OFFICIALLY ANAK-ANAK MASUK KELAS MENGAJI !

OFFICIALLY ANAK-ANAK MASUK KELAS MENGAJI ! - Jenuh betul mencari tempat mengaji anak-anak. Dhia tu lah terlalu memilih sangat. Masa umur Dhia 4 tahun aritu nak anta mengaji dengan 1 ustaz ini. Dhia tak nak pulak, takut katanya dengan ustaz tu sebab dok pegang rotan 24jam. Setahun jugak lah, tak nak pergi mengaji di mana-mana.

OFFICIALLY ANAK-ANAK MASUK KELAS MENGAJI !

Di rumah boleh la ajar sedikit-sedikit tapi, baiasalah kan...mengaji kat rumah banyak culas-culas. Balik kerja pun hampir Maghrib dah. Nak mandi, uruskan rumah, uruskan kerja sekolah anak,kang mummy nak susukan adik, nak tidurkan adik. Tengok jam...selalunya dah 12 tengah malam huhu.


OFFICIALLY ANAK-ANAK MASUK KELAS MENGAJI !

OFFICIALLY ANAK-ANAK MASUK KELAS MENGAJI !

Memang nekad dengan daddy, macam mana pun tahun ini..mesti masukkan anak-anak kelas mengaji. 

OFFICIALLY ANAK-ANAK MASUK KELAS MENGAJI !

Alhamdulillah dah jumpa dengan jiran mak (tok mak bebudak ni), Isnin (minggu ni) OFFICIALLY ANAK-ANAK MASUK KELAS MENGAJI ! Kelas mengaji depa ini, mummy akan hantar lepas balik kerja. Kiranya sampai je rumah. Terus mummy akan hantar anak mengaji dulu !

Kelas mengaji depa setiap hari Isnin hingga Khamis. Manakala kelas Taekwando pulak hari Jumaat.

OFFICIALLY ANAK-ANAK MASUK KELAS MENGAJI !

Mulai tahun ini, mummy agak busy dengan aktiviti anak-anak. Maaf jika ada yang nak jumpa lepas waktu kerja tu. Memang mummy tak boleh commit ye ! Segala mak nenek event pun sangat terhad untuk masa sekarang.

Soooo..anda rasa, saya ada masa untuk sakit kepala? hihihihi

Okaylah, Walau busy mana pun, blog mummy tak akan lupakan. Sehari tak menulis kat blog. Boleh panas bontot tau ! Hehehe.
12 comments on "OFFICIALLY ANAK-ANAK MASUK KELAS MENGAJI !"
  1. alhamdulillah...bagus hantar awal² ni..bila anak dah semakin membesar ni kan, fokus untuk mereka lebih banyak.Aktiviti pun bertambah la kan...itu belum masuk tuisyen lagi tu

    ReplyDelete
  2. Beza ajar sendiri dengar hantar mengaji dengan orang. Good luck Dhia dan Dzal

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Baguslah dah jumpa kelas mengaji untuk anak-anak. Lebih baik anta pada ustaz/ustazah. Boleh ajar tajwid nye sekali..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah jumpa yang serasi. syafi ngaji ngan atuk dia je walau 24 jam berotan.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.....
    Seimbang dunia dan akhirat..Amin...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...

    anak saya yang masih kecil mengaji selepas maghrib..

    belajar sedikit demi sedikit kerana anak saya yang bongsu low pickup dalam hal tersebut

    ReplyDelete
  7. Teringat belajar mengaji masa kecik- kecik dulu...semau kena seimbang sekarang kan...

    ReplyDelete
  8. Wah.. comelnya dhia berbaju pink.. semoga dipermudahkan semua urusan dan perancangan mummy buat anak-anak.. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. dhia takut la bila nmpk rotan tu..okla yg br ni tkde la die takut kn

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan pembelajaran mereka..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. tahniah sayang2 semua

    ReplyDelete
  12. Alhamdullilah.. bagus hantar anak mengaji awal-awal nie Linda.. tahniah Linda, suami n anak-anak..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com