RESEPI MUDAH SOTONG MASAK KUNYIT SERAI UNTUK LUNCH

RESEPI MUDAH SOTONG MASAK KUNYIT SERAI UNTUK LUNCH - Cuti lama kali ini, mummy prefer jadi chef kat rumah. Ada yang sama macam mummy ka? Ma...

RESEPI MUDAH SOTONG MASAK KUNYIT SERAI UNTUK LUNCH - Cuti lama kali ini, mummy prefer jadi chef kat rumah. Ada yang sama macam mummy ka? Masak pun satu terapi buat mummy. Cumanya, mummy tak boleh duduk lama kat dapur. Of course si baby Daim Naufal tu, merengek cari mummy. Haha budak kecik tu, mana boleh berenggang. Manja ! Tapi, tak pe...mummy masak menu mudah je. Cepat pun cepat. RESEPI MIDAH SOTONG MASAK KUNYIT SERAI UNTUK LUNCH. Kalau korang jenis kejar masa. Bolehlah tiru menu ni ha hehehe.


SOTONG MASAK KUNYIT SERAI UNTUK LUNCH 


RESEPI MUDAH SOTONG MASAK KUNYIT SERAI UNTUK LUNCH


SOTONG MASAK KUNYIT SERAI UNTUK LUNCH yang dah siap ! Cili merah tu, better tumbuk baru sekata lawa. Tapi, mummyvtak sempat nak tumbuk. Baby Daim dah signal minta susu. So, apa lagi hiris-hiriskan aje lah. Oh ya, cerita pasal cili merah tapi mana RESEPI MUDAH SOTONG MASAK KUNYIT SERAI UNTUK LUNCH ye? Okay okay...nah jemput tengok dan cuba resepi gerenti jadi 100% RESEPI MUDAH SOTONG MASAK KUNYIT SERAI UNTUK LUNCH.


RESEPI MUDAH SOTONG MASAK KUNYIT SERAI UNTUK LUNCH 


Antara bahan-bahan yang mummy gunakan dalam RESEPI MUDAH SOTONG MASAK KUNYIT SERAI UNTUK LUNCH 

12 ekor Sotong- biasanya mummy dah potong cuci sesiap untuk jimatkan masa bila nak masak.

Bawang merah - dalam 3 biji bawang kecil tumbuk

Bawang putih - 1 ulas kecil tumbuk

Halia - 1 inci di tumbuk

Serai - 1 batang di ketuk

Asam keping -1

Serbuk kunyit - 2 sudu besar

Garam - 2 sudu, kami pakai garam bukit. Kurang masin sket.

Cili merah - 1 batang patutnya di tumbuk, tapi mummy hiriskan aje.

Sedikit minyak untuk tumis. 

Air tak perlu ye..sebab sotong ni mengelurkan air  juga masa memasak.

CARA MASAK RESEPI MUDAH SOTONG MASAK KUNYIT SERAI UNTUK LUNCH 

Nak masak resepi ni, senang je. Memula tumiskan bahan tumbuk dan serai sampai naik bau.

Masukkan sotong dan asam keping. Masak sehingga air sotong kering sedikit.

Masukkan garam, serbuk kunyit dan cili merah. Siap !

Senang tak? Senang je, kan! 




You Might Also Like

14 comments

  1. Sedapnya masak simple macam ni. Hat gini yang menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. Enak sekali masakan sotong ini, kak.
    Dimasaknya juga bumbu lengkap, makin terasa enak dinikmati.
    Terimaksih resepnya.

    ReplyDelete
  3. Terliurnya tengok sotong..esok masak ni juga la..tq resepi..minta halal hihi

    ReplyDelete
  4. mmg simple tapi nampak sgt menyelerakan. mesti sedap sgt nih.

    ReplyDelete
  5. Salam kenal AA..
    LZ suka sotong, masak apa pun sedap..
    Simple rezepi ni next time boleh cuba..
    Thank you for sharing..

    ReplyDelete
  6. simple saja resepinya tapi sedap.. =D

    ReplyDelete
  7. sedap ni walaupun simple. ,makan dengan nasi panas

    ReplyDelete
  8. Sedapnya sotong.. nanti nak cuba lah masak macam nie. Resepi senang sangat kan..

    ReplyDelete
  9. okey, nnti nak cuba..selalu kebuntuan kalau beli sotong nak masak apa..yg selalu masak, sambal sotong atau kari sotong...

    ReplyDelete
  10. okey, nnti nak cuba..selalu kebuntuan kalau beli sotong nak masak apa..yg selalu masak, sambal sotong atau kari sotong...

    ReplyDelete
  11. Tengok lauk sotong linda ni terus rasa nak cari sotong

    ReplyDelete
  12. Senang dan simple resepi mummy linda nie.. terliur dibuatnya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -