HADIAH UNTUK HARI GURU - CIKGU TADIKA DAN CIKGU MENGAJI

HADIAH UNTUK HARI GURU - CIKGU TADIKA DAN CIKGU MENGAJI : Walaupun hari guru jatuh pada bulan Mei. Rata-rata banyak sekolah yang dah Sambut Hari Guru awal, yakni sambut Hari Guru pada bulan ni. Mungkin kerana, bulan depan kita dah Sambut bulan Ramadhan, bulan PUASA. 

Sekolah anak-anak kami pun sambut awal untuk Hari Guru, iaitu pada 3 Mei 2019 (Jumaat).

HADIAH UNTUK HARI GURU - CIKGU TADIKA DAN CIKGU MENGAJI


Eh.. Mummy tak siapkan hadiah lagi ke untuk Hari Guru? Hehe...Ada je, standby hadiah. Tapi, mummy kalut jugak lah.. nak siapkan hadiah hari guru. 

Walau hakikatnya, mummy ada je simpan hadiah extra kat rumah. Standby kot-kot ada birthday yang tetiba , mummy dapat jemputaan secara mengejut, wedding invitation atau apa sahaja untuk majlis mengejut. 

Bila ada 3 guru untuk 2 orang anak. 6 hadiah perlu di siapkan  

Walau hadiah dah sesiap standby, mummy terlupa akan paper bag atau sampul hadiah pulak. 

Dalam mencari bebarang tu, tetiba tangan mummy gatai pi tambah lagi hadiah. Ye lah, Ramadhan pun nak dekat. So, macam tak best pulak kalau tak bagi kurma. 

Padahal bukan kurma je, memacam lagi lah mummy tambah hehe. 

HADIAH HARI GURU MERANGKAP PUASA UNTUK GURU MENGAJI ANAK-ANAK




Guru mengaji bebudak ni, jiran Tok Mak, kiranya tak jauh dari rumah. Nenek Ju panggilannya untuk anak-anak kami. 

Hadiah Hari Guru untuk guru (nek Ju) mengaji ni. Mummy siapkan 2 versi. Satu dari Dzal Dan satu lagi dari Dhia. 

Apa dalam paper bag Dzal? Dalam paper bag Dzal ada sebungkus buah kurma dan brooch raya. 

Paper bag je sama design, Tapi isi dalam tu tak sama dari Dhia Dan Dzal.

Paper bag tu, mummy beli terus 6 pcs. Kekonon nak nampak sekata sedondon lah hehe. 

Tag paper bag.. aka kad ucapan Hari Guru pula.. mummy DIY kan je, pakai color paper dan tulis tangan. 




Mood Dhia masa ni, tak OK. Baru bangun tidur. Penat katanya.. Tapi, mengaji tetap nak pergi jugak tu.. 

Tu yang belasah je, baju..tudung tak bergosok.. Renyukkkk! 

Dhia ni, mengaji mesti nak pakai baju kurung. Walau dah lewat nak mengaji sekali pun. Tetap nak pakai baju kurung. 

Hadiah Dhia pula, untuk guru mengaji (nek Ju) ada jubah raya dan juga sampul duit raya. 

Consider hadiah all in one gitu. Hari guru, Ramadhan dan Syawal terus. Senang! 

HADIAH HARI GURU UNTUK CIKGU TADIKA


BROOCH Murah beli : SINI


CIKGU Tadika bebudak ni sebenarnya ada 1 je. Satu lagi ialah pembantu Tadika. Tapi, panggilan kat sekolah cikgu jugalah. 

Hadiah Hari Guru dari Dzal untuk cikgu Ida dan Cikgu Ina ialah buah kurma dan brooch. 




Hadiah dari Dhia untuk guru TADIKAnya pada hari guru ialah fridge magnet, sampul duit raya dan juga photo book.

Kesemua gambar photo book dan fridge Magnet untuk hadiah ni, adalah gambar memori Dhia bersama-sama cikgu ketika Dhia 5 tahun. 

Boleh lah...nanti cikgu simpan buat kenangan. 

So... Tak susah pun.. sebenarnya beli hadiah untuk hari GURU ni. Lelagi, hari guru kali ni.. dah nak dekat dengan bulan Ramadhan dan Syawal. Hehe

Ada juga mak pak yang pandai dengan DIY dan buat bajet hadiah hari guru dengan hasil tangan sendiri. 

Semua hadiah untuk cikgu...mereka DIY kan. Kreatifff  

Mummy ? Erm.. Kali ni . beli aje lah. Mummy sebenarnya pun, kekangan masa.. tak dan lah nk DIY. Kad ucapan kat paper bag tu je lah yang sempat DIY  

BTW, Selamat Hari Guru buat semua!! 



9 comments on "HADIAH UNTUK HARI GURU - CIKGU TADIKA DAN CIKGU MENGAJI"
  1. Cantik packaging hadiahnya. Untung cikgu budak2 ni dapat anak murid yang baik 😊

    ReplyDelete
  2. rezeki cikgu-cikgu..hehe..pakej hadiah2 yg untuk cikgu tu...

    ReplyDelete
  3. Setahun sekali bagi hadiah kat cikgu2 tanda penghargaan ... saya tak cari lg hadiah hari guru nak bagi apa, tapi kurma tu idea yg baik.

    ReplyDelete
  4. wah!seronok cikgu-cikgu dpt hadiah :)
    bagus la akk..nieyl teringat mase zaman sekolah dlu...
    selalu soh ayah nieyl belikan hadiah utk kasi cikgu kalau hari guru...

    ReplyDelete
  5. wah ready dh adiah utk hari guru..guru2 yg dpt tu pasti happy

    ReplyDelete
  6. Bulan Mei eh...Dania x tau la nak bagi cikgu dia apa...nanti nak pi cari hadiah..siap awal2 senang

    ReplyDelete
  7. Wah.. cantik menawan hadiah buat guru..

    ReplyDelete
  8. Bersemangat cikgu untuk terus mengajar

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com