Untunglah Orang Wilayah, Boleh Miliki Kad Diskaun Kad Ceria

Untunglah Orang Wilayah, Boleh Miliki Kad Diskaun Kad Ceria - Terkejut dengan Kad Ceria Wilayah? Tak terkejut dengan Kad Ceria Wilayah ni? Yang pastinya, memang mummy terkejut, baru tahu weii depa boleh dpat kad diskaun yang boleh di gunakan di banyak tempat sekitar WILAYAH PERSEKUTUAN. Untunglah Orang Wilayah, Boleh Miliki Kad Diskaun Kad Ceria

Untunglah Orang Wilayah, Boleh Miliki Kad Ceria


Sebelum mummy, cerita panjang tentang Untunglah Orang Wilayah, Boleh Miliki Kad Ceria. Jom kita lihat apa kebenda Kad Ceria Wilayah ni. Kenapa Untunglah Orang Wilayah, Boleh Miliki Kad Ceria?

Untunglah Orang Wilayah, Boleh Miliki Kad Ceria


KAD CERIA WILAYAH


Kad ceria Wilayah, untuk orang Wilayah je. Tak  kiraah sama ada korang tinggal di WILAYAH PERSEKUTUAN atau bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan atau Putrajaya. Dedulu mummy selalu dok fikir, beruntungnya aku duduk di Selangor. Sebab air PERCUMA. Rupa-rupanya orang WILAYAH PERSEKUTUAN lagi best, ok ! Ada Kad Ceria ! Untunglah Orang Wilayah, Boleh Miliki Kad Ceria

Apakah dia Kad Ceria ? Kalau korang nak tahu, Kad Ceria ni merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Contohnya, berbelanja di kedai ABC (bukan kedai sebenar) , pemegang Kad Ceria boleh nikmati 70% diskaun. Setiap kali, berbelanja..dapat diskaun. Eh..mummy nak duduk WILAYAH PERSEKUTUAN jugak, lah !

Sebenarnya, program ini adalah untuk membantu penduduk WILAYAH PERSEKUTUAN dari di bebani kos sara hidup yang tinggi. Sebab tu, dulu mummy takut nak tinggal kat Wilayah Persekutuan KUALA LUMPUR. Sanggup ulang alik kerja dari Selangor je. Sebab kos sara hidup di KL ni, tinggi sangat.

Tapi, adanya Kad Ceria ni...penduduk KL mungkin akan lebih ceria.


KELEBIHAN KAD CERIA


Untunglah Orang Wilayah, Boleh Miliki Kad Ceria


Banyak ke kelebihan Kad Ceria ni? Bagi mummy, banyak dah ni. Antara kelebihan Kad Ceria adalah seeperti :-

1) Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan / makanan / perkhidmatan.
2) Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis / rakan dagang (merchants)
3) Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan
4) Membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan
5) Info terkini promosi melalui telefon pintar dan laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan
6) Membantu keluarga dalam membuat perancangan perbelanjaan harian
7) Panduan, maklumat serta info terkini berkenaan cadangan / komen orang ramai tentang barangan / makanan / perkhidmatan yang istimewa yang ditawarkan dengan harga berpatutan / murah.

Memang best ooooo, banyak kelebihan kad ceria ni, tau !


INSENTIF RAKAN DAGANG KAD CERIA OLEH DBKL

Selain, kelebihan di atas, korang pun boleh dapatkan kelebihan lain seperti:- 
1) Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2) Diskaun lesen penjaja 60%
3) Diskaun lesen premis perniagaan : 
i. 10% = 1 tahun
ii. 15% = 2 tahun
iii. 20% = 3 tahun
4) Diskaun cukai pintu sehingga 10% untuk pemilik premis perniagaan
5) Akses kepada lebih daripada 1,000,000 orang pengguna Kad Ceria
6) Promosi kepada perniagaan anda secara berterusan (Media Sosial, Media Massa, Program-Program KWP)
7) Pengiktirafan daripada KERAJAAN kepada PERNIAGAAN anda


Syarat Kelayakan Permohonan Kad Ceria

Amacam, seronok tak? Mummy dah seronok tengok macam-macam kelebihan Kad Ceria ni. Nak tengok kelayakan mummy pulak. Layak ke, idak? Jom korang check kelayakan korang sekali, ye !

Untunglah Orang Wilayah, Boleh Miliki Kad Ceria

1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan ATAU menetap di Wilayah Persekutuan
ATAU
4. Pemohon adalah Penjawat Awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan

Kalau layak, terus daftar di : https://kadceria.kwp.gov.my/semak_kelayakan.php

Cepat...cepat jangan lambat lambat !

Untunglah Orang Wilayah, Boleh Miliki Kad Ceria

Tadaaa...ini bukan omong-omong kosong tau. Tengok ni, kakak blogger kita Azizah pun dah dapat Kad Ceria beliau. Seronok, kan?

Selanjutnya, tentang Kad Ceria boleh layari : https://kadceria.kwp.gov.my/



21 comments on "Untunglah Orang Wilayah, Boleh Miliki Kad Diskaun Kad Ceria"
  1. Wah untung lah orang KL ya Linda 😉

    ReplyDelete
  2. Wah untunglah pada yg layak :)

    ReplyDelete
  3. byk benefit tu..untungla yg dpt memiliki kad ceria ni

    ReplyDelete
  4. Wow..yg tinggal ...yang lahir..dan penjawat awam bertugas kat KL boleh mohon? Bagusnya..bila tempat lain nak buat nii

    ReplyDelete
  5. Ramai tak tahu lagi pasal kad ceria ni

    ReplyDelete
  6. Owh nilah kad ceria tu ye... Baru thu

    ReplyDelete
  7. Beruntung orang KL. Jimat banyak tuu.. !!

    ReplyDelete
  8. CN dah share dengan rakan2 guru di KL suruh dorang apply kad ceria ni

    ReplyDelete
  9. best la yg ada kad ceria ni, bila shopping kat tempat terpilih, dpt diskaun...
    ada penjimatan ...

    ReplyDelete
  10. kan untunglahh..siap dpt pakai 6000 kedai..dpt diskaun lak tu untungggg

    ReplyDelete
  11. Bertuah jadi warga WP nih dapat kemudahan yang dapat membantu perbelanjaan harian.

    ReplyDelete
  12. Kad ceria... inisiatif terbaikkkk :)

    ReplyDelete
  13. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  14. K.fiezz baru tahu ada kad ceria utk warga KL..ohmaiii, ketinggalan info sungguh...

    ReplyDelete
  15. K.fiezz baru tahu ada kad ceria utk warga KL..ohmaiii, ketinggalan info sungguh...

    ReplyDelete
  16. Best diskaun 70%. Banyak benda boleh jimat. lepastu banyak tempat boleh guna.tak terlalu terhad. Mcm suami ena ada kad privilage tapi diskaun tu takdelah besar sgt. Pon rasa seronok da.hehe..kan best semua kawasan ada. Nak merasa jugak 😄

    ReplyDelete
  17. Eh eh menariknya. .ala untung orang wilayah.. .Nak juga

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com