2 DAYS BUDGET TRIP KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE NAIK TRAIN BERKATIL !

2 DAYS BUDGET TRIP KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE NAIK TRAIN BERKATIL ! - Mengimbau kenangan 8 tahun lepas, zaman single mingle memang sehabis-habisan enjoy pi trip dengan kawan-kawan. Ketika itu, mummy aktif di Facebook je. Blog ? Memang tak malas nak menulis. Blog hanya untuk promote cupcakes aje. Sayangkan,,,pabila kita abadikan story tu dalam blog. 

2 DAYS BUDGET TRIP KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE NAIK TRAIN BERKATIL !



Lama-kelamaan, mummy dapt tahu yang blog tu penting juga untuk kenangan seperti ini. Bila update di Facebook, segala mak nenek tips pun tak boleh trace hahaha. Pagi tadi, Facebook showing memory 8 tahun ni. Sebelum cerita USS SIngapore ni berkubur meh kita refresh balik semua kenangan ni, baik mummy menulis dalam blog tentang holiday bajet kami. 2 DAYS BUDGET TRIP KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE NAIK TRAIN BERKATIL !



2 DAYS BUDGET TRIP KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE NAIK TRAIN BERKATIL ! Sebenarnya trip ke Singapore ini merupakan ad-hoc plan mummy dengan kawan-kawan. Kami memelilih ala-ala back packers dan travel paling bajet.

Dari KL Sentral kami naiki train (berkatil) so kami boleh tidur semalaman dalam train. Tak perlu sewa hotel. Harga tiket pergi dan balik untuk ke USS menaiki train adalah RM86 sahaja. 


Duit pun sesiap bawa, tapi tak bawa banyak pun.. sebab tiket masuk USS Singapore kami dah beli online. Masa tahun 2010 ni, $1 = RM2.10 tak silapnya. Sekarang ? Boleh tahan dah currency depa tu ! Jome tengok itinerary kami :-

Itinerary


11 malam : bertolak KL - Singapore


7 pagi  : sampai di stesyen keretapi Singapore (Tg Pagar tak silap). Then jalan kaki ke bus stop untuk naik bas ke Sentosa Island ($1). Jadual bus ni sangat on time.

8-9 pagi : naik bas dari Bus Stand ke Sentosa Island (free je)

10 pagi : Sebelum 10 pagi sebenarnya dah sampai Sentosa Island. USS baru je buka..kami anatara orang awal pagi masuk ke USS. Lepak sampai petang dalam 





6 petang. Mandi di Beach dalam Sentosa Island. Siloso Central Restroom. Kami ke Siloso Beach ni dengan menaiki train. FREE je naik train dalam Sentosa Island




Tempat Menarik Dalam Universal Studios Singapore





Ketika dalam USS tu, kerja mummy bergambar je. Maaflah gambar mummy ...mummy tak tepek dalam ni. Sebab dulu free hair dan gambar pun banyak low res. Kabur banyak..ntah pakai hand phone apa ntah je.. Lupa dah !










Dalam USS ada Madagascar, Far far Away, Water World, Lost World, Egypt, Sci-fi City, New York City dan banyak lagi

Paling best studio yang nampak real, tsunami, kereta terbakar....memang real, beb ! Seram pun ada hehehe. Dalam studio tu, tidak di benarkan ambil gambar.


















Nak ikutkan, kalau berjalan ke semua dalam ni dan main semua permainan yang ada. Memang tak cukup sehari.








Keluar awal dari USS,  kami lepak makan di food court shopping mall ni. Food court HALAL dan NON HALAL di asingkan. Jalan-jalan ambil gambar, pusing di mall yang berdekatan, beli souvenir. Terus ke stesyen keretapi untuk train kami jam 10.30 malam.

Tidur dan rehat dalam train sebab kami ambil train berkatil. Sampai KL dekat jam 7 pagi dan terus balik ke rumah memasing.





Antara fridge magnet untuk di jadikan kenangan. Sempat juga beli t-shirt di Hard Rock USS. Dah nama pun HRC Collectors' kan. Cuma sayangnya..semua tshirt tu tak muat dah. Sayanggggg yakmat. Ni yang berazam nak kurus balik ni hahaha.

Berapa habis pi Universal Studios Singapore? Erm...kalau tak shopping dalam bawah RM250 je. Tapi kalau shopping + makan etc. Tak sampai RM400 juga segala mak nenek kosnya. Oklah kan tu..sebab tiket masuk USS pun bukan murah. Kat situ je dah beratus-ratus habis huhu
12 comments on "2 DAYS BUDGET TRIP KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE NAIK TRAIN BERKATIL !"
  1. syoknya pergi holiday ngan kawan-kawan. Sekarang dah ada family, kena gi ngan family la plak. hehe. Dah banyak tempat menarik yang lain ada kat sana kan. Semalam tgk currency SGD dah naik jadi 3 lebih. Memang jauh beza dengan tahun 2010 tu. hihi

    ReplyDelete
  2. wah ke USS naik train berkatil..syok juga ye...dlu pi uss 2012..ada rezeki bole la pi lg nanti...dlu naik kete kl-jb..pastu dr jb naik bas ke spore trus smp ke uss

    ReplyDelete
  3. wah..bestnya kalau kdg2 dpt spend time dgn kwn2

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat melihat perkongsian travel di Singa

    ReplyDelete
  5. wah bestnya! teringin nak jejak singapore

    ReplyDelete
  6. best kat sini tpi harga makan ke apa..boleh tahan..masa k.fiezz & mr hubby ke sini dulu, kitaorang bawak bekal..haha

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi pi Singapore, bila lah ada rezeki nak pi nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. wah throwback lama ni, alin :) lovely!
    aida lom pernah lagi jejak spore, alin.
    apatah lagi uss tu.
    plan nyer awal thn depan, maybe nak jalan ke spore je. day tour.
    tu dulu. later baru plan uss saje.

    ReplyDelete
  9. Last duk Singapore masa 6 tahun. Tinggal kat sana ikut ayah bertugas. Sekarang lama x pergi. Nanti nak ajak husben gi singapore jugakkkk

    ReplyDelete
  10. minggu lepas peri balik USS naik bas boleh cuba lepas ni naik keretaapi pulak!

    ReplyDelete
  11. Minggu lepas pergi USS Naik Bas, lepas ni boleh cuba naik keretapi pulak he he he

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com