ANAK-ANAK TAK SIHAT , KENA VIRUS AGE DEMAM, CIRIT DAN MUNTAH

ANAK-ANAK TAK SIHAT , KENA VIRUS AGE DEMAM, CIRIT DAN MUNTAH - AGE ini adalah dari nama panjangnya ACUTE Gastroenteritis. Virus yang memyebabkan cirit birit, muntah dan demam. Allahu sian betul tengok anak-anak masa ni. Pada mulanya, Rabu tu, Dzal kena dulu. As usual tok mak dorang tak nak susahkan mummy. Dah balik dari kerja baru tahu Dzal cirit birit habis rumah tok mak. Sian Tok Mak. Khamis tu, masih tak okay. Tapi, Rabu malam memang dah bawa ke klinik. Sorry anak-anak mummy tak dapat nak cuti. Tengah ada program masa ni. Ginilah kan, kalau kerja makan gaji...bukan tak kasihankan anak-anak tapi....mummy pun nak kena cari duit untuk kesenangan kita bersama juga !


ANAK-ANAK TAK SIHAT , KENA VIRUS AGE DEMAM, CIRIT DAN MUNTAH


ANAK-ANAK TAK SIHAT , KENA VIRUS AGE DEMAM, CIRIT DAN MUNTAH

Bebudak ini, as usual, nampak permainan dalam klinik. Mesti nak main lah. Dhia dan Daim masa ini, sihat walafiat !


ANAK-ANAK TAK SIHAT , KENA VIRUS AGE DEMAM, CIRIT DAN MUNTAH

Daddy, settle kan segala mak nenek bayaran bil. Boleh tahan jugaklah kos rawatan klinik sekarang. Selalunya hampir RM100 lah ! 

ANAK-ANAK TAK SIHAT , KENA VIRUS AGE DEMAM, CIRIT DAN MUNTAH

Nak pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan, rasanya tak sempat kot..merana anak nak tunggu siang. Tak pelah, berkorban duit demi anak-anak. 



Settle check up Dzal, doktor kata under control. Make sure dia makan dan minum. Dzal cepat recovery. Sehari makan ubat dah sihat ! Alhamdulillah !



Jumaat malam pulak, Dhia mengadu sakit perut. Mummy just letak minyak Yu Yee dan sapukan ke perut dan tapak kaki Dhia sampai Dhia lena tidur.

Kejap-kejap Dhia mengeluh sakit perut. Allahu mummy dah risau. Tapi Dhia tak ada berak atau muntah pun.

Pukul 4 pagi Dhia kejut mummy, Dhia nak muntah ! Belum sempat ke bilik air....Bulppppp terkeluar terus ! Allahuuuuu, Dhai pulak muntah, lepas tu cirit birit pulak.

Dhia surender dah masa ni, minta bawakan pi klinik. Daddy suruh tunggu waktu pagi Sabtu. Sebab kalau 5, 6 pagi pun nanti tunggu doktor lama jugak.

So, kami ke klinik jam 9 paginya lepas semua siap mandi.




Dhia di sahkan AGE ! Siap semua di klinik. Balik je rumah. Daim pulak demam dan terus cirit birit ! Sah berjangkit dah semua !



Daim ni, cakap pun tak pandai apa lagi. Bila suhu badan 38-39 mulalah merengek...semua tak kena ! Huhu tabahlah anak-anak ye ! Mummy pun kalau boleh nak korang sentiasa sihat walafiat !



Bila kes macam ni, kami memang tak tunggu apa dah. Memang bagi ubat terus lah ! Anak-anak kami jenis, kalau demam suhu memang naik mendadak. Tak ada naik sket-sket suhu depa tu !.

So, anak kita, kita dah tahu style macam mana...memang kena buat tindakan yang cepatlah !



Bila anak-anak tak sihat..kita pun sama rasa macam tak sihat. Sebab every hour check suhu depa, tanya nk berak ke nak muntah ke.

Daim pulak, kena cek pempes dia secara kerap. Takut cecair najis keluar dari pempes. Kang satu kerja nak cuci satu rumah pulak.

So, cuti 2 hari ini..memang mummy tak masak apalah. Bagi bebudak ni bubur ayam McD dan Ahad tu, nampak semua getting better. Kami makan lauk pepanas je kat kedai.














11 comments on "ANAK-ANAK TAK SIHAT , KENA VIRUS AGE DEMAM, CIRIT DAN MUNTAH"
  1. moga anak2 k.linda cpt sihat smuanya..

    ReplyDelete
  2. mummy kenalah kuat masa anak2 tak sihat ye.. semoga semuanya cepat sihat

    ReplyDelete
  3. musim cuaca tak menentu ni mommy, semoga anak-anak kembali sihat sedia kala.. aamiin

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya makin sihat.. mummy linda pun.. 💪💪

    ReplyDelete
  5. Moga cepat sembuh... dan makan ubat ya

    ReplyDelete
  6. smoga cpt sembuh smuanya..yela bila ank2 tk sihat..ngan mak2 skali rs mcm nk demam juga

    ReplyDelete
  7. Akak ni dah seminggu demam, selsema dan batuk..antibiotik dah makan 2 kali dah..still x ok sampai hari ni...letih dah...

    ReplyDelete
  8. aduh..berjangkit tiga2..bertabah la mummy daddy klu anak2 tak sihat ni..gws...

    ReplyDelete
  9. Semoga semuanya kembali sihat sepeti sedia kala

    ReplyDelete
  10. Allahu.. kesiannya lah anak-anak. Bila anak-anak tak sihat memang susah hati kan dengan kita sekali rasa tak sihat. Semoga semuanya cepat sihat macam biasa ya nanti.. aamiin..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com