BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH - Geram tengok banyak mangga epal dah berbuah depan rumah mak. Cantik bergentel dia bergayut tu h...

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH - Geram tengok banyak mangga epal dah berbuah depan rumah mak. Cantik bergentel dia bergayut tu haa. Hehe. Korang panggil mangga epal ke? Kitorang kalau kat rumah suka panggil pelam. Bahasa yang betul, mempelam lah kot, kan? Bahasa pasar keluarga kami, panggil pelam je. Broken Malay sungguh

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH 


BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH

Mummy memang tak pernah cerita pasal mangga / pelam depan rumah mak mummy.  Sebab baru nak berbuah hehe. Walaupun dah bertahun pokok ni di tanam. Lebih kurang 9 tahun ke 10 tahun jugak lah tak berbuah. 

Ni kali kedua, pelam berbuah. Memang excited sangat dan sayang pokok ni.

Dia dengar kot. Kami dok cerita, tebang je lah, bukan ada buah pun.

Tup..tup..berbunga dan berbuah pokok pelam depan rumah ni ha.

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH

Takut ye...hehehe. Alhamdulillah sekarang pelam ni teruih BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH 

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH

Sayng dah kami dengan pokok ni. Nak petik buah ni pun, sebenarnya macam sayang sangat. Risau kalau tak berbuah lagi.

Nak tak nak, kena petih jugak lah. Kang, kita tak datang petik. Mau orang lain yang petik kang.

Tau,tau ...dah gondol buah depan rumah hehehe

Korang suka makan pelam cicah apa? Mummy ni, kalau pelam muda cam ni suka cicah gula kicap cili api. Cili api, hiris halus je. Tonyoh pelam dalam gula kicap cili api. Gula pulak suka letak banyak dari kicap.

Perghhhh..leleh air liuqqqq 😅😅

You Might Also Like

12 comments

  1. Telan air liur dah Kak Sue nie Linda.. hahaha.. Pokok mangga depan rumah Kak Sue nie pun sama, dok sini lama tak berbuah-buah. Bila kata nak tebang je, dan-dan pokok tu berbuah Linda.. macam tau je kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. ish terliur dah mommy open table nanti miza mai hehe

    ReplyDelete
  3. menjejes air liur ha..ni namanya mangga telur Linda..memang sedang elok dipetik la tu..buat cicah ngan cili kicap, letak gula letak belacan sikit...huiiiii.....bergenang air liur dah haaaa...

    ReplyDelete
  4. untungnya berkhidmat pada tanah.. seronok kan merasa hasil tanaman sendiri

    ReplyDelete
  5. Perghhhh terkelir haihhh leleh ayaq liur cmni... ranum nampak buah mangga ni.. sedap mkn dgn colek ni.

    ReplyDelete
  6. Mangga cicah kicap tu memang win Kak Linda. Tak sedar berapa biji mangga dah telan, addicted!

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan mangga epal.susah nak jumpa tau kak sekarang nih

    ReplyDelete
  8. terus terliur baca entry mummy..suka gak pelam ni cuma tak tahan part masammm tu...

    ReplyDelete
  9. kalau akak cicah gula kicap potong cili padi pun dah sedap sgt dah linda..

    ReplyDelete
  10. teringat dulu masa duk dekat alor setar, belakang rumah penuh dgn macam-macam jenis pokok mangga. bila time berbuah tu mmg makan tak habis

    ReplyDelete
  11. Sedapnya kak mencicah ramai2.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -