UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL 2019 BEST KE TIDAK?

UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL 2019 BEST KE TIDAK? - Cerita animasi si kembar Upin Ipin merupakan filem animasi yang sentiasa di tunggu-tunggu oleh anak-anak kami. Upin Ipin Keris Siamang Tunggal 2019 telah berada di pawagam mulai 21 Mac 2019. Dan, Sabtu baru-baru ni, mummy terus menunaikan hajat anak-anak kami untuk menonton filem animasi si kembar Upin Ipin Keris Siamang Tunggal di MBO Bukit Jelutong. UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL 2019 BEST KE TIDAK? Ha.. Korang mesti nak tahu bab ni,kan. Tiket wayang bukannya murah, kalau cerita hambar. Tak ke rugi pula nanti . 

UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL 2019 BEST KE TIDAK?



Sebelum mummy ulas tentang UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL 2019 BEST KE TIDAK? Mummy story mory dulu lah tentang teaser sinopsis UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL ni ya. 

SINOPSIS UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL 2019



Sinopsis UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL 2019. Filem ini berkisahkan si kembar Upin Ipin dan kawan-kawan mereka memasuki ke bilik stok atuknya. Sewaktu di dalam stor tersebut, mereka menjumpai keris dan dalam sekelip mata. Mereka terus di bawa memasuki ke dunia lain. Iaitu di suatu tempat yang di kenali sebagai Inderaloka. 


Gambar dari IG @upinipinofficial 

Ketika di Inderaloka, mummy teruja dengan plot cerita ini. Kerana apa? Kerana banyak relate dengan cerita hikayat seperti Nakhoda Ragam, Raja Bersiong yang menakluki Inderaloka  

Kalau korang nak tahu, Nakhoda ragam ni adalah suami kepada Puteri Gunung Ledang. 


Bukan itu sahaja, terdapat juga watak bawang merah, bawang putih, nujum pak belalang, mat jenin, batu belah batu bertangkup. 





Apa kaitan watak hikayat dalam Upin Ipin? Apa fungsi keris tersebut? Bab tu, korang kena pi tengok sendiri lah ye. 

Apa pun, jalan cerita menarik sangat!! Jalan cerita yang santai, direct, tidak membosankan, malah grafik, bunyi dan lagu sangat smooth serta di penuhi dengan mesej positif.

Anak-anak mudah faham perjalanan cerita ini dan secara tak langsung terus ketahui tentang cerita hikayat.

Untuk mummy pula..ada juga part yamg menyentuh perasan. Dalam tak sedar mengalir air mata dalam panggung wayang tu ha. Hehe biasalahkan, mummy hati tisu. 

So.... UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL 2019 BEST KE TIDAK? 

Mummy bagi 5/5 bintang! Memang best UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL KALI NI.. Setanding dengan filem antarabangsa! No wonder kos untuk filem ini menelan belanja 20 juta. 

Bagi yang belum tonton, mummy sarankan pergi tonton tau. Mummy sedikit pun, tak  rasa rugi bayar tiket RM16.90 (dewasa) dan RM9.90 untuk kanak-kanak. 

Highly recommended! 


9 comments on "UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL 2019 BEST KE TIDAK? "
  1. Anak-anak pergi tengok jugak malam tadi dengan bapak dorg...kita kena tinggal jaga baby kat rumah. Bila balik dorg semangat punya cerita sampai kita tak paham...3 kanak-kanak..3 cara cerita hasil pemahaman berbeza...hahahha...tapi nampak lah dorg enjoy sgt.

    ReplyDelete
  2. Anak angkat nieyl umur 6 tahun pergi tgk cter ni...katanya menangis² sedih.. maksudnya dieorg ni dah mula faham emosi tu kan..

    ReplyDelete
  3. Sha dah booking, tinggal nak gi tengok dengan anak-anak je.. hehehe.. Tak sabar..

    ReplyDelete
  4. tengok treser dia macam best.. duk pujuk suami g dia tgk suami ckp malu korang hahahha aduhaiii

    ReplyDelete
  5. Ramai yang cakap best kan, Kak Sue belum sempat tengok lagi..

    ReplyDelete
  6. uwaa ni yg buat nak gi tgk ni

    ReplyDelete
  7. wauu full star. sangat menarik animasi Malaysia sekarang ni. tahniah

    ReplyDelete
  8. Best citer dia..akak demam2 pun pergi tengok Sabtu lepas..melayan si Dania dan Dida...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com