Huggies Dry Pants Diapers Yang Jimat dan Paling Selesa

Huggies Dry Pants Diapers Yang Jimat dan Paling Selesa - Zaman dedulu korang pakai lampin pakai buang (diapers) atau lampin yang kena basuh tu? Zaman mummy, mummy pakai lampin yang basuh dan guna balik setelah kering. Lampin pakai buang masa tu, tak ramai yang pakai. Sangat berbeza dengan zaman sekarang ni. Lampin pakai buang lagi famous berbanding kain lampin yang boleh basuh dan pakai balik. 

Huggies Dry Pants Diapers Yang Jimat dan Paling Selesa









Huggies Dry Pants Diapers Yang Jimat dan Paling Selesa adalah pilihan mummy untuk anak-anak ! Bila bercerita tentang lampin pakai buang,ni. Memang harganya tak semurah kain lampin yang boleh di basuh. Bila mummy buat kira-kira dari segi tenaga dan masa. Mummy memilih untuk lampin pakai buang je !

Dan pilihan mummy untuk lampin pakai buang (diapers) semestinya Huggies Dry Pants !

Kenapa Patut Memilih Huggies Dry Pants Diapers 



Kalau korang tanya mummy, kenapa mummy memilih Huggies Dry Pants Diapers. Selain ianya jimatkan masa dan tenaga mummy, ada 5 sebab lain mummy memilih Huggies Dry Pants untuk anak mummy.

5 Kelebihan Huggies Dry Pants



Antara 5 Kelebihan Huggies Dry Pants yang mummy suka adalah :-



Pantas Menyerap Dengan 1000 Lubang Mikro
Huggies Dry Pants ini mempunyai 1000 Lubang Mikro Pantas Serap di mana ianya mampu mempercepatkan penyerapan dan menjadikan kulit baby Daim Naufal sentiasa kering.



Video demo di atas memaparkan ujian kepantasan kuasa penyerapan di antara Huggies Dry Pants dan lampin pakai buang jenama lain di pasaran sebagai bukti.



5 Tempat Keselesaan
Mummy tengok baby Daim Nafal pakai Huggies Dry Pants ni selesa sangat. Rupanya, Huggies Dry Pants ini ada 5 kawasan tumpuan keselesaan iaitu di kawasan perut, belakang, kedua-dua belah kaki (peha) dan kelangkang baby Daim Naufal.

Boleh Menyerap Kebasahan Sehingga 10 jam
Kalau dah pakaikan Huggies Dry Pants ini, mummy tak perlu beli stok lampin pakai buang untuk siang dan malam secara asing. Sebab Huggies Dry Pants ini dah boleh pakai untuk waktu malam juga. Kenapa? Kerana Huggies Dry Pants ini boleh emnyerap kebasahan sehingga 10 jam lamanya.

100% Bernafas (Breathable) 
Dengan Huggies Dry Pants ni mummy tak risau kulit baby Daim Naufal kena ruam. Dan sehingga sekarang tiada ruam pun ! Sebab Huggies Dry Pants mempunyai pengudaraan yang bagus membolehkan kulit baby Daim Naufal 100% bernafas !

Mengunci Dari Kebocoran
Huggies Dry Pants berbentuk U ini dapat mengunci kebocoran air kencing baby Daim Naufal dan mengelakkan kebocoran air kencing terkeluar sehingga ke kaki.

Berbaloi rasanya belikan Huggies Dry Pants ini buat baby Daim Naufal. Selain jimat dan selsesa ianya juga dapat menjaga kulit baby Daim Naufal !



Sejak baby Daim Naufal pandai berjalan, berlari memang lampin pakai buang berbentuk seluar ini pilihan mummy. Sambil berlari dan berjalan pun boleh pakaikan baby Daim Naufal dengan Huggies Dry Pants !

Nak buka pun mudah je, koyakkan sahaja di bahagian tepi Huggies Dry Pants tersebut !



Cara pemilihan saiz yang betul, korang boleh tengok di atas ni. Atau di bungkusan Huggies Dry Pants pun ada juga ! Untuk saiz Daim 8 kg lebih tu masih boleh lagi pakai M. Tapi, risau Daim tak selesa pulak. Maka kami memilih saiz L .

Harga Huggies Dry Pants

Ha..mesti korang tertunggu-tunggu mummy beritahu harga Huggies Dry Pants ni,kan? Harganya dari RM9.33 ( 10 pcs - XL) sehingga RM148.90 untuk saiz L 20 pcs (50 x pek).

Selalunya, mummy suka beli Huggies Dry Pants saiz jumbo pek L 50 pcs dalam RM29.95. Murah,kan?

Korang kalau nak murah atau nak tengok harga Huggies Dry Pants ni, korang boleh beli di : http://bit.ly/2LgcBwt



12 comments on "Huggies Dry Pants Diapers Yang Jimat dan Paling Selesa"
  1. Huggies memang terbaik..ramai ibu2 pilih huggies

    ReplyDelete
  2. Dulu sebelum aneeq free diaper pun dia pakai huggies. sekarang ni nak tunggu baby baru besar sikit baru nak cuba

    ReplyDelete
  3. Bagus betul huggies dengan teknologi baru ni, anak-anak mesti lagi selesa dan bebas dari masalah ruam

    ReplyDelete
  4. Wah cpt betul meresap.. Sangat selesa cmni.. Terbaikk huggies! 👍👍👍

    ReplyDelete
  5. Terbaik lah Huggies. Cepat menyerap dan kulit kekal kering.

    ReplyDelete
  6. Antara yang termurah dan mampu milik.. Kualiti pun setanding yang mahal juga kan..

    ReplyDelete
  7. value for money, selesa dan anak pun boleh bermain lebih lama dan tidur lebih lena

    ReplyDelete
  8. Pernh pkaikn anak.. Mmg bgus huggies ni.. Tak sangka dia serap cepat mcm tu erk

    ReplyDelete
  9. Senang kalau yang jenis pants nie.. smabil dia berlari pun boleh nak pakaikan..

    ReplyDelete
  10. good sharing, mummy...tak baper paham sangat pasal pampers ni..hihi

    ReplyDelete
  11. diaper syafi masa kecit mmg puas hati pakai huggies

    ReplyDelete
  12. harga setanding dengan kualiti! berbaloi kan.. bagus Huggies ni. yang penting, keselesaan anak kan :)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com