YEHA ! SETTLE BAYAR FIDYAH DENGAN ZAKAT SELANGOR ON WHEEL

YEHA ! SETTLE BAYAR FIDYAH DENGAN ZAKAT SELANGOR ON WHEEL - Lega dah..bayar hutang dan settle FIDYAH dah. Banyak oiii tinggal puasa bersalin, dalam pantang, susu anak dan macam-macam hal- lelain ! Kebetulan pula, daddy nak settle kan FIDYAH arwah mak beliau. Tak tahu berapa hari arwah mak tinggalkan puasa dan berapa jumlah yang kena bayar FIDYAH. Tapi, daddy nak bayarkan lebih. Ustaz dari Lembaga Zakat Selangor pun, nasihatkan untuk bayar lebih. Walau hakikatnya, masa arwah hidup..beliau ada menjalankan ibadah puasa.



YEHA ! SETTLE BAYAR FIDYAH DENGAN ZAKAT SELANGOR ON WHEEL 


Rezeki mummy terjumpa ZAKAT ON WHEEL di TESCO ARA DAMANSARA. Semuanya secara kebetulan, dah berminggu daddy soh mummy singgah Lembaga Zakat untuk tanya dan settle FIDYAH arwah mak. 

Nak ke pejabat Lembaga Zakat Selangor tu, memang bercinta jugaklah ! Huhuhu. Nasib baik mummy terjumpa ZAKAT ON WHEEL. Jadi, sebelum terlewat, ada baiknya mummy dan daddy settle kan FIDYAH ni. 


FIDYAH TU APA?


Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

* Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. 

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak (RM1.80 harga sekarang). Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menerima pembayaran fidyah secara tunai sahaja. Bermula tahun 2012, LZS akan mengenakan tambahan RM0.05 sebagai upah untuk mengagihkan fidyah kepada asnaf.


FIDYAH ini tak boleh bayar secara online tau. Nak tak nak, kena datang berjumpa dengan staff Lembaga Zakat Selangor (sebab mummy duduk di Selangor) untuk urusan pembayaran FIDYAH.

Memula, mummy dapatkan nasihat ustaz dari LZS di Zakat On Wheel. Kemudian terus buat pembayaran, akad dan lain-lain. Mohon LZS kerap buat ZAKAT ON WHEEL dan update di lokasi ZAKAT ON WHEEL di WEBSITE. Supaya senang public nak berurusan terutama bab FIDYAH ni. 

Yang hidup ni, nak kena juga settle kan FIDYAH orang yang dah meninggal. Kita tak tahu sama ada atau tidak mereka tinggalkan puasa, tapi...tak salah jika bayarkan lebih buat arwah. Ye dak !

Tinggal nak ganti puasa yang banyak tu pulak huhu berpeluh tiak nak ganti. Tak pe lah kan...sedikit-sedikit lelama jadi bukit.


13 comments on "YEHA ! SETTLE BAYAR FIDYAH DENGAN ZAKAT SELANGOR ON WHEEL "
  1. wah senang lah kalau ada macam ni, alhamdulillah sis dah bayar fidyah 😃

    ReplyDelete
  2. Terimakasih atas perkongsian. Semoga entry ni bermanfaat buat semua.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/lazada-1111-blogger-contest-biggest-one.html

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah legal Kan kalau dpt setelkan fidyah arwah semoga rohnya lebih tenang

    ReplyDelete
  4. Good sharing mummy.. Fuh klu bersalin time bulan posa mmg jenuh part nk gnti posa ni..

    ReplyDelete
  5. Ruby belum pernah terserempakk lagi dgn si wheel ni. Duk menetap kt selangor juga.

    Owh, tak boleh byr online. Baru tahu.

    Kiranya sehari tinggal puasa kena byr untuk secupak beras ke ya?

    Apa2 pun tq atas perkongsian 👍

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. bagus usaha zakat selangor nie.. kalau update lokasi mesti dapat sambutan..

    ReplyDelete
  7. Nadim prefer byr online je. Hihi. Senangg

    ReplyDelete
  8. wah senang lah lepas ni boleh buat online je,

    ReplyDelete
  9. Tq for sharing Linda.. bagus Linda n suami bayarkan fidyah untuk orang tua. Kak Sue pun ada juga nak bayar fidyah nie..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..Murni buat semua on9 dan pemotongan gaji berjadual

    ReplyDelete
  11. Senang sekarang ni semua online je kan kak

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com