KAD KEAHLIAN SIMANJA TAWAS ANAK-ANAK !

KAD TAWAS ANAK-ANAK ! - Anak Selangor? Yes, mummy anak Selangor sebab di di lahirkan di Selangor. Walau asalnya keturunan mak abah dari Johor kacukan Jawa dan Bugis. Mak mummy (tok mak) keturunan Dato Bentara Luar Johor (Mohd Salleh bin Perang) di mana nenek moyangnya berketurunan DAENG. 

So far, salah silah belah mak je lah yang dapat trace sebab keturunan belah mak ni ramai background yang educated. Dah bapa moyang Dato Bentara Luar (yang buka peta Johor, arkitek terkenal satu masa dahulu). Haruslah ramai yang educated, kan?

Oleh kerana mak berkahwin dengan abah dan merantau ke Selangor. Terus, kami adik beradik jadi warga Selangor. Mak abah pun dah beli rumah di Selangor. So, kami warga Selangor pulak lah hehe. Anak-anak mummy, memang lahir di Selangor jugak. Sebab kami tinggal di Kajang


KAD KEAHLIAN SIMANJA TAWAS ANAK-ANAK !


KAD KEAHLIAN SIMANJA TAWAS ANAK-ANAK !

Apa kena mengena dengan Kad Tawas anak-anak? Cerita tentang Anak Selangor, anak kami dah daftar di bawah keahlian SI MANJA TAWAS. Pendek cerita, bila umur dah matang. Anak-anak akan terima RM1500 dari YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor ).

Kad Daim Naufal lama dah siap, almaklumlah, mummy dok isi borang TAWAS dan submit masa dalam pantang lagi. Dasyat tak dasyatlah kan mummy ni. Busy nau nau dalam pantang. Senang sebenarnya kalau buat semua masa dalam pantang. Lepas tu, dah tak payah fikir lagi dah !

Bila mummy collect kad Daim Naufal ini, tengok-tengok lain pulak design kad TAWAS dengan kakak dan abangnya. Udahnya, mummy minta tukar kad Dzal Aidi Fiqry. Boleh tukar, cuma kena isi borang dan bayar RM10. Tak pelah, asalkan sama design dengan abang dia hehe. Boys !

Kad TAWAS ni pun kena jaga elok-elok kang, silap haribulan tak dapat claim pulak RM1500 hehe lama tu nak menunggu. Tunggu umur anak matang !

APA TU TAWAS?


TAWAS atau nama panjangnya Tabung Warisan Anak Selangor ini khas untuk anak yang berkelahiran di Selangor dan ada beberapa term and conditions (T&C) juga. 

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

SYARAT PERMOHONAN TAWAS


Syarat 1

Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
2. Belum mencapai usia 3 tahun
3. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

Syarat 2

Permohonan adalah terbuka kepada 'Anak yang dilahirkan di Selangor' yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN
5. Cop pengesahan Taraf mastautin. Cop boleh diambil dari :-


i. Ahli Parlimen Selangor
ii.Pusat Khidmat DUN Selangor
iii.Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
iv.Penghulu/Ketua Kampung
v. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
vi.Ketua Komuniti/Nazir Masjid


Syarat 3

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. **Ibu/Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang sama didaftarkan (merujuk kepada perkara 1) dan sedang menetap di daerah sempadan yang sama

**Ini merujuk kepada contoh berikut :- 
Anak lahir di sempadan Selangor iaitu Negeri Sembilan, DAN; Ibu/Bapa mestilah lahir di Negeri Sembilan (sama dengan anak yang ingin didaftarkan) serta perlulah menetap di Selangor yang beralamat di daerah sempadan yang sama (Negeri Sembilan) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada :-


i.Penghulu/Ketua Kampung
ii. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
iii.Ketua Komuniti/Nazir Masjid



KHAIRAT KEMATIAN AHLI TAWAS


Khairat Kematian TAWAS adalah dibawah Skim Tabung Warisan Anak Selangor yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk Ahli TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Ibubapa/penjaga boleh menuntut sumbangan bernilai RM1500.00 di pejabat YAWAS dengan membawa bersama dokumen seperti berikut:

- Sijil kematian.
- Kad SiManja
- Salinan muka buku hadapan akaun bank / salinan penyata akaun (bahagian yang tertera no akaun). 
- Penyata Simpanan TAWAS (sekiranya ada)

Walaubagaimanapun, khairat ini hanya boleh dituntut oleh waris jika berlaku kematian Ahli TAWAS selepas 1 MAC 2014. Pembayaran sumbangan akan dibuat dalam bentuk cek.


Kalau korang nak info yang lebih lagi, boleh layari ke :  http://tawas.org.my

15 comments on "KAD KEAHLIAN SIMANJA TAWAS ANAK-ANAK !"
  1. WAH..banyaknya benefit anak selangor dapat kan..nak tukar kerakyatan selangor agak2 bleh tak..hahaha...

    ReplyDelete
  2. terbaek.. rezeki anak2 selangor :)

    ReplyDelete
  3. tak ambil lagi kad Tawas anak, kena tunggu yg no.2 keluar la amik sekali.

    ReplyDelete
  4. berkenan design kad tu..lawa laaa...

    ReplyDelete
  5. Good sharing Linda.. ala Kak Sue tak layak nie walau tinggal kat Selangor.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Bagus ada kad TAWAS ni memberi manfaat kepada anak anak. Kelahiran selangor. Khairat kematian pun ada. Untungnya. Hope negeei lain buat juga.

    ReplyDelete
  7. Bagus info ini.. yang layak bolehlah mohon.. sekurang-kurangnya anak ada tabungan dah..

    ReplyDelete
  8. Tak da anak pulak lahir di Selangor. Hopefully negeri sembilan buat juga macam TAWAS ni

    ReplyDelete
  9. Bestnyaa. macam macam keistimewaan utk budak budak sekarang :)

    ReplyDelete
  10. bagus selangor ni.
    mcm2 faedah.
    so far melaka lom lagi lagi la sebagus ni.
    aida nak buat cadangan la.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com