HANDBAG COACH HADIAH BIRTHDAY DARI SUAMI TERSAYANG

HANDBAG  COACH LEXY SHOULDER BAG  HADIAH BIRTHDAY DARI SUAMI TERSAYANG - Ahad lepas, merupakan birthday mummy yang ke..... (cer teka) ber...

HANDBAG COACH LEXY SHOULDER BAG HADIAH BIRTHDAY DARI SUAMI TERSAYANG - Ahad lepas, merupakan birthday mummy yang ke..... (cer teka) berapa ye? Haha..oklah kita abaikan dulu pada umur mummy. Kita fokus pada tarikh bersejarah itu. Di sebabkan birthday mummy jatuh pada hari cuti sekolah. Maka, kami sekeluarga short vacay lah ke Ipoh Perak. Walau daddy tu orang Kamunting Perak. Tapi, anak-anak belum pernah jejakkan kaki berjalan dalam bandar Ipoh, Perak. Kali ini, kita sambut birthday mummy dan jalan-jalan cuti sekolah ke Ipoh, Perak pulak !

HANDBAG COACH LEXY SHOULDER BAG HADIAH BIRTHDAY DARI SUAMI TERSAYANG



HANDBAG COACH LEXY SHOULDER BAG HADIAH BIRTHDAY DARI SUAMI TERSAYANG

Kalau korang dah baca entri mummy sebelum ini, kami sempat jalan-jalan di BlueBlue Playland, makan Laksa Saranghae, makan Nasi Ganja Viral di Ipoh. Sebenarnya, ada lagi satu tempat kami pergi di Ipoh iaitu MAPS Animation Park. MAPS ni soon mummy update dalam blog ye. Berbalik kisah birthday mummy Ahad lepas (19 Ogos). Mummy terkejut masa bangun tidur di Hostel Akademi Datuk Wira Lee Chong. Dah la rushing nak check out, baby Daim pulak meragam penat. Daddy pulak dok kejut-kejut mummy dari tidur yang lena. Terus serahkan satu beg yang agak besar. Mulanya ingatkan, itu beg untuk simpan baju kotor. Alamaklumlah kan...dah nak check out. Bab kemas baju kotor memang keje mummy lah !

Bila sekali buka, eh..eh HHANDBAG COACH LEXY SHOULDER BAG HADIAH BIRTHDAY DARI SUAMI TERSAYANG. Jahat tau ! Sebenarnya, malam tu, jam 12 tengah malam depa semua (termasuk anak-anak) wish birthday je. Sebab daddy cakap, tak ada hadiah birthday mummy tahun ini.

Sebab semua dia dah bagi tahun ni. Nak raya aritu dah dapat handbag ELLE, sebelum ini dah bagi wallet, jam, kasut semua dah ada. Mummy pun faham, daddy banyak habis duit dah..dengan bawa kami jenjalan lagi. Ai is tak kisah...i bukan bini pisau cukur !



HANDBAG COACH LEXY SHOULDER BAG HADIAH BIRTHDAY DARI SUAMI TERSAYANG

Rupanya, ada juga hadiah birthday untuk mummy. Terima kasih banyak-banyak atas ingatan tulus ikhlas ini ye.

Terima kasih daun keladi..tahun depan harap ada lagi.

Hahahahhaha.

HANDBAG COACH LEXY SHOULDER BAG HADIAH BIRTHDAY DARI SUAMI TERSAYANG - Tadaaaa...inilah HANDBAG COACH HADIAH BIRTHDAY DARI SUAMI TERSAYANG. Tak menyabau punya isteri..terus pakai on da spot juga haha.

Sebenarnya mummy ada wishlist nak beli handbag coach macam ni juga. Sebab handbag lama (hadiah hantaran kahwin) tak ada design C C. Cumanya, tak terbeli-beli. 

Rupanya, ada orang nak bagi...patutlah berat nak membelinya hehe

HANDBAG COACH LEXY SHOULDER BAG HADIAH BIRTHDAY DARI SUAMI TERSAYANG

Dalam pada sayang nak pakai tu, pakai jugaklah. Kang tak pakai daddy ingat kita tak sudi, kan !




You Might Also Like

11 comments

  1. Bestnya dpt handbag coach...untung dpt hubby sentiasa ingat nak bg hadiah...

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat handbag jenama coach tu..wahhh untunglah kakak.

    ReplyDelete
  3. hapy birthday mummy. wow beg mahal tu.birthday mummy yang ke berapa ??? 35? 37? 32? 28?

    ReplyDelete
  4. Wah coach tu kak. Alhamdulillah rezeki dari en suami kan. Semoga sentiasa murah rezeki dia.

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat beg idaman kita kan Linda.. untung Linda suami rajin belikan hadiah dan bawak jalan-jalan. Semoga berbahagia selalu ya korang.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  6. cantik handbag coach..kita peminat handbag coach..mmg tahan lasak bila pakai hbag mahal

    ReplyDelete
  7. wah.. tahniah.. bestnya dapat beg.. coach lagi :) .. Cikros kalau dapat sure simpan sbb sayang + lagi minat melasak pakai beg kanvas..hehe

    ReplyDelete
  8. terbaik!
    tambah bergaya la, alin...

    ReplyDelete
  9. Happy Belated Birthday mummy..untung la dpt beg coach..rezeki..hehe

    ReplyDelete
  10. Happy Belated Birthday mummy..untung la dpt beg coach..rezeki..hehe

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki akak dapat hadiah beg Coach. Seronokkan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -