MILO® Membantu Lima Juta Rakyat Malaysia Menjalani Gaya Hidup Aktif

MILO® Membantu Lima Juta Rakyat Malaysia Menjalani Gaya Hidup Aktif - Sapa yang tak kenal MILO® ? Lama kot jenama ini berada di pasaran negara kita. Malah, negara lain turut menggemari minuman berkhasiat MILO® ini. Mummy ni, kalau nampak van MILO®, memang wajib kejar tau ! Dari kecik sampai besar suka kejar minuman MILO® dari van. Sebab sedap, tak payah buat sendiri haha. Kat rumah, kena buat MILO® sendiri. Tu yang kekadang rasa kureeeng je, kan.






MILO® jenama tempatan yang terkenal, kalau pi negara jiran...dorang pun akan bertanyakan tentanfg MILO®. Famous MILO® ni. MILO® sekarang ini, telah melancarkan inisiatif MILO® Aktif Negaraku bagi meningkatkan sifat kesukanan di kalangan rakyat Malaysia dari peringkat akar umbi serta membantu mereka menjadi aktif menerusi teknologi canggih.


MILO® Membantu Lima Juta Rakyat Malaysia Menjalani Gaya Hidup Aktif 


MILO®, penyokong pembangunan sukan dari peringkat akar umbi hari ini melancarkan inisiatif MILO® Aktif Negaraku. MILO® yang telah memacu pembangunan di sukan peringkat akar umbi di Malaysia selama lebih 60 tahun bertekad untuk membantu seramai lima juta rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif menerusi pelbagai jenis program sukan yang disediakan di bawah inisiatif MILO® Aktif Negaraku.



“Lebih daripada 60 tahun, MILO® telah membekalkan tenaga dan nutrisi kepada rakyat Malaysia dan tidak mengenal lelah untuk membangunkan sukan tanah air serta menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih aktif. MILO® Aktif Negaraku adalah sebahagian daripada rancangan berterusan kami untuk memperluas misi menggalakkan = lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif. Inisiatif ini mencerminkan janji kami untuk memberikan Good Food, Good Life kepada semua rakyat Malaysia,” demikian kata Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.

“Misi untuk menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif adalah selari dengan komitmen global Nestlé untuk membantu lebih 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengamalkan gaya hidup lebih sihat,” tambah beliau.



Bagi menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif, siri-siri aktiviti sukan akan dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun melalui inisiatif MILO® Aktif Negaraku. Inisiatif ini akan menghimpunkan pelbagai platform sukan yang disokong MILO®, termasuk MILO® Champions Clinic, MILO® ActivJam Senamrobik, MILO® Hidup Bola, Hari Sarapan Malaysia MILO® serta pengenalan teknologi canggih MILO® Bola Juara. Menerusi pelbagai aktiviti ini, MILO® Aktif Negaraku mampu mewujudkan pelbagai peluang untuk memulakan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sejak 60 tahun lalu, MILO® telah menerajui pembangunan sukan di peringkat akar umbi bagi semua rakyat Malaysia. Setiap tahun, MILO® telah menganjurkan pelbagai aktiviti hebat yang dinanti-nantikan semua rakyat Malaysia. MILO® Aktif Negaraku melambangkan komitmen kami untuk membina masa depan yang lebih aktif bagi rakyat Malaysia. Dalam merealisasikan komitmen ini, kami telah membawa bersama pelbagai platform dengan unsur-unsur baharu yang mengujakan, seperti kerjasama dengan FC Barcelona untuk MILO® Champions Clinic:



Edisi Barca, serta beberapa inisiatif terbaharu, seperti MILO® Bola Juara, teknologi canggih yang diperkenalkan buat julung kali di peringkat dunia,” ujar Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.



MILO® Bola Juara, “Smart Ball” unik yang dihasilkan oleh MILO® akan diperkenalkan buat julung kali di pentas dunia sempena pelancaran MILO® Aktif Negaraku. Apabila dihubungkan dengan aplikasi telefon bimbit, MILO® Bola Juara mampu menjejak pelbagai pergerakan yang dibuat, sekaligus membolehkan para pengguna menjejaki aktiviti dan perkembangan amalan sukan mereka. MILO® Bola Juara bakal ditampilkan di pelbagai acara MILO® Aktif Negaraku di seluruh tanah air dalam beberapa bulan ini bagi menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa di setiap negeri menjalani gaya hidup lebih aktif dengan bantuan teknologi canggih ini.



MILO® Champions Clinic: Edisi Barca yang bakal berlangsung dari 31 Mac hingga 13 Mei akan menyaksikan kanak-kanak dari seluruh Malaysia menjalani latihan dengan jurulatih terkemuka tanah air, Azman Adnan dan Coach Yong. Lebih menarik lagi, 19 kanak-kanak yang telah menyertai Klinik Juara MILO®: Edisi Barca akan berpeluang berkunjung ke Camp Nou, stadium kebanggaan FC Barcelona!

Beberapa MILO® Champions Clinic untuk enam sukan lain turut akan dilancarkan pada tahun ini, di samping pelbagai akitiviti lain dalam inisiatif MILO® Aktif Negaraku, termasuk MILO® Hidup Bola yang bakal kembali mengujakan semua. Untuk maklumat lanjut mengenai sukan- sukan yang terlibat dalam MILO® Aktif Negaraku, serta perkembangan usaha MILO® dalam
menggalakkan gaya hidup aktif di Malaysia.

Selanjutnya, sila layari www.milo.com.my atau www.facebook.com/MiloMalaysia


9 comments on "MILO® Membantu Lima Juta Rakyat Malaysia Menjalani Gaya Hidup Aktif "
  1. Milo yang dari van milo tu lebih sedap dari milo yang buat sendiri, apsal ntah.

    ReplyDelete
  2. Milo antara minuman pilihan kat rumah Kak Sue nie Linda.. anak-anak memang suka..

    ReplyDelete
  3. Milo ni memang fav Marsha dan famili dari kecik lagi. Makan dengan roti pun sedappp

    ReplyDelete
  4. milo dari zaman akak sekolah lagi mmg menjadi pilihan sampailah sekarang..

    ReplyDelete
  5. Alaaaa...lama dah x pekena milo yang dari lori diorang tu..suka..dan milo la air pertama masuk dalam badan akak lepas bangun dari koma..teringat kat staff nurse tu..rajin dia buatkan air milo untuk akak..sedap..sejuk...mana la staff nurse tu sekarang...

    ReplyDelete
  6. milo ni wajib ada kat rak dapur aida.
    just now kurang la minum.
    kalau dulu tiap hari :)
    sejak viral paras gula milo ari tu, dikurangkan, alin.
    milo sedap!!!

    ReplyDelete
  7. Milo memang sedap tapi rumah saya takde nili.hahaha...kalau anak anak nak minum beli air kotak je. Taopi jaranglah minum

    ReplyDelete
  8. menarik ni.. nanti akak terjah web milo.. milo van tu... bestnyaaaa..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com