LEPAK SANTAI MANDI SWIMMING POOL

LEPAK SANTAI MANDI SWIMMING POOL - Assalamualaikum, Selamat pagi! Tuesday Blues ke tu? Haha..setelah cuti 3 hari. Harapnya, tak ada Tuesday...

LEPAK SANTAI MANDI SWIMMING POOL - Assalamualaikum, Selamat pagi! Tuesday Blues ke tu? Haha..setelah cuti 3 hari. Harapnya, tak ada Tuesday blues. Kalau ada, meh baca bebelan mummy Linda meh haha. Oh ya, korang ke mana cuti lama ni? Mummy pulak, tak ke mana mana. Malas nak hadap jem. Cuti lelama ni, biasanya banyak jalan jem. Bila jem, mulalah spoil mood anak-anak dan mak pak sekali. So, kami kak lepak santai di tempat sendiri. Enjoy cuti dengan masak, makan, tido, tengok tv juga!

LEPAK SANTAI MANDI SWIMMING POOL



Lama tak bawa bebudak semua ni turun mandi swimming pool bawah rumah. Lama depa dok berzikir. Minta bawa depa turun. Walau swimming ni, swimming pool apartment kami. Tapi, weekend biasa-biasa cuti sehari dua tu, memang tak sempat nak bawa.

Dah beli rumah ada pool, malas bawa anak turun...orang yang tak rumah tak de pool, nak bawa anak mandi pool.

Maaf ye nak, insyaallah...mummy daddy try jadi rajin bawa kamu semua turun mandi pool if cuaca mengizinkan.

Sok depa besar, turun mandi sendiri je lah. 

Daim pada mulanya takut, tapi...bila lelama dalam swimming pool. Erm..tak nak keluar pulak haha.

Sejuk sampai tangan dah biru pun tak nak naik !


Swimming pool kosong ! Sakan depa mandi. Mungkin ramai p bercuti atau waktu kami turun kul 3 tu, orang tak mai turun lagi.

Petang, confirm ramai mandi. 

Bebudak ni lepak kolam budak je lah. Sebab depa dapat jejakkan kaki. So, confident level mereka tu tinggi sket lah !


Daim pun pandai minta lepas, tak nak pakai pelampung. Hamboi sangat awak tu, jalan pun baru pandai 2-3 steps dah berangan lebih.


2 beradik ni, busy imbangkan badan kekononnya haha


Mummy tak mandi, jadi safety guard hehe


Diving time hahaha. Video kat ig stories.




Siap mandi, sambung pulak main play ground. Hehehe

You Might Also Like

13 comments

  1. hehe kids sukalah ni mandi2 pool. tapi yang dewasa pun kadang2 sukaaa berendam jugak =D

    ReplyDelete
  2. Anak-anak buah nieyl kalau bawa rumah ada pool..
    memang dari pagi sampai malam x naik² la..hehehe

    ReplyDelete
  3. LeYa pun dah lama tak gi pool... Best la bebudak ni... Ade pool kat area rumah kan... Kira Kak Linda bercuti jugak lah ni... Home Holiday

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy holidays..meh la dtg rumah kami. Rumah kami ada pool

      Delete
  4. Bestnya ada pool kan.. anak-anak Kak Sue pun suka juga mandi pool walau dah besar gajah.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. budak2 kalau masuk pool, nak panggil keluar kemain payah..kena pujuk2 dulu..

    ReplyDelete
  6. Untung la ada swimmimg pool kat rumah, alin. Anak2 aida kalu dpt berendam tiap weekend, memang happy la. Malangnya rymah xde pool :-) ha ha ha...

    ReplyDelete
  7. Kalau kat rumah akak ada kolam pun kami sure lepak berjemaah kat sini..lagi seronok kot..asalkan anak- anak happy kan

    ReplyDelete
  8. rabia suka main air macam tu je.tak berani nak mandi.

    ReplyDelete
  9. Hahaha.. sampai biru bibir ye mandi kolam.. bebudak ngn air memang kawan baik..

    ReplyDelete
  10. Seronoklah lepas puas mandi boleh naik buaian pulak

    ReplyDelete
  11. Amboi seronoknya main air. Hee. Time budak budak ni la main apa pun semuanya seronok hee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -