Total Pageviews

AKHIRNYA DAPAT DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF DI KUIL UNTUK CHICKEN POX DAIM

AKHIRNYA DAPAT DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF DI KUIL UNTUK CHICKEN POX DAIM - Dah seminggu lebih Daim Naufal kena ChickenPox. Korang bol...

AKHIRNYA DAPAT DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF DI KUIL UNTUK CHICKEN POX DAIM - Dah seminggu lebih Daim Naufal kena ChickenPox. Korang boleh baca alternatif untuk mummy kurangkan gatal miang ChickenPox Daim di : 

AKHIRNYA DAPAT DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF DI KUIL UNTUK CHICKEN POX DAIM



Tok Mak memang bising pada mummy, sebab tak mencari lagi DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF ! Tok Mak kata, penyakit ni memang nak kena ada daun dia juga.

Allah, bukan tak nak cari 
DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF. Orang India memang pantang kalau kita ambil DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF depa selepas jam 5.30 petang. Mummy daddy balik pun dah Maghrib. Erm..weekend pulak, kami balik ke Kajang. Daddy pun kerap kerja hujung minggu. Mummy nak bawa bebudak tu pi amek DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF macam erm..sian pulak depa.

Sabtu lepas, mummy minta tolong Tok Mak tengokkan bebudak ni sekejap, mummy pi pos barang dan singgah ke Kuil Kg Melayu Subang. Memang seram juga pi kuil Hindu kan. Lelagi kes India dan kuil di USJ tu ha. Erm...demi anak, kuatkan semangat juga !

Mummy tunggu di kuil sehingga ada India datang nak sembahyang. Alhamdulillah rezeki mummy, ada India wanita 2 orang parking di hadapan kuil tersebut. Cepat-cepat mummy kejar mereka dan tanyakan cara nak minta 
DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF untuk ChickenPox Daim.

Wanita tersebut meminta mummy duit syiling dan balikkan ke pokok 
DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF. Terus, beliau petikkan DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF buat mummy !

AKHIRNYA DAPAT DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF DI KUIL UNTUK CHICKEN POX DAIM

3-4 hari ChickenPox

Seminggu lepas tu

DAUN MAMBU / SEMAMBU / NEEM LEAF tu buatkan air mandian Daim, buat bedak (pakai tepung beras, kunyit) dan gantung di dalam rumah. Syukur kering dah ChickenPox Daim ! Tinggal parut sahaja sekarang ni.


Daim selepas 1 minggu lebih !



You Might Also Like

6 comments

  1. Memang kalau pakai daun semambu akan cepat kering chicken pox tu...kesian Daim...tapi elok la kena masa kecik..at least takde kesan bila dah besar kan

    ReplyDelete
  2. alo siannya Daim. Kalau dekat memang dah tolong hantar dah daun mambu ni. Kat sini banyak ada, pokok pun besar-besar.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah nampak dah ok dah parut daim. dah ensem balik dah dia.. mencabar juga cari daun semambu ni ye

    ReplyDelete
  4. masa anak2 jue kena campak ni jue ambik daun bambu dekat jalan UPM.. kat situ banyak. heheheh

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah makin okay dah Daim tu..
    Tapi betul tu Mummy.. kalau orang-orang tua memang di suruh cari juga daun semambu tu walaupun dah ada yang versi sabun dan cecair mandian ini.. Daun tu lagi cepat kesan dia katanya..

    ReplyDelete
  6. Masa saya kena chicken pox kan kak daun ni mak mertua saya blend dengan beras buat macam bedak sejuk

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -

Labels

Dhia batrisya (391) blogger (382) 2018 (379) azlindaalin.com (352) dzal aidi fiqry (317) review (282) 2019 (216) resipi (148) travel (86) Daim Naufal (79) daddy (42) advertorial (36) Resipi 30 Hari Ramadhan (19) tutorial blog (11) Baby D (6) blogwalking (4) 2017 (2) 2020 (2)