . Alhamdulillah....perangai baik je masa ni ye.

Seronok kumpul reramai la, tu.

Selesai sumbangkan suara di Karaoke Alamanda, terus pi lunch di Johnny's Alamanda. 

Best dapat berkumpul sekali sekala macam ni reramai. Jumpa nanti semua di harai raya. Apa projek raya depa? Entah, yang pasti...memang dorang ni ada macam-macam projek. Mummy follow ajeee

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH !

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT (BGR) MURAH ! Mummy pasti korang sedang baca ni, mesti tengah mencari tempat makan untuk buka puasa atau iftar yang murah dan bajet. Betul tak? Mummy pun sama gak, suka google tempat buka puasa atau iftar yang murah dan sedap. Kalau boleh jimat, nak lah jimat. Hehehe. Nak raya, banyak pakai duit oiii. Tahun lepas pun, kami buka puasa kat sini juga.

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT (BGR) MURAH ! 


BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH ! Bukan sahaja murah untuk buka puasa dan iftar kat BANGI GOLF RESORT (BGR). Berapa harga BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT ? Murah sangat ke BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT, ni? Serius murah sangat ! RM59 je untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak-kanak.

Ada 200 juadah BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH ! Semua nya sedap-sedap. Nanti scroll bawah untuk gambar menu, ye.

Selain ianya murah dan banyak pilihan. Kami suka buka puasa dan iftar di BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT (BGR) sebab parking senang dan PERCUMA. Lokasi BGR ni pun, dekat dengan rumah kami.

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah

Tak sampai setengah jam je perjalanan ke BANGI GOLF RESORT ni. Tahu jelah, bulan puasa ni...memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menahan lapar dahaga. Tambahan lagi...ada anak-anak masih kecil tu. Kena ada triple kesabaran .

Budak-budak tu pun, sebenarnya suka pi BANGI GOLF RESORT. Dorang suka sebab ada dapat belin untuk kanak-kanak dan dan ada live band.

Belum masuk bab makan. Aiskrim, kek tu semua pilihan utama depa.

KAMBING GOLEK MENU WAJIB MUMMY DI BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT 


BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah

Kambing golek merupakan tarikan buka puasa atau iftar sepanjang tahun di BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH !

Kambing goleknya sedap dan sangat juicy ! Lawankan pulak dengan sos lada hitam...memang perghhhh


200 JUADAH IFTAR DI BUFFET  RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH !


BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah
Sup kambing


BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah
Kambing bakar


BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah
Nasi Ayam

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah
Kek dan Kuih Muih

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH !
Pasta

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH !
Goreng-goreng

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH !
Mummy meratah lauk

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH !
Laksa Singapore

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH !
Penne

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH !
Nasi kerabu - kegemaran Dzal

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah
Pulut kuning

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah
Telur viral sedap kat BGR

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah
Spaghetti

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah
Kuey Tiaw

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah

BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH , bufet ramadan, buka puasa, iftar, bangi golf resort, bgr, buka puasa murah, buffet murah, bufet murah
Lemon Chicken

Ada banyak lagi juadah yang ada di sini. Nak tahu apa lagi yang menarik dan tertarik? Korang kena datang lah ke BGR ye. Tak syiokkk lah, kalau mummy tepek kesemua 200 juadah dalam ni. Tak surprise lah nanti, kan?

Ha...durian Musang King dan D24 pun ada di jual di sini sepanjang Ramadhan nanti. Bagi yang berminat boleh tempah juga di https://www.bgrrest.com/product/durian/.

Tahun lepas, kami borong 1 bekas besar. Tahun ni, nak beli lagi...sebab sedap dan freah duriannya.


Hasil jualan durian di BGR ni, 1% darinya akan di sumbangkan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk bantuan kemanusiaan.

Kalau korang nak tahu, Restoran BGR juga bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan lebihan makanan mereka untuk program SIFAR PEMBAZIRAN.

Selanjutnya, berkenaan BUFFET RAMADHAN 2018 BANGI GOLF RESORT MURAH ! Korang boleh hubungi :-



EMAIL: 


HOTLINE:
1-700-81-8557


FACEBOOK: 

INSTAGRAM:


WEBSITE: