Dinner Botok-Botok dan Jus Dragon Fruit

Dinner Botok-Botok dan Jus Dragon Fruit - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tengah masak tengah hari ke tu? Masak apa tengah hari ini?...

Dinner Botok-Botok dan Jus Dragon Fruit - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tengah masak tengah hari ke tu? Masak apa tengah hari ini? Cerita pasal masak, menu dinner kami baru ini berasaskan healthy food kekononnya. Korang pernah makan tak botok-botok? Botok-botok ini, makanan orang Johor. Di mana cara masaknya dengan mengukus di dalam daun pisang. Di dalam botok-botok ini, ada kari ikan berempah yang di saluti dengan ulam-ulaman (lebih dari 5 jenis).

Dinner Botok-Botok dan Jus Dragon Fruit


Dinner Botok-Botok dan Jus Dragon Fruit

Botok-botok air tangan mak mummy (Tok mak bebudak), kali ini pakai ikan kembung pulak. Selalunya, tok mak suka masak dengan ikan tenggiri.

1 bungkus botok-botok ini ada 3 ekor ikan kembung. Tok mak buat banyak bungkus juga. Sekali sekala dapat makanan kukus-kukus ini, sedap juga. Nak latih diri makanan berkukus dan healthy pulak. 

Hahaha...sehari je la kot impian ni. Sok-sok, masak ayam goreng pulak aku ni !


Dinner Botok-Botok dan Jus Dragon Fruit

Lawankan dengan jus dragon fruit, permintaan anak-anak. Depa kata Upin-Ipin pandai buat jus dragon fruit. Semua nak ikut Upin Ipin huhu. Bertabah je, lah !

Mummy blend tanpa letak air, potong separuh dragon fruit dan kisarkan je ! Dapatlah 2 gelas jus dragon fruit !

Dinner Botok-Botok dan Jus Dragon Fruit

Separuh lagi dragon fruit, mummy just potong-potong buat kudap-kudap makan depan tv layan drama haha

Entri kali ini, tak ada resipi....nanti kalau rajin mummy update di entri yang lain ye !

You Might Also Like

9 comments

  1. Sedapnya kudap-kudap dragon fruit.. tambah kalau sejuk.. best..

    ReplyDelete
  2. Dragon fruit memang sedap dimakan saja atau buat smoothies

    ReplyDelete
  3. Pengaruh upin ipin pada anak2 kan..sabar jer la..tp akak x pernah makan botok botok..nak rasa gak la satu hari nanti

    ReplyDelete
  4. botok2 first time tgk..tak penah mkn pun sebab tak penah jumpa..haha..dragon fruit, all time favourite..hehe

    ReplyDelete
  5. botak-botak..ni kali pertama rabia tgk botak-botak..jus dragon tu fuhhh sedapppnya.

    ReplyDelete
  6. Botok botok ni ika first time dengar. Nampak sedap bila ada ulam siap dgn ikan semua. Terliur pulak rasanya :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Linda Botok-Botok tu.. nak resepi please..

    ReplyDelete
  8. botok-botok :)
    jrg dpt makan, alin.
    kalau mak sedara dari jb buat, kami ke sana, dpt la merasa.

    ReplyDelete
  9. menawan betul warna jus dragonfruit

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -