Total Pageviews

5 SEBAB KENAPA BUKA PUASA BUFET RAMADAN DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM BEST!

5 SEBAB KENAPA BUKA PUASA BUFET RAMADAN DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM BEST!  - Lebih kurang sebulan lebih lagi kita nak bertemu dengan...

5 SEBAB KENAPA BUKA PUASA BUFET RAMADAN DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM BEST!  - Lebih kurang sebulan lebih lagi kita nak bertemu dengan bulan Ramadan ! Bulan Ramadan ini biasanya terkenal dengan bulan makan-makan terutama sekali program buka puasa. Tak kiralah berbuka dengan keluarga , program berbuka puasa anjuran klien, berbuka puasa bersama rakan sekerja atau kawan-kawan ! 

5 SEBAB KENAPA BUKA PUASA BUFET RAMADAN DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM BEST!





5 SEBAB KENAPA BUKA PUASA BUFET RAMADAN DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM BEST? Orang Shah Alam atau seitar Shah Alam yang tercari-cari tempat buka puasa memang mummy akan cadangkan ke GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM. Sebabnya..

TEMPAT STRATEGIK DAN SANTAI



Ramadan kali ini, tema untuk buka puasa di Grand BlueWave Hotel Shah Alam ialah WARNA WARNI RAMADAN 1440H. Kalau korang nak tahu hotel ini merupakan hotel paling strategik dan santai. Terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam, antara lokasi yang mudah di temui !

Restorang Royale Songket pula, sangat santai. Nak borak-borak sambil makan pun selesa tau !

HALAL FRIENDLY HOTEL



Grand BlueWave Hotel Shah Alam ini merupakan HALAL FRIENDLY HOTEL. Jadinya, bab HALAL ni tak payah di ragui dah ! Makan je dengan tenang waktu buka puasa tu ye hehehe.



HARGA SERENDAH RM75++




Harga untuk BUFET WARNA WARNI RAMADAN 1440H ni serendah RM75++ haaaa.. murah bangat ni, kan ! Tapi..tapi..

Ha..ada tapinya...Korang kena booking sebelum 1 April 2019 ye ! Pembayaran lepas 1 April harga akan kembali ke harga tinggi sedikit. Sedikit je lah !


LEBIH 100 HIDANGAN MALAYSIA KINI DAN ALA KAMPUNG

Sempena Ramadan yang bakal tiba tahun ini, Grand Bluewave Hotel Shah Alam (GBWHSA) mengalu-alukan semua tetamu untuk berbuka puasa di Bufet Ramadan kami yang penuh warna, iaitu Warna Warni Ramadan 1440H. Berkonsepkan ‘Bazar Malaysia Kini’ dan ‘Ala Kampung’, chef-chef kami menyediakan pelbagai menu juadah Malaysia serta pilihan menu antarabangsa.






Terdapat lebih 100 jenis pilihan menu yang berbeza di bufet iftar ini. Antaranya, masakan negeri tempatan, masakan hidangan utama seperti nasi pakistan, nasi putih, nasi kabuli, daging tetel asam pedas, sambal tempe berlada dengan jering, ikan masam manis, daging salai, ayam panggang, pasta, pizza hawaian, stew kambing dan pelbagai pilihan lain. Selain itu, gerai berkonsepkan bazar turut diletakkan di sekeliling lobi hotel yang mengetengahkan tema tertentu seperti gerai briyani, gerai  masakan India, gerai Tandoori, gerai Masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, gerai Itali, gerai ‘grill and carving’ serta Cita Rasa Negeri.

Di gerai ‘grill and carving’,  tetamu boleh mencuba masakan seperti kambing, daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti sos lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap.  












Tetamu juga boleh mencuba masakan di gerai ‘Cita Rasa Negeri’ di mana kami menyediakan pelbagai hidangan yang berasal dari negeri-negeri di Malaysia dan menariknya, jenis hidangan ini akan berubah setiap minggu. Antara masakan yang disediakan adalah mee udang (Perak), Laksa Sarawak (Sarawak) Lontong dan Rendang Cili Padi (Johor & Negeri Sembilan), Laksa Penang (Pulau Pinang), Mee Kari Nyonya (Melaka), Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu) dan bermacam-macam lagi.

Mengikuti trend media sosial, tumpuan buffet Ramadan kali ini ialah menu ‘Viral’ yang hangat diperkatakan dalam dunia media social seperti Burger Cheese Meleleh, Char Kuey Teow Keju, Shellout Kamyong Style, Kepak Ayam Goreng Pedas dengan Keju dan Roti John Titiwangsa.








Selain daripada suasana bazar yang pastinya menaikkan selera, tetamu semestinya harus mencuba aneka pilihan pemanis mulut untuk melengkapkan keseronokan berbuka puasa. Antara pilihannya termasuklah ais kacang, kek keju marmar, kek coklat basah, kek lobak, brownies coklat, aneka jenis kuih Melayu & kuih raya, puding tembikai susu, bubur pulut hitam, koktel buah, tapai pulut, dodol, serawa pisang, roti pisang, puding mentega, sago gula Melaka dan banyak lagi. 



KEMUDAHAN PARKING, SURAU, TANDAS



Buffet “Warna Warni Ramadan 1440H” disediakan setiap hari pada jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019. 


HARGA BUFET WARNA WARNI RAMADAN 1440H 


Harga bermula daripada RM138.00+ setiap orang bagi dewasa dan RM 70.00+ setiap orang bagi kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harganya ialah RM148.00+ bagi 1 dewasa dan 1 kanak-kanak.

Potongan harga istimewa bagi tempahan awal dan pembayaran sebelum 1 Ramadan (6 Mei 2019), dengan harga RM95.00+ bagi 10 orang dan ke atas manakala RM100.00+ untuk 9 orang dan ke bawah.

Untuk tempahan majlis berbuka di dewan bankuet, harga ditawarkan ialah bermula dari RM75.00+ dengan minimum 100 orang. Promosi ini khas untuk syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup di dewan bankuet yang berada di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu juga dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam kami di Surau kami. Pada bulan mulia ini juga, GBWHSA akan menjalankan projek amal bagi anak-anak yatim

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran di talian 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 ataupun menghantar email dosm@bluewavehotels.com




You Might Also Like

9 comments

  1. mak aii..sdap2 menu dia..:)

    ReplyDelete
  2. wah ada laksa sarang & shellout tu..sedapnya..tk dpt pi aritu tk sihat

    ReplyDelete
  3. Fuhh...macam-macam ada. Bestnya..

    ReplyDelete
  4. Wah.. shellout kampung style pun ada.. ohsem..

    ReplyDelete
  5. Hotel Bluewave Shah Alam nie memang setiap tahun banyak pilihan menu kan.. semua sedap-sedap belaka..

    ReplyDelete
  6. semua meeting requirement mmg boleh consider ni

    ReplyDelete
  7. Menu semua menarik ya kak. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  8. Alahai...bestnya semua....makanan tu semua buat akak lapar la...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -

Labels

Dhia batrisya (392) blogger (382) 2018 (379) azlindaalin.com (352) dzal aidi fiqry (318) review (282) 2019 (243) resipi (148) travel (87) Daim Naufal (81) daddy (42) advertorial (36) Resipi 30 Hari Ramadhan (19) tutorial blog (11) Baby D (6) blogwalking (4) 2017 (2) 2020 (2)