Lepak MBO Tengok Cerita Movie PASKAL Memang Best Giler Puas Hati !

Lepak MBO Tengok Cerita Movie PASKAL Memang Best Giler Puas Hati ! - Alkisah, lunch hour..mummy korbankan waktu rehat mummy dengan menonton wayang sekali lagi...haha I is memang sejenis gigih tengok wayang kalau ada masa terluang. Tak kisahlah lewat masuk panggung ke apa. Asalkan dapat tengok jadiklah. PASKAL THE MOVIE ni, mummy masuk lambat sedikit ke dalam hall. Tapi..tak adalah lambat sangat-sangat. Masih boleh tahu jalan cerita !


Lepak MBO Tengok Cerita Movie PASKAL Memang Best Giler Puas Hati !



Lepak MBO Tengok Cerita Movie PASKAL Memang Best Giler Puas Hati !



Dek kerana ramai yang bagi review tentang FILEM PASKAL THE MOVIE ni terbaik, jalan ceritanya tak membosankan dan aksinya juga nampak real. Maka, mummy terpengaruh akhirnya. Ke MBO Tengok Cerita Movie PASKAL ler jawabnya !



Jalan ceritanya PASKAL THE MOVIE ni best sangat, dari kekeluargaan sehingga ke persahabatan. Memang betul,lah review korang tu. Langsung tak rasa rugi beli tiket wayang memahal dan korbankan masa lunch mummy tu ha.


SINOPSIS PASKAL THE MOVIE



PASKAL merupakan sebuah unit pasukan Khas Laut dan juga pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia.


Di lakonkan oleh Hairul Azreen sebagai Leftenan Komander Arman Anuar TLDM sebagai seorang pegawai PASKAL.

Arman sebenarnya sejarah perkhidmatan yang cemerlang . Beliau telah mengetuai pasukan menyelamat ketika kapal MV Bunga Laurel dirampas lanun Somalia di Teluk Aden . Beliau juga seorang wira negara dalam misi pengaman PBB di Angola . 

Sehingga satu tahap, Arman terpaksa memilih antara berkhidmat untuk negara atau menjaga ibunya Khadijah yang sakit . Khadijah tidak bersetuju dengan keputusan Arman yang mengikut jejak langkah arwah suaminya untuk menjadi seorang tentera . Beliau sentiasa bimbang akan keselamatan anaknya dan kemungkinan dia akan kehilangan Arman juga .

Bagi Arman pula , beliau rasa bersalah terpaksa meninggalkan ibu kerana tugas dan juga apabila melihat Lily , balu sahabatnya yang kehilangan suami dan kini meneruskan kehidupan demi anaknya yang masih kecil. Konflik yang dihadapinya membuat beliau mengambil keputusan untuk memohon ditukarkan ke tugasan di pangkalan dan tidak lagi aktif di lapangan .

Namun, masa lampaunya kembali menghantui Arman apabila berjumpa dengan Jeb (Ammar), bekas anggota PASKAL yang telah diberhentikan . 

Pertemuan mereka berakhir dengan amaran Jeb, yang kini seorang pembunuh upahan, supaya Arman tidak menghalangnya . Arman semestinya tidak boleh berdiam diri kerana beliau dapat rasakan Jeb sedang merancang sesuatu yang mengancam keselamatan negara .

Siasatan Arman menunjukkan Jeb ingin merampas sebuah pelantar minyak , di mana Lily sedang bekerja . Beliau terus mengumpul rakan-rakan PASKAL yang lain untuk misi yang mungkin menjadi yang terakhir buat Arman .

Misi pelantar petroleum di perairan Malaysia itu merupakan kawalan dan seliaan PASKAL yang di ketuai oleh Arman.


Berjayakah Arman mengetuai misi ini dan bertarung dengan sahabatnya ketika di dalam pasukan PASKAL satu masa dulu?



Kalau korang nak tahu, untuk menjadi salah seorang dari pasukan PASKAL. Korang WAJIB lalui ujian ini :-


1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit

2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)

3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit

4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.

5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.

6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.

7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)

Hebat pasukan PASKAL ni, kalau tak kerana ada PASKAL THE MOVIE. Mummy sendiri pun tak ada knowledge tentang PASKAL. Terima kasih pada semua yang menjayakan filem PASKAL.

Filem aksi arahan Adrian Teh ini mummy nak bagi rating sebanyak 11/10 !


Senarai Pelakon PASKAL The Movie


Hairul Azreen (Arman Rahmat bin Anuar)
Ammar Alfian (Jeb)
Taufik Hanafi (Khairil aka ‘Ustaz’)
Henley Hii (Joshua Tee)
Gambit Saifullah (Gagak)
Hafizul Kamal (Yan)
Thebaan G (Misi)
Jasmine Suraya Chin (Lily)
Amerul Affendi (Rudi)
Datuk Seri Eizlan Yusof (Panglima Tentera Laut)


Mummy bukannya peminat filem melayu dan suka menontonya di pawagam. Tapi, filem melayu kali ini PASKAL memang rasa macam nak repeat lagi sekali je, tau !

Syioknya tak terkata !

Korang tengoklah sendiri macamana ye !
9 comments on "Lepak MBO Tengok Cerita Movie PASKAL Memang Best Giler Puas Hati !"
  1. Akak tak tengok lagi.,.ntah bila nak pi tgok

    ReplyDelete
  2. Tetiba teringin Pula nak tengok tayangan paskal

    ReplyDelete
  3. 22 juta dah kutipan.
    surely wow.
    aida x sempat lagi nak ke panggung.
    weekend ni pun stay home sebab next week kakak2 exam akhir thn.
    kena kot tunggu astro first atau netflix.

    ReplyDelete
  4. Suka tengok yan.. Lawak slumber je... Time dia kena tembak kali kedua tuh.. Lepas tuh suka tengok aksi gagak si sniper and yan kejar n tembak rudy.. Kalo part sedih tuh yg joshua kne grenard.. Adoii sedih giler

    ReplyDelete
  5. Betul... LeYa pun dah tengok hujung minggu hari tuh... Memang best filem Paskal ni.... Semuanya terbaik dan setanding filem hollywood

    ReplyDelete
  6. Dia Dh tgok dh rupanyaaaaaa...akak x tengok lagi...huwaaa..ada lagi ke kat panggung?

    ReplyDelete
  7. alahai cik ash tak tengok lagi ramai kata best.. ajak suami xde cuti la pulak alahaiiii

    ReplyDelete
  8. sha dah brapa kali nk g tengok tapi takdak rezeki lagi hmmm

    ReplyDelete
  9. Ramai bagi review best citer paskal ni..tapi tak tengok lagi..mr hubsbaby duk ajak tapi idak jugak pi tengok kat panggung..ni tunggu download la jawabnya...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com