MENU LUNCH WEEKEND UDANG MASAK KARI SAMA BUNCIS, SUP SUHUUN FISHBALL, AYAM GORENG

MENU LUNCH WEEKEND UDANG MASAK KARI SAMA BUNCIS, SUP SUHUUN FISHBALL, AYAM GORENG - Mummy jarang-jarang masak sekarang ni, sebab tiap kali...

MENU LUNCH WEEKEND UDANG MASAK KARI SAMA BUNCIS, SUP SUHUUN FISHBALL, AYAM GORENG - Mummy jarang-jarang masak sekarang ni, sebab tiap kali balik kerja Tok Mak dah masakkan lauk dinner. Kami laki bini, kalau boleh nak elakkan pembaziran. Memang kami elak, tak nak lah masak banyak-banyak...lepas tu lauk tak habis setiap hari. Berbalik hari hujung minggu atau tak bekerja..kebiasaanya mummy masak. Apa pun, tengok program daddy juga. Kalau nak keluar outing, kami tak masak untuk elakkan pembaziran makanan dan masa juga. Semua kena kira weeei hehe.

MENU LUNCH WEEKEND UDANG MASAK KARI SAMA BUNCIS, SUP SUHUUN FISHBALL, AYAM GORENG

Straight to the point lauk weekend kami MENU LUNCH WEEKEND UDANG MASAK KARI SAMA BUNCIS, SUP SUHUUN FISHBALL, AYAM GORENG. Entahlah tekak ni teringin nak makan memacam dengan air tangan sendiri. Apa lagi, kita kasi zassssssss bersilat kat dapur lah ! Mummy akan pilih masakan yang tak pakai banyak masa. Sebab pepahamlah kan, mak breastfeeding ni. Setiap 1-2 jam anak nak menyusu badan aje.

Kebiasaanya jam 11 pagi tu dah kena siap masak nasi dan lauk yang simple. Manakala lauk yang memerlukan masa untuk menyiang, mengopek tu mummy buat step by step. Sebelum 12.30 tengah hari mummy makes sure semua siap masak. 


Kari Udang Sama Kacang Buncis.

Bahan-bahan
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawng putih
1cm halia
Udang 10 ekor
Kacang Buncis 200gm 
1 paket rempah kari ikan
1/2 kotak santan
Sedikit minyak untuk menumis

Air ikut kesukaan masing-masing
Garam ikut rasa

Bahan-bahan ni mummy masak apa yang bahan ada di dapur je. Tak pedas..supaya anak boleh makan

Cara masak

1. Tumiskan bebawang, halia dan rempah kari dengan sedikit minyak.

2. Nampak kering, letakkan sedikit air untuk bagi rempah sebati dan garing dalam 2 minit.

3. Masukkan 2 cawan air putih.

4. Air dah didih, masukkan udang hingga biarkan dalam 3 minit.

5. Letakkan kacang buncis yang dah di siangka , santan dan garam.

6. Angkat ! Siap.




Sup sayur suhuun Fishball

Bahan-bahan

Suhuun segenggam
5 Fishball potong dua
Tomato ceri 5 biji
Kentang (baby potatoes Cameron) 3 biji belah 2
Air 3 mug
Garam
Ikan bilis
2 biji bawang merah kecil di tumbuk
1 ulas bawang putih di tumbuk

Cara masak :-

1. Didihkan air dengan bebawang dan ikan bilis dalam periuk Corelle
2. Masukkan kentang dan masak hingga empuk.
3. Masukkan suhuun dan semua sayuran serta sedikit garam.
4. 3 minit siap !
4. Dan bahan-bahan lain



Ayam goreng - hat ni tak payah resepi.


Jemput makan uolsssss...

J

You Might Also Like

6 comments

  1. Terus teringin nak makan kari udang..lama x buat..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Kari Udang tu Linda..

    ReplyDelete
  3. wohooo sedapnya tgk udang tuuu hee :) sooo yummy

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -