Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga!

Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga ! - Siapa dah tengok movie  Ralph Bre...

Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga! - Siapa dah tengok movie Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 ? Best tak? Bagi mummy best sangatlah ! Sebab  bukan sahaja anak-anak seronok. Tapi mummy pun dapat banyak info berguna dalam movie Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2.

Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga! 



Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga!


Anak-anak paling excited sebab doang dah tengok trailer kat YouTube. Amboi..kemahen advance korang ni, tau ! 


Mummy pun tak tengok trailer ni awal-awal. Bila tengok schedule minggu ni mummy daddy FREE. Baru mummy godek website TGV apa cerita kartun yang available. Lepas dapat tahu Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 ada di family friendly hall TGV. BArulah...mummy tengok trailer Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 .

Mummy jugak ketinggalan hahaha.



Bila tanya mereka, okay ke cerita ni. memasing dah start kecoh bercerita pasal trailer Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 , gamat !

So, tandanya setujulah kan nak tengok movie Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 




Senang amek hall TGV FAMILY FRIENDLY. Ko nak melalak, berlari naik turun tangga, nak tukar pempes ke..semua di benarkan. Tapi, anak kami dah di biasakan menonton wayang..dah behave dah sekarang.

Hall pun tak berapa gelab dan terlalu kuat sangat (bukan volume slow..rasanya volume macam biasa je).




Memula je lah, Daim macam takut sket, ni memang drama punya orang pun hehe. Movie yang ketiga buat Daim Naufal. Cayalah dik ! Champions berbanding kaka dan abangnya !

Tapi, alhamdulillah tak ragam dan nangis pun ! Peluk, susu dan tidur akhirnya hehe




Mummy booking online je..sebab takut seat abes, kami prefer couple seat, senang duduk rerapat dengan anak-anak hehe. Rerapat dengan laki tunggu movie date berdua je ! (hat ni kena amek cuti kot hahahaha)

SINOPSIS Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga! 



Jom kita tengok pulak sinopsis Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 . Movie Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 adalah filem ber GENRE yang bersifat Adventure / Animation / Comedy yang berdurasi selama 120 minit.

Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 telah di lakonkan dan wataknya dari 
John C. Reilly, Sarah Silverman, Jack McBrayer, Jane Lynch, Gal Gadot

Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2 di mana hero dan heroinnya Ralph dan Vanellope (bukan manusia, tapi watak dalam games) misi mencari stereng kereta untuk video games Sugar Rush (dalam kotak yang macam di shopping mall). Vanellope adalah racers dalam games tersebut.

Kawan-kawannya mencadangkan Ralph dan Vanellope dapatkan stereng tersebut di E-Bay. Maka, mereka berdua masuk ke dunia internet mencari e-bay.

Mereka berdua teroka dunia internet, masuk 'bid' di e-bay. Pertama kali mereka melihat 'bid' maka mereka pun berlawan 'bid' sesama sendiri ! Akibat dari kemenangan main 'bid' sahaja.

E-bay meminta mereka kena bayar stereng kereta itu dalam masa 24 jam. Terkedu terus depa. hahaha Haamek ! Sapa suruh main 'bid' !

Ralph dan Vanellope mencari usahawan bernama "Yesss" di mana beliau adalah pakar dalam algoritma dalam BuzzzTube. Misi mencari $27K bermula di BuzzzTube.

Part BuzzzTube mummy suka sebab ada tips macam mana nak trendingkan video, macamana nak jana income dari BuzzzTube. Ini semua mengingatkan mummy kepada Google Adsense hahaha ! Dasar Blogger !

Sepanjang pencarian duit melalui BuzzzTube. Banyak adegan best-best yang mereka lalui seperti 
bertemu dengan sekumpulan puteri-puteri magis Disney termasuk Elsa, Cinderella, Snow White, Jasmine dan Moana.

Ini pertama kali penampakan puteri-puteri Disney yang seramai ini dalam satu-satu filem animasi. Vanellope kemudian berkata kepada mereka, “I’m a princess too! (saya pun puteri juga!)”.

Dia akhirnya serasi bersama puteri-puteri tersebut dengan ikatan feminisme, dilengkapi dengan Belle, Tiana, Mulan, Rapunzel, Ariel dan Pocahantas yang terkenal dengan sifat berdikari dan kuat semangat.

Pengembaraan alam maya mereka juga menyaksikan kameo-kameo daripada watak-watak Disney yang lain seperti Storm Troopers yang mewakili Stars Wars dan Iron Man yang mewakili Marvel Universe. Sementara Eeyore dari Winnie the Pooh juga sempat membuat penampilan sekilas dengan begitu comel sekali.

Dalam masa yang sama, nilai persahabatan mereka di uji. Setelah Vanellope berjumpa dengan rakan racers baru di medium internet. Beliau merasakan games di internet lebih hebat dari video games di dalam Sugar Rush.

Ralph agak marah sebab misi utama mereka ke dunia internet adalah untuk mencari stereng kereta Sugar Rush. Berjayakan persahabatan mereka ini pulih? Adakah Vanellope tinggal di internet atau kembali di video games Sugar Rush nya?

Kalau nak tahu, korang kena tonton ASAP movie ni. Secara keseluruhan memang berbaloi dapat tengok sekeluarga ! 5* mummy bagi !

You Might Also Like

8 comments

  1. wahhhh menarik jugak cerita ni bila baca sinopsis. dah lama xtgk wyg.. beest tgk citer ni bwk anak.

    ReplyDelete
  2. Best! kami pun dah tengok. Part kelakar yang masa nak last2 tuh...time si Ralph nak jatuh dari tempat tinggi lepas visur dipulihkan. Boleh pulak semua princess tuh buat baju kat si Ralph...sedih pun ada juga. Pendek kata..memang anak2 dan mak pak pun suka.

    ReplyDelete
  3. adik ipar pun dah tengok movie ni..kata dia best...akak tak minat sgt kartun2 ni tapi kalau en.asben ajak, on je..

    ReplyDelete
  4. tengah tunggu EE free nak tengok jugak ralph ke dua ne. Sebab yang 1st dah tengok bestttttt

    ReplyDelete
  5. lama tk bw ank tgk wyg ni...bole la try tgk cite ni

    ReplyDelete
  6. mencabar juga kalau baca anak² tgk wyg..lagi² klu yg first time tu kan...
    nasib baik anak² akk dah biasa..

    ReplyDelete
  7. Sesekali layan karton best juga... mesti ketawa terbahak-bahak hilang stress... nak pi lah nanti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -