MENU MASAK SENANG KERANG REBUS CILI API KICAP LIMAU

MENU MASAK SENANG KERANG REBUS CICAH CILI API KICAP LIMAU - Dok teringin kerang rebus viral cicah asam tu. Tekak ni, kalau nak makan tu, memang nak makan hat tu jugak. Dari last week, dok mencari kerang. Tapi last week minggu agak busy ada kenduri, kemas bilik pak mertua nak tinggal, belintilam katil untuk bilik pak mertua nak tidur. Udahnya, laki cakap tak payah masak beria-ia sangat.


MENU MASAK SENANG KERANG REBUS CICAH CILI API KICAP LIMAU


Minggu ni pulak, malam Sabtu daddy pi kedai Acheh depan rumah belikan lauk untuk cuti 3 hari. Kerang,sotong, udang dan ayam. Stok cuti-cuti di rumah sambil jadi chef hehehe. Tak dan tunggu esok, malam tu juga rebus kerang. Tak jadi nak buat kerang rebus viral cicah asam. Kita buat MENU MASAK SENANG KERANG REBUS CICAH CILI API KICAP LIMAU


MENU MASAK SENANG KERANG REBUS CICAH CIILI API KICAP LIMAU

Malam tu, lepas masak, Daim pun dah tidur. Masa untuk mummy makan dengan daddy. Sambil borak panjang sessi one to one dengan laki. Ngedate paling best di rumah sendiri sambil nikmati kerang rebus hehe.

Nak resepi MENU MASAK SENANG KERANG REBUS CICAH CILI API KICAP LIMAU  ni? Senang je MENU MASAK SENANG KERANG REBUS CICAH CILI API KICAP LIMAU  sap sap sui boleh siap. Korang yang tak pandai masak pun boleh jadi chef of the day tau hehe.

RESEPI MENU MASAK SENANG KERANG REBUS CICAH CILI API KICAP LIMAU

BAHAN REBUS

Kerang
Air Secukupnya
Serai titik 2 batang
Bawang merah hiris 1 biji
Bawang putih ketuk 4 ulas
Garam 2 sudu
Asam keping 2 keping

Rebus kesemuanya sampai agak-agak air kering hampir separuh.

SOS PENCICAH

Kicap secukupnya
1 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih
1 biji Limau kasturi
Sedikit hakia
3 batang cili api

Mummy tumbuk bawang merah, putih dan halia. Campurkan ke dalam kicap dan air limau.

Siap ! Terus makan begitu sahaja. Layanzzz


15 comments on "MENU MASAK SENANG KERANG REBUS CILI API KICAP LIMAU"
  1. Hadoi la.. telan air liur Kak Sue tengok gambar.. baca entri nie Linda..

    ReplyDelete
  2. Sedap kerang rebus.
    tapi sekarang kerang boleh tahan mahal.

    ReplyDelete
  3. Memang best makan kerang macam nie.. puas ratah..

    ReplyDelete
  4. Sedanye.. kena cari kerang ni, nak buat juga

    ReplyDelete
  5. sedap menunya lama tak makan kerang huhuhu

    ReplyDelete
  6. inilah menu paling senang dan mudah nak masak

    ReplyDelete
  7. Liez tak makan kerang tapi tgk gambar kerang tu pun tahu mesti sedap

    ReplyDelete
  8. Sha buat gini je.. tak makan dengan nasi pun.. ratah je.. best..

    ReplyDelete
  9. Kat sini susahnya nak dapat kerang yang fresh dan besar-besar

    ReplyDelete
  10. Nak lagi best kan masak medium well...best giler..caranya didihkan air betul2 menggelegak..masukkan serai kemudian masukkan kerang...biar 3 minit lepas tu tutup api..gaul2 bagi kerang masak sekata...tambah 2 min lagi...then buang air mendidih tadi supaya dia tak jadi well done..bilas dengan air batu kalau rajin..kalau malas ngan air paip pun ok..tapi sampai air kerang betul2 kering...then sedia dihidang...tekstur kerang akan jadi kenyal...akak suka macam ni

    ReplyDelete
  11. Dah dua kali tengok kerang rebus ni..terus rasa nak cari kerang..

    ReplyDelete
  12. Lama teringin nak makan ni, tak kesampaian lagi. Sedapnyaaaaa huu T.T

    ReplyDelete
  13. aida nak buat la SA punyer resepi kat atas tu, alin.
    mcm sedap jer.
    lama x merebus kerang.
    sebab kat pasar, kekecik sgt kerang nyer.
    tak puas makan!

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com