RESEPI PENCUK, JELATAH ATAU ACAR NENAS TIMUN UNTUK 100 ORANG MAKAN

RESEPI PENCUK, JELATAH ATAU ACAR NENAS TIMUN UNTUK 100 ORANG MAKAN - Kalau sebelum ini mummy ada share RESEPI PENCUK, JELATAH ATAU ACAR N...

RESEPI PENCUK, JELATAH ATAU ACAR NENAS TIMUN UNTUK 100 ORANG MAKAN - Kalau sebelum ini mummy ada share RESEPI PENCUK, JELATAH ATAU ACAR NENAS TIMUN untuk 5 orang makan di http://www.azlindaalin.com/2016/09/resepi-pencuk-jelatah-atau-acar-nenas.html . Kali ini, mummy nak share RESEPI PENCUK, JELATAH ATAU ACAR NENAS TIMUN UNTUK 100 ORANG MAKAN. Dari nak bayar katering memahal, baik menu ni di buat sendiri. Jimat kot, dalam lebih RM100.



RESEPI PENCUK, JELATAH ATAU ACAR NENAS TIMUN UNTUK 100 ORANG MAKAN 


Nenas (ejaan sebenar ialah NANAS) 6 biji potong 6 menegak buang empulur, potong dalam 1cm lebar. (atau ikut kreativiti masing-masing).

Timun 10 batang (saiz besar) potong 6 menegak buang biji pastu potong 1cm lebar (atau ikut kreativiti masing-masing).

Bawang besar 2 kg (belah dua menegak pastu potong bulat dan nipis) (atau ikut kreativiti masing-masing).

Lada merah 1/2kg potong nipis serong (jika suka atau ikut kreativiti masing-masing).

Gula pasir 1kg

Garam 2 senduk rata

Cuka 500ml atau limau / lemon dalam 3-5 biji

CARA BUAT RESEPI PENCUK, JELATAH ATAU ACAR NENAS TIMUN UNTUK 100 ORANG MAKAN 


Cara buatnya, senang je. Masuk semua dlm besen pastu gaul sebati. Siap !

Kalau korang nak tahu, menu ni, menu kegemaran mummy. 

You Might Also Like

13 comments

  1. kalau kat kelantan panggil acar..:)

    ReplyDelete
  2. sedapnya akak linda :) terliur nya.makan dengan nasi minyak pulak sedap :)

    ReplyDelete
  3. Same here! Saya pun sukaaa sangat. Dari kecik lagi kalau follow mak pergi kenduri memang aim jelatah ni. Lagi2 kalau dia punya mix and match dia adalah ayam masak merah.

    ReplyDelete
  4. Sedap kan dapat ratah-ratah..

    ReplyDelete
  5. Suka jelatah ini tapi tak boleh makan nanas.. kikiki.. Lidah sha sensitif..

    ReplyDelete
  6. suka jelatah makan dengan nasi tomato kan.. tapi CT amek nenas dia ja hahaha..

    ReplyDelete
  7. Baru tahu tentang nama ni, ingat apa tadi.. selalu buat juga :)

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaa jelatah, selalu jumpa time kenduri kahwin.

    ReplyDelete
  9. Suka ratah jelatah..sedap..selalu jumpa kat rumah orang kawen kan..

    ReplyDelete
  10. Sedapnya acar :) ratah pun sedap hee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -