DUGAAN SABTU KAMI ANAK BERANAK

Semput Hari Sabtu kami semalam. Sabtu minggu ni, mummy dan daddy tak keje. Kami keje alternate Saturday. Penat gaklah keje Sabtu. Dah lebi...

Semput Hari Sabtu kami semalam. Sabtu minggu ni, mummy dan daddy tak keje. Kami keje alternate Saturday. Penat gaklah keje Sabtu. Dah lebih 10tahun kerja 5 days kan. Unless sometimes kerja ikut sendiri nak keje hari Sabtu. Nak di jadikan cerita nak menghantar barang customer pada Hari Sabtu, customer tak sabar nak juga di poskan barangnya pada hari Sabtu. Normally urusan postage Monday - Friday. Self pick up, di sesetengah kawasan insyaallah boleh di usahakan sebab kami bercuti di kawasan berhampiran aje.




Lama tak p pos kawasan Kajang. Mummy ada 2 tempat nak kena pergi. Pertama - Mailbox MBE...jika ke MBE ni tak perlu ke pos laju.

Jika Mailbox MBE tak ada, kena p pos laju dan....barang untuk Mailbox MBE hari Selasa lah nampaknya kena sambung pos.

Seperti biasa, kami p anak beranak je pepagi Sabtu sebab nak kejar masa. Mummy WAZE mailbox MBE KAJANG. Sebelum meneruskan perjalanan, WAJIB tapau McD untuk anak. Sambil mummy driving...depa leh nikmati makan bekpes dalam kereta. Jimat masa pun iye jugak.

MAILBOX MBE KAJANG terletak berdekatan dengan Satay Samuri Bandar Kajang. Fuh, jem nya jangan cakap.

Parking lagilah ! Susah oiii... Tetiba ternampak satu kawasan lapang untuk parking. Dengan confident mummy masuk kawasan tu.

Sedang elok parking, dan menyusun barang di bonet. Tetiba terdengar sekumpulan anjing menyalak. Allahu berderau tengok anjing yang banyak. Cecepat mummy masuk dalam bonet kereta dan masuk ke dalam kereta dan drive.

Masa anak-anak dengar nyalakkan anjing. Memasing dah terjerit jerit dan dan menangis dalam kereta. Mumy pun kelam kabut, sampai tak tutup bonet. 

Alahai...kalau anjing tu masuk dalam kereta ntah macamanalah kan?

Dah pulak tu, yang keduanya, MAILBOX MBE KAJANG dah tutup. tiada bisnes lagi di situ. Allahu !

Mencari pulak MAILBOX MBE BANGI, parking senang dan buka. Cumanya, tak buat drop off barang LAZADA pulak. Ahoiiiiiii what's a day ?

So, teruskan perjalanan ke Pos Laju Bangi.

Syukur settle dah 1 perkara. Balik rumah, lelaju masak sambal udang , sayur campur dan ayam goreng.

Tak sempat habis masak, call in masuk. Actually memang ada telephone appointment pun.

Dapat call tu, macam dah bersyukur jugak. Mungkin ada rezeki. Wallahualam.

Wait for lunch date on Wednesday, 2nd appointment pulak. Hope ada rezeki mummy. If tak ada, need to move on, to the next next plans. 


You Might Also Like

8 comments

  1. Akak pun taktakut anjing...walau jauh lagi anjing tu dh rasa seriau dh..anjing kalau dh nampak kita kita takut..lagi dia nak mengacau kan..biasa buat2 ambil batu nak baling

    ReplyDelete
  2. Uihhh.. Mmg seriau mummy kalau part anjing ni..serombongan plak dtg, seram...

    ReplyDelete
  3. sha kalau nampak anjing dari jauh pusing jalan lain,kalau jd mcm mummy ni sha rasa sha duk nngis situ lah :3

    ReplyDelete
  4. Mood anjing ni tak boleh dijangka.. Kalau anjing penjaga kawasan memang tabiat dia akan menyerang.. Elok terus cabut kalau nampak anjing sebelum depa menyerang.. Ngeri..

    ReplyDelete
  5. aduh yang anjing tu seramnya. kalo CT pun panic jugak kalo cemtu entah tatau nak react macam mana T-T

    ReplyDelete
  6. Kak Sue pun takut juga dengan anjing sebab ada kisah masa kecik dulu.. hehehe.. Semoga ada rezeki untuk Linda hari Rabu nanti ya.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  7. Sape x seram kan?!
    Kalu kena gigit anjing, haru!

    ReplyDelete
  8. Sha, anjing tak nyalak pun Sha seram.. Kalau nyalak memang tak geraklah jawabnya.. biru terus kat situ panik.. Sha memang fobia betul ngn anjing.. Dah pernah kena gigit masa bebudak.. Mujurlah tak jadi apa kat mummy linda dan anak anak.. syukur..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -