11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ MAIWP Buka 7 Hari Seminggu

11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ Buka 7 Hari Seminggu -  Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Korang dah bayar Zakat ke? Korang suka bayar Zakat secara online atau datang sendiri ke Kaunter Zakat? Oh ya ! Sebelum cerita pasal bayar ZAKAT. Korang faham dah ke tentang ZAKAT tu apa? Zakat  ni, bukan sahaja sekadar rukun Islam tau. Zakat sebenarnya dapat menyucikan harta kita. Allah berfirman; "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (at-Tawbah : 103)


11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ Buka 7 Hari Seminggu -  Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Korang dah bayar Zakat ke? Korang suka bayar Zakat secara online atau datang sendiri ke Kaunter Zakat?, ZAKAT DAPAT REBAT CUKAI E-FILING LHDN,  PPZ PERKHIDMATAN KHAS PINTU KE PINTU @ DOOR TO DOOR SERVICES, JENIS-JENIS ZAKAT MELALUI PPZ MAIWP

11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ Buka 7 Hari Seminggu

Di hari Jumaat yang mulia ni. Mummy nak sharing is caring sedikit tentang ZAKAT. Sama-sama kita ingatkan. Mummy pun, baru je dapat gaji semalam. Hutang semua dah selesai bayar. Sekejap lagi, mummy nak bayar zakat pulak . Mummy suka bayar online je. Sebab senang dan mudah. Tapi, kalau tok mak dan tok abah bebudak ni, mereka suka bayar ZAKAT di kaunter. Mereka suka 'face to face' gitu !

Bagi yang suka bayar ZAKAT di kaunter macam tok mak dan tok abah. Berita baik buat korang.



11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ Buka 7 Hari Seminggu sepanjang Disember ini dai jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang terletak di Dataran Shamelin Perkasa, Plaza rah Kampung Baru, Masjid Negara, KLSC Wangsa Maju, Pudu Sentral, Presint 19, Presint 15, Masjid Al-Imam Al-Ghazali di Kepong, Anjung Niaga Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr. Ismail, Masjid Abdul Rahman Auf dan Jalan Puchong dari Labuan Times Square.

Kesemua kaunter tersebut akan beroperasi dari pukul 8.15 pagi sehingga 4.45 petang setiap hari. 

Tetapi, mulai 26 - 31 Disember 2018, waktu operasi dilanjutkan dari jam 8.15 pagi hingga 9.00 malam. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (al-Munafiqun : 9)


11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ Buka 7 Hari Seminggu -  Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Korang dah bayar Zakat ke? Korang suka bayar Zakat secara online atau datang sendiri ke Kaunter Zakat?, ZAKAT DAPAT REBAT CUKAI E-FILING LHDN,  PPZ PERKHIDMATAN KHAS PINTU KE PINTU @ DOOR TO DOOR SERVICES, JENIS-JENIS ZAKAT MELALUI PPZ MAIWP

ZAKAT DAPAT REBAT CUKAI E-FILING LHDN


Zakat ini bukan sahaja tanggungjawab terhadap diri sendiri. Malah, kerajaan juga turut support sistem ZAKAT dengan memberi REBAT CUKAI E-FILING LHDN. Exemption untuk ZAKAT ni sangat BEST sebab tak ada JUMLAH MAKSIMA atau capping amount. Berapa kita bayar, itulah yang kita dapat pengecualian atau di kenali dengan REBAT CUKAI E-FILING LHDN.

Dari korang bayar duit ke LHDN banyak-banyak tu, ada baiknya korang bayar ZAKAT. Betul tak? hehehe.

PERKHIDMATAN KHAS PINTU KE PINTU @ DOOR TO DOOR SERVICES


Selain itu PPZ turut menawarkan perkhidmatan khas ‘pintu ke pintu’ ATAU DOOR TO DOOR SERVICES untuk golongan yang berpendapatan RM5,000 dan ke atas. 

Hanya dengan menghubungi PPZ dan wakil PPZ, mereka akan ke rumah korang untuk mengutip dan mengeluarkan resit pembayaran zakat. Ya Allah mudahnya ZAKAT dengan PPZ MAIWP ni !



JENIS-JENIS ZAKAT MELALUI PPZ MAIWP

ZAKAT FITRAH dan ZAKAT PENDAPATAN dar gaji je koe boleh bayar dengan PPZ MAIWP ni? EH, bukan tu sahaja tau !

Ada banyak pembayaran ZAKAT yang boleh di bayar melalui PPZ MAIWP ini.

Apa jenis zakat yang boleh korang bayar melalui PPZ MAIWP?

Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat seperti Zakat Harta, Zakat Pendapatan, Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Zakat Perniagaan, Zakat Saham, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas dan Qadha Zakat.

Haaaa...banyak jenis zakat yang ada kan? Apa lagi...jom kita sucikan HARTA kita supaya lebih BERKAT.

Selanjutnya, korang boleh layari atau hubungi PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP di

☎1300885757



13 comments on "11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ MAIWP Buka 7 Hari Seminggu"
  1. Wah! Bayar zakat sekarang boleh dapat rebet utk cukai pendapatan e-filing 2019

    ReplyDelete
  2. rukun islam ke4 yang wajib di tunaikan bagi yang cukup syarat, macam-macam kaedah dilakukan oleh PPZ untuk memnudahkan urusan pembayar zakat ni kan Mommy :)

    ReplyDelete
  3. Dah takde alasan tak sempat bayar zakat kan kak.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah nak habis tahun ni semua patut dah bayar zakat jangan tangguh2 lagi...

    ReplyDelete
  5. orang muda cam kita ni, suka yang online..senang..yg veteran-veteran, suka face to face..kira bgus inisiatif PPZ Maiwp ni..memudahkan orang ramai yg nak bayar zakat...

    ReplyDelete
  6. Senang boleh bayar online je kan skg ni..

    ReplyDelete
  7. Bayar zakat mudah dh sekrang.. Boleh bayr online.. Takde alasn tak dpt byr zakat

    ReplyDelete
  8. Jom tunaikan kewajipan bayar zakat, sucikan harta sebelum masuk tahun baru

    ReplyDelete
  9. Sekarang dah banyak kajnter dibuka jntuk tunaikan zakat. Jadi tak ada alasan tak tunai zakat

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. semakin mudah nak bayar zakat..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com