Dashing Sport Deodoran dan Eau De Toilette Untuk Lelaki Aktif !

Dashing Sport Deodoran dan Eau De Toilette Untuk Lelaki Aktif ! - Siapa lelaki aktif tu? Dah tentulah lak, laki den ! Hehe. Yup daddy san...

Dashing Sport Deodoran dan Eau De Toilette Untuk Lelaki Aktif ! - Siapa lelaki aktif tu? Dah tentulah lak, laki den ! Hehe. Yup daddy sangat aktif main sukan,. Sukan kegemarannya ialag badminton, memancing dan juga futsal. Kata daddy, kalau tak dapat bersukan...lemau je rasa badan ! Kekadang mummy join jugak sukan daddy. Cuma, sekarang ni...mummy slow down sebab kekangan masa dan juga busy jaga baby Daim. Insyaallah nanti, baby Daim dapat kaki. Bolehlah mummy aktifkan diri berzumba.



Dashing Sport Deodoran dan Eau De Toilette Untuk Lelaki Aktif !


Cerita pasal lelaki aktif bersukan ni...perfuma dan deodoran macamana yang sesuai buat depa ? Ha..bersukan ni tak salah pakai wangi-wangian...takkan nak bau peluh masam je, keluar. Tak best,lah kan. Kalau korang nak tahu Dashing ada perfume / haruman dan deodoran yang sesuai untuk lelaki yang aktif. Teruatama yang aktif bersukan. Dashing Sport Deodoran dan Eau De Toilette Untuk Lelaki Aktif ! Jom mummy cerita lanjut tentang Dashing Sport Deodoran dan Eau De Toilette Untuk Lelaki Aktif !

Eau De Toilette DASHING SPORT


Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.


Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan





Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.


Memahami keperluan lelaki aktif untuk berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.


Semburan Deodoran DASHING SPORT bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari. 




DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

Rangkain produk DASHING Sport boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodorant 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml



Maklumat lanjut tentang Dashing, boleh layari :

Website

Facebook

Instagram

You Might Also Like

8 comments

  1. Akak suka bau Dashing yang ni...best sangat...

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. kdg2 Ada masanya akak suka pakai bauannya lelaki tau termasuk dashing hihi

    ReplyDelete
  3. sesuai sangat ni nak beri kat husband..nanti kita nak usha

    ReplyDelete
  4. Dashing ni best..murah & bau dia pun best..

    ReplyDelete
  5. Anak bujang Kak Sue pakai yang nie jugak, suka dia..

    ReplyDelete
  6. Suami kata, Dashing yang baru ni memang wangi...

    ReplyDelete
  7. dashing ni memang jenama lama yg well known.
    mr.asben aida pernah menjadi pengguna yg setia.
    harga nye pun sgt ok. org bujang ke, student uni ke, semua mampu.
    and sgt wangi. bau lelaki gitu :)

    ReplyDelete
  8. ok.. hijau pakai siang.. malam pakai kuning. haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -