Review Movie Skyscraper Lakonan The Rock

Review Movie Skyscraper Lakonan The Rock - Kisah tengok movie lagi. Kali ini, mummy tengok Movie Skyscraper Lakonan The Rock sorang-soran...

Review Movie Skyscraper Lakonan The Rock - Kisah tengok movie lagi. Kali ini, mummy tengok Movie Skyscraper Lakonan The Rock sorang-sorang. Sempat lagi, kan? Kisahnya, masa mummy amek cuti untuk tok mak nak check up. Sebenarnya, pada mulanya mummy cuti half day je. Sebab ? tok mak check up half day. Oleh kerana dah terlewat....(biasalah check up ni kan) company akan deduct 1 day. So, ada baiknya cuti terus. Dari datang kerja pun, kena tolak 1 day leave. Bab kerja ni, kadang-kadang kita kena kira.... bila company berkira. Sorry ye, bos !

Review Movie Skyscraper Lakonan The Rock 

gambar : sumber Google

Berbalik kisah Review Movie Skyscraper Lakonan The Rock. Best ke Review Movie Skyscraper Lakonan The Rock ? Mummy ni, jenis sampai je cinema (MBO of course.. sebab dekat dan ada member card) mummy akan cari cerita yang sedang jalan (tengah iklan) atau waktu yang betul-betul dekat dengan masa mummy sampai cinema. Tak kisah lah cerita apa pun. Tapi, mummy langkah kanan masa ni. Dapat pulak cerita yang lagi 10 minit nak main iaitu Movie Skyscraper Lakonan The Rock .

Sambil tunggu 10 minit tu, sempatlah urut badan kat kerusi urut depan cinema MBO Ara Damansara dan edit gambar dalam phone untuk draft blog.

Best Ke Movie Skyscraper Lakonan The Rock 

gambar : sumber Google

Meh mummy Review Movie Skyscraper Lakonan The Rock , lama tak review movie dalam blog sebenarnya. Review Movie Skyscraper Lakonan The Rock by mummy ini, mummy bagi 5* full stars lah !

Cerita kisah The Rock menjadi Polis pada awalnya dan terkorban dalam misi tersebut. Kemudian, The Rock berkahwin dengan seorang nurse yang menyelamatkannya di hospital dan mempunyai 2 orang anak.

Di offfer untuk bekerja dengan syarikat gergasi dalam unit keselamatan. Beliau risau peristiwa hitam berulang lagi.

Oleh kerana, mendapat restu isteri dan keluarga. Beliau menerimanya, kemudia berlakulah pergelutan dan misi untuk membunuh The Rock semata-mata nak dapatkan tab akses yang boleh kontrol keseluruhan tower tertinggi di dunia.


gambar : sumber Google

As usual, family menjadi mangsa menjadi bahan tebusan / tawanan. Walau ada yang kata aksi ni macam tak masuk akal. Bagi mummy nampak real dan nampak aksi ni thrill, seram sampai mummy terjerit-jerit gayat dalam cinema. 

Aksi The rock melompat dari satu bangunan ke satu bangunan. Di sebabkan Tower terbakar, anak bini stuck di dalam bangunan. Dari situlah timbul kekuatan The Rock untuk mencari jalan penyelesaian walau ianya agak merbahaya.

Sama juga dengan kehidupan kita, kan? Demi anak, demi keluarga. Apa yang tak boleh, mesti kita sedaya upaya bolehkan juga !

Best seronok layan cerita ni. Langsung tak sempat nak bosan atau menguap.

Cerita ini merupakan movie paling TOP di Malaysia. Di ikuti nombor 2 movie Hotel Transylvania 3.

Yeayy..dedua dah tengok !

Mummy really recommended untuk korang tengok. Memang best 2 movie ni !

You Might Also Like

13 comments

  1. Best cerita ni ye. Nora dah lama tak tengok wayanglah.

    ReplyDelete
  2. Nampak best dan menarik cerita nih. The Rock berlakon tak pernah mengecewakan

    ReplyDelete
  3. oklah kak linda.rabia nak tengoklah...the rock berlakon mmg best.

    ReplyDelete
  4. Baru cakap dekat syahmi nak tgk citer ni hari tu. Kalau dah 5* memang wajib tgk ni.

    ReplyDelete
  5. salam kak..
    ala lama xg tgok movie..
    pdhal kaki movie..huhu..nk g tgok la mgu ni..
    slalu time hujung minggu bz je..

    ReplyDelete
  6. suka tengok lakonan the rock walaupun ramai yang komplen kata the rock bawa watak lebih kurang je.. Nanti sha nak tengoklah filem ini..

    ReplyDelete
  7. nak tengok ni !! The Rock tapi xdak geng. kena tunggu masuk online la gamaknya..

    ReplyDelete
  8. Bonde pon bg 5 bintang, sangat menarik movie lakonan the rock ni

    ReplyDelete
  9. Dah tengok jugak, serius best. Paling nervous time the rock panjat building tu. Hahah!

    ReplyDelete
  10. Belum dapat pi tengok kat panggung lagi, sebenarnya denda kakak dania..keputusan exam agak teruk pertengahan tahun so no movie, no jalan2 anymore..memang kesian ikutkan..tapi kalau tak buat macam tu dia main2 lagi

    ReplyDelete
  11. Kak Sue ada juga niat nak tengok cita nie Linda, bila dah baca. review Linda lagi rasa nak tengok. Lagi pun lama dah tak layan movie nie..

    ReplyDelete
  12. Alah.. tak tengok lagi. Masih ada kat wayang ke?

    ReplyDelete
  13. Macam menarik ja jalan cerita dia kan kak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -