Total Pageviews

Bila Daim Kena ChickenPox Apa Yang Boleh Dan Tak Boleh?

Bila Daim Kena ChickenPox Apa Yang Boleh Dan Tak Boleh? - Dah seminggu Daim Naufal kena ChickenPox. Khamis lepas, lepas mummy daddy balik...

Bila Daim Kena ChickenPox Apa Yang Boleh Dan Tak Boleh? - Dah seminggu Daim Naufal kena ChickenPox. Khamis lepas, lepas mummy daddy balik dari Big Bad Wolf. Mummy ternampak banyak biji-biji merah berair di badan dan muka Daim. Terus tanya tok mak, Daim kena campak ke. Mak kata oh mungkin ya, sebab baru ni ada sebiji besar di kepala tapi dah meletup. Ibu dia tu !

Bila Daim Kena ChickenPox Apa Yang Boleh Dan Tak Boleh? 



Apa lagi, terus mummy beritahu daddy dan malam tu juga lepas Maghrib bawa ke klinik. Doktor sahkan bahawa itu adalah ChickenPox. Huhu bertabahlah Daim ye ! Daim memang tak menampakkan dirinya sakit dan demam. Sebab tu, kami laki bini confuse juga ! Apatah lagi nak merengek 24 jam. Memang tak ada ! Merengeknya hanya nak susu, nak makan, nak sesuatu dan nak tidur je ! Mummy dah start google sana sini Bila Daim Kena ChickenPox Apa Yang Boleh Dan Tak Boleh? 


Ada banyak tips dan pantang larang ChickenPox ini, mummy ikut tips ChickenPox ini untuk membantu Daim supaya tidak terlalu rasa gatal je.

ChickenPox memang tak ada ubat, yang ada hanyalah prevention je . Sebelum jumpa mandian yang sesuai untuk Daim dan daun semambu. Mummy mandiakan Daim dengan air kunyit serta sedikit garam. Untuk elakkan badan Daim rasa miang dan kunyit tu pula untk nyahkan kuman.

Air kelapa? Mummy ada bagi 2 hari berturut-turut bagi Daim minum. Sebab tu nampak cepat je ChickenPox tu keluar. Air kelapa tu, amek depan rumah tok dia. Senang ! Jimat banyak haha.




Krim anti-viral Acyclovir Stada dari doktor. Memang seusai untuk umur baby Daim yang dah cecah 17 bulan ni. Pakai krim anti-viral beberapa hari, sekejap je dah habis.  Haha jangan cakap mummy bagi Daim makan tau ! Tu nak bunuh anak namanya hehehe.

5gm je krim tu, manalah tak cepat habis weiiii.

Pi Caring pharmacy CITTA Mall, beli 1 lagi krim anti viral ni. Nasib stok ada. 

Harga krim anti viral kat Caring Pharmacy untuk ChickenPocx ni dalam RM18++


Mummy ni ada peel yang tak berapa senonoh sket, kalau dah masuk satu kedai tu. Memang TAK PERNAH beli satu barang !

Mintak pulak krim lain untuk gatal dan parut selepas ChickenPox. Ahli farmasi mencadangkan krim
 Dermalex Baby Eczema. Ianya bukan untuk Eczema sahaja. Sesuai untuk itching (gatal), rednes (kemerahan) dan irritated skin. Krim ini, tak ada steroid. Umur Daim tu, tak elok bubuh banyak benda yang ada steroid katanya.

So, beli jugak lah ! Harga? Allahhu lupa pulak harga Dermalex Baby Eczema ni. Rasanya dalam Rm30++ kot

Sementara tunggu Herbal Blend Shaklee, kebetulan krim Herbal Blend tu habis pulak. Dah ...nak kene order online pulak. Herbal Blend tu, murah lagilah kan harga dia, sebab mummy member Shaklee since 2012. Dah 6 tahun bersama Shaklee. Cuma, tak berapa nak expose sangat Shaklee kat blog ni. Kita expose Shaklee kat tempat lain je hehe.




Mandian untuk Daim Naufal ketika Chicken Pox, sabun biasa tu, boleh bagi duble triple miang dan gatal kulit baby Daim. So, kawan blogegr mummy Syafiera dan Farah Waheeda mencadangkan mummy gunakan cleansing gel PINETARSOL GEL ni. 

Ahli faramsi pun cakap bagus untuk kurangkan rasa gatal dan miang kulit Daim. Bahannya juga semulajadi dari daun semambu katanya. Mummy pun beli juga satu demi ChickenPox Daim Naufal !. 

Harga Pinetarsol Gel ini dalam tak sampai RM20 rasanya. Banyak betul mummy shopping kat Caring Pharmacy. Bukan ubat je, hadiah birthday bos, hadiah Krismas untuk bos. Semua kasik shopping kat Caring haha. Nasib baik, staff Caring bagi mummy shopping bag dan 2 buah Kalendar secara PERCUMA !

Berbalik pada Pinetarsol ni. Pinetarsol gel ini, mummy pakaikan secara lumur di badan Daim (selepas badannya dibasahkan). Selepas 1-2 minit bilas ! Baunya memang bau herba. Tak wangi pun ! Kata nak jadikan ubat. Takkan nak wangi juga,kan ! hehehe

So, di atas ni tips untuk prevent miang dan gatal dari ChickenPox. Apa pula pantang larang ChickenPox ini ye !

Pantang larang semasa terkena Chicken Pox?

Mengikut petua orang lama, chicken pox ni penyakit orang kaya. Manja ! Sebab tu, ada pantang larangnya seperti :-

a) Jangan kene hujan
b) Jangan makan seafood, daging dan ayam
c) Jangan menumis dalam rumah
d) Jangan bergaduh atau memarahi orang yang terkena chicken pox.
e)Jangan makan makanan bergoreng atau berminyak. (KICAP jangan dimakan nanti parut jadi hitam)
f) Jangan menggaru, kalu gatal tahan je la. Tapi Daim siap garu dan kopek lagi ! Aduiii seriau mummy kau, dik !

Alhamdulilah syukur, Daim dah dalam healing process, memang anak mummy hat ni kuat sket. Tak meragam 24 jam. 

Cuma dia tukar waktu tidur je lah ! Bagun kul 11 malam dan berjaga hingga 3 pagi hahaha. 

Masak mak pak kau !

You Might Also Like

6 comments

  1. haha..part berjaga sampai pukul 3pg tu, bertabah je la mak pak yea...get well soon, daim...

    ReplyDelete
  2. good tips linda. kalau anak chicken box boleh refer sini

    ReplyDelete
  3. Rania pernah kena chicken pox masa sekolah rendah

    ReplyDelete
  4. Rabia pernah kena chicken pox masa sekolah rendah

    ReplyDelete
  5. Nice sharing mummy terutama sekali pasal Dermalex Baby Eczema yang tak ada steroid dan juga mandian menggunakan daun semambu tu.. Sha dulu pakai sabun mambu jenis ketul..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian info yang snagat berguna ni.. boleh dibuat rujukan nanti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -

Labels

Dhia batrisya (389) 2018 (381) blogger (381) azlindaalin.com (352) dzal aidi fiqry (313) review (282) 2019 (147) resipi (146) travel (84) Daim Naufal (73) daddy (41) advertorial (36) Resipi 30 Hari Ramadhan (19) tutorial blog (11) Baby D (6) blogwalking (4) 2017 (2) 2020 (2)