AKTIVITI ANAK-ANAK MEMBASUH BAJU DI TADIKA

AKTIVITI ANAK-ANAK MEMBASUH BAJU DI TADIKA - Tabika KEMAS anak-anak kami, untuk tahun ni ada macam-macam aktiviti. Kekadang tu, mummy pun sampai lupa nak bekalkan kelengkapan untuk aktiviti sekolah Dhia dan Dzal tu ha. Aktiviti anak-anak kami minggu lepas ialah belajar membasuh baju. Ibu bapa memasing kena bekalkan 1 baju/ seluar / tuala dan berus untuk membasuh.

Minggu lepas.. memang mummy busy yakmat, berderet meeting, dengan buka booth, siapkan tempat untuk open booth. Memang nak nangis rasanya lah ! Sampai Whatsapp sekolah pun, mummy tak nampak pun yang cikgu minta ibu bapa bekalkan barangan tu semua.

AKTIVITI ANAK-ANAK MEMBASUH BAJU DI TADIKA



AKTIVITI ANAK-ANAK MEMBASUH BAJU DI TADIKA

Tup tup, sampai sekolah, masa mummy anta Dhia dan Dzal ke sekolah. Mummy pelik, kenapa semua pelajar bawa some thing.Terus mummy tanyakan pada cikgu. Cikgu kata, ada program membasuh baju. Semalam cikgu whatsapp. 

Ya Allah ! Mummy betul-betul tak nampak pun. Padahal, group sekolah memang mummy akan alert !

Oleh kerana mummy rushing meeting di KL, memang tak boleh singgah kedai dan patah balik rumah.

Mummy call daddy untuk daddy carikan bebarang tu semua dan bawakan ke sekolah. Nasib baik daddy boleh keluar sekejap ! Thanks a alot daddy !

AKTIVITI ANAK-ANAK MEMBASUH BAJU DI TADIKA

Berus ...jangan tak berus ye ! Aktiviti main air, pastinya bebudak ini semua suka ! Dzal ni, berkawan dengan perempuan aje hehehe kiri kanan perempuan !

AKTIVITI ANAK-ANAK MEMBASUH BAJU DI TADIKA

Kusyuk memasing..kalau mummy tahu dari awal. Boleh bawa sebakul baju kotor kat rumah tu ha. Hehehe minta dorang tolong basuhkan terus.

Bila ada aktiviti macam ni. Teringat drama melayu dedulu. Semua mak-mak pi sungai basuh baju beramai-ramai. Syiok !

AKTIVITI ANAK-ANAK MEMBASUH BAJU DI TADIKA

Aktiviti sebegini adalah untuk melembutkan otot tangan, kaki kanak-kanak. Anak-anak juga akan rasa seronok ke sekolah kerana ada banyak aktiviti dengan kawan-kawan.

Tapi, memang betul pun, kalau cuti sekolah lama sket. Mulalah bebudak ni ckap bosannya duduk rumah. Rindu nak pergi sekolah !

Ponteng sekolah pun dorang tak pernah nak sebut hehe.

Aktiviti minggu ini, setiap pelajar kena bawa buah-bahan (tak boleh sama dengan kawan-kawan). Mummy dah beli sesiap rehat tadi, Dhia bawa jambu air dan Dzal akan bawa kendondong.

Yes ! Kali ini, mummy tak lupa dah !
13 comments on "AKTIVITI ANAK-ANAK MEMBASUH BAJU DI TADIKA"
  1. comel tgk diorang basuh baju..

    ReplyDelete
  2. Wah ada aktiviti membasuh baju. Ni kalau syafi mesti dia suka ni kak sebab boleh main air.

    ReplyDelete
  3. Bagus ada aktiviti macam ni.

    ReplyDelete
  4. Wah best sekarang Kemas buat macam-macam aktiviti ya Linda..

    ReplyDelete
  5. Unik nya aktiviti macam ni.. Baru seronok nak ke sekolah

    ReplyDelete
  6. Wah.. seronoknya.. Bagus sekolah sekarang.. Macam-macam aktiviti dibuat supaya anak-anak dapat belajar dengan seronok..

    ReplyDelete
  7. bagusnya tadika KEMAS sekarang, kita plan nak hantar ank masuk KEMAS tahun depan.

    ReplyDelete
  8. bagusnya. sudah diasuh diperingkat tadika lagi.

    ReplyDelete
  9. Bagus cikgu buat aktiviti macam ni. Anak anak belajar basuh baju sendiri

    ReplyDelete
  10. Bagusnya ada xtiviti camni.. Idak la bebudak ni bosan pi sekolah.. Ada xtiviti yg bukan duk je kat tmpt memasing..

    ReplyDelete
  11. Bagus..seawal usia diajar berdikari...first time tgok aktiviti macam ni kat tadika..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com